Layan Diri

Loading...

..SaYaNGku FaiSh..

1 Komen Yang Bernas

28.10.10

Paul si sotong dah mati

Salam, 1blogger 1malaysia..

Apa betoi ker nie....depa nak tanam ker nak buat sotong masak cabai??? Ape daaa merepek pagi khamis nie....nie semua pasai Paul si sotong dah mati, sakit tua kut..harap2 dia bukan diracun peminat fanatik bola yang kalah piala dunia tempohari ekkk....pada sesi piala dunia 2010 nama Paul cukup terkenal kerana ramalannya benar belaka...hampir 90 percent tepat dengan keputusan perlawanan....
Disebabkan ramalan Paul yang tak menyebelahi sesetengah pihak...Paul telah menerima ancaman bunuh dan goreng yang menyebabkan dia dikawal ketat seketat-ketatnya...fuhhh dah jadi selebritikan..harus ada bodyguard....
Paul mati pada usia 2 tahun di kediamannya Oberhausen..usia yang boleh dikatakan dah tua bagi seekor sotong. Kematiannya diratapi peminatnya terutama dari sepanyol, juara piala dunia 2010. Nampak gayanyer tukang ramal next punya piala dunia akan diisi oleh binatang lain pulak...mungkin katak kot...nahaiiiii

Tribute to Paul the Octopus

Youtube

 
Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
2 Komen Yang Bernas

23.10.10

2 Alam Dr Rozmey November ini

Salam, 1blogger 1malaysia..

Filem 2 Alam, idea Dr Romey akan ke layar perak November ini, meskipun dikecam hebat selepas tayangan perdana FFM 23, harapan untuk melihat filem ini membuat kejutan pecah panggung dilihat agak tipis.
kedengaran komen-komen negatif yang boleh membuatkan orang ramai tak berapa nak lalu tengok filem nie...Tapi jangan lupa penyokong setia Dr Rozmey takkan kecewakan Dr Rozmey...depa mesti pi tengok punyalah..nahaiiiii sambil tengok wayang sambil jual Jus Mate 5..tak salahkan!!!


“Saya tak menyesal berlakon dalam filem itu. Apa saya tahu, saya sudah membawakan karakter yang diberikan oleh Dr Rozmey dengan sebaik mungkin dan terpulang pada orang untuk menilainya,” kata Aaron Aziz berhubung filem lakonannya, 2 Alam yang mendapat respons negatif beberapa wartawan ketika ditayangkan sempena majlis perasmian Festival Filem Malaysia (FFM23), Rabu lalu.

Meskipun ada suara-suara sumbang yang memperlekehkan filem terbitan DR Movie Production itu, namun bagi Aaron, Dr Rozmey mempunyai alasan sendiri kenapa menghasilkan filem seperti itu.

“Sebagai seorang ahli perniagaan berjaya dan banyak wang seperti Dr Rozmey, beliau boleh buat apa sahaja filem yang beliau inginkan. Dan saya percaya tak mungkin beliau buat filem ini hanya untuk 'main-main'.

“Beliau pernah berkata ingin buat perubahan dalam industri filem. Maka, mungkin inilah perubahan yang beliau inginkan. Cuma mungkin bagi segelintir pihak sukar untuk menerimanya lagi,” jelas Aaron, yang ditemui ketika majlis sidang media Teater Natrah di Istana Budaya, Rabu lalu.

Ketika diajukan mengenai respons yang diterimanya, tanpa berselindung pelakon yang berasal dari Singapura ini berkata;

“Ada yang beritahu saya, ‘Aaron please, janganlah berlakon macam tu lagi’. Tapi saya tak kisah, itu pandangan mereka dan terpulanglah pada mereka untuk kata apa saja.

“Apa yang saya tahu, saya dah cuba bawa watak itu dengan terbaik. Lagipun sejak dari awal lagi saya sudah dimaklumkan bahawa watak saya dalam 2 Alam memang tak perlu dialog dan pergerakan yang banyak,” katanya yang membawa watak ustaz dalam filem tersebut.

Menerusi sebuah portal berita, beberapa wartawan daripada akhbar utama (bukan Sinar Harian) mengkritik teruk filem 2 Alam. Selain dikatakan agak keterlaluan dengan adegan ranjang, jalan cerita dan kualitinya juga tidak setanding dengan impian Dr Rozmey, yang begitu yakin bahawa filem itu mampu meraih kutipan sehingga RM40 juta.

Sementara itu, Dr Rozmey, pula gagal dihubungi. Malah, beliau juga nampaknya selesa mendiamkan diri seperti mana yang dilaporkan oleh portal berita yang sama menerusi satu sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterima daripada beliau, sehari selepas tayangan filemnya itu.

2 Alam yang akan menemui penonton pada 18 November ini, mengisahkan perjalanan jenazah yang akan dikebumikan.
Namun, terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan kerana ketika zaman hidupnya penuh dengan maksiat.

Sumber:- Sinar Harian/ Hiburan
Kredit to penulis.

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

Kamilah Bintang Bukan Tahi Bintang Tau

Salam, 1blogger 1malaysia..

Akedemi fantasia untuk kanak-kanak?? Program terbaru Astro Ceria Kamilah Bintang, berkonsepkan nyanyian dan bertujuan mencari bakat2 baru yang boleh diasah menjadi bintang...kalu tak masakan tajuknyer kamilah bintang....jangan jadi tahi bintang udah ler yer...Nahaiiiii menang dapat RM 10,000..



MENYEDARI bakat sebagai penghibur perlu digilap dan dicungkil sedari usia muda, Astro menerusi saluan Ceria (saluran 611, Astro) tidak lama lagi bakal muncul dengan sebuah program baru, Kamilah Bintang.
Dalam usaha mencari bakat cilik dalam lingkungan usia antara 10 hingga 14 tahun, uji bakat telah dijalankan di beberapa lokasi tanah air termasuk Johor Bahru (2 dan 3 Oktober), Kuantan (9 dan 10 Oktober) dan baru-baru ini berlangsung di Shah Alam, Selangor.

Kamilah Bintang bakal memulakan siarannya di saluran tersebut pada 21 November ini.
Apa yang nyata, program baru yang julung kali diperkenalkan ke kaca televisyen itu menggamit tumpuan ribuan kanak-kanak yang ingin mencuba nasib.

Bagaikan mengunjungi sesi uji bakat program realiti popular, Akademi Fantasia, ketika sesi uji bakat berlangsung, bukan hanya peserta yang hadir mencuba nasib bahkan ruang legar Hotel Quality, Shah Alam, Selangor minggu lalu dipenuhi oleh ibu bapa yang turut menemani anak-anak mereka.
Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh ketika ditemui pada sesi uji bakat itu memberitahu, program tersebut diusahakan bukan sahaja mencari juara malah, sebagai platform kepada peserta mengembangkan bakat nyanyian mereka.

"Sebagai sebuah saluran yang cukup sinonim dengan kanak-kanak, Ceria cukup jelas tentang kanak-kanak yang juga berhak menikmati hiburan yang bersesuaian dengan usia dan kecenderungan mereka.

"Jadi, Kamilah Bintang merupakan platform yang saya rasa terbaik untuk mereka kembangkan bakat yang ada," katanya.

Saluran yang menyajikan rancangan kegemaran kanak-kanak seperti Tom Tom Bak, Geng Bas Sekolah, Gerak Geri Gasing dan Hikayat Putera Shazlan yang dilancarkan pada penghujung Ogos 2006 itu selain memberi pengisian akademik kepada golongan sasaran turut mengimbangi dengan rancangan berbentuk hiburan pula.

Malah kata Evon, menariknya tentang Kamilah Bintang, selain ganjaran kepada sang juara, mereka yang berjaya memberikan persembahan dan nyanyian terbaik saban minggu bakal membawa pulang hadiah bernilai RM10,000 kepada sekolah mereka.

Hal ini secara tidak langsung mewujudkan persaingan sihat di kalangan para peserta program tersebut serta meningkatkan lagi motivasi mereka melakukan yang terbaik saban minggu.

"Ini merupakan satu-satunya program realiti di negara ini yang tidak menyingkirkan pesertanya.

"Malah, juaranya pula bakal ditentukan menerusi markah terkumpul sepanjang enam konsert termasuk konsert kemuncak," kata Evon lagi.

Menambah lagi tarikan program tersebut, seramai lima artis terkenal negara bakal terlibat sebagai pembimbing peserta rancangan itu.

Artis-artis yang terlibat bakal diumumkan pada sidang media yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Jelas Evon, penglibatan artis terkenal dalam program itu bukan hanya sebagai tarikan malah, memberi peluang kepada peserta rancangan itu berguru tentang ilmu nyanyian, persembahan serta memperoleh panduan bagaimana berhadapan penonton di atas pentas.

"Berdasarkan maklum balas daripada segmen Ada Bakat dalam rancangan Tom Tom Bak, sambutan yang diterima sangat luar biasa.

"Malah, berdasarkan penelitian yang dibuat daripada perkembangan tersebut, kami merasakan mengapa tidak kami menyediakan sebuah program khas untuk mencari penyanyi di kalangan kanak-kanak.

"Menyaksikan kanak-kanak mengembangkan bakat dan belajar membina keyakinan diri, program Kamilah Bintang merupakan satu proses pembelajaran tambahan diluar bilik darjah.

"Sokongan yang diberikan oleh ibu bapa dan keluarga terhadap minat kanak-kanak pula menjadikan kanak-kanak tersebut merasakan lebih dihargai dan disayangi," kata Evon mengakhiri perbualan.

Sumber:- Utusan Malaysia/Hiburan
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

22.10.10

Anugerah Skrin 2010 Disember ini

Salam, 1blogger 1malaysia..

DEMAM Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) telah bermula dan pasti ramai yang berdebar menantikan anugerah berprestij ini yang akan berlangsung pada 24 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Sebanyak 17 buah telefilem, 13 buah drama bersiri dan enam drama komedi telah dicalonkan pada kali ini.

Bagi menyemarakkan lagi anugerah berprestij ini, TV3 bakal menayangkan semula lapan buah telefilem yang tercalon ke ASK2010 setiap hari Ahad pada pukul 9 malam mulai minggu ini.

Telefilem yang terpilih ialah Taubat Nasuha, Bagaikan Sumayyah, Sebelum Akhirat, Miah Oh Miah, Masyitah, Dalil Cinta, Lillahi Ta'ala serta Kepok dan Nisan.



Nak Tau Sinopsis cerita meh klik sini..

Sumber:- Utusan Online/ Hiburan

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

21.10.10

Ulek Mayang slot Lagenda TV3

Salam, 1blogger 1malaysia..



Drama 20 episod arahan Rashid Sibir ini membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Fezrul Khan, Elly Mazlein, Seniwati Mariani Ismail, Fizo Omar dan Sabrina Ali.
Berlokasikan negeri Terengganu, Ulek Mayang, mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri Mayang Sari di persisiran pantai.
Suatu hari, mereka bertemu dan jatuh hati. Namun kisah cinta mereka dikhianati, Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali) yang juga menyimpan perasaan terhadap Ali.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar, slot Lagenda amat disukai ramai kerana paparan cerita yang sangat menarik dan ‘Ulek Mayang’ bakal memenuhi cita rasa penonton.
“Selain paparan kisah cinta terlarang antara dua dunia yang agak klise, para penonton juga akan teruja dengan tarian Ulek Mayang yang telah diubahsuaikan daripada sebuah upacara pemujaan kepada tarian kebudayaan supaya bersesuaian dengan ajaran Islam pada zaman sekarang. Kami berharap agar penonton TV3 akan terhibur dengan siri drama tersebut.”
Jangan ketinggalan untuk menonton “Ulek Mayang” mulai 25 Oktober 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang di TV3 dan siaran ulangannya di TV9 jam 8.30 malam.



Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

Rozaliya Mat Lazim sudah ditemui

Salam, 1blogger 1malaysia..


ROZALIYA ditenangkan oleh Mat Lazim sewaktu dibawa pulang ke IPD Kuantan dari Kuala Lumpur malam tadi.


KUANTAN – Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.

Gadis itu bekerja di situ sejak dua hari lalu dan menyewa rumah bersama beberapa rakan berhampiran kawasan Bukit Bintang.

Sebaik sahaja polis Kuantan menerima maklumat awam mengenai kehadirannya di kedai itu, mereka menghantar beberapa orang anggota untuk menahan gadis itu dan membawanya pulang ke Kuantan malam tadi.

Rozaliya memberitahu Kosmo!: “Saya tidak mungkin bersama dia lagi (tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor). Saya ingin bina hidup baru, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.’’

Gadis yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu kini mahu menenangkan fikiran dan tidak berhasrat memikirkan mengenai majlis perkahwinannya yang telah sedia diatur pada 12 November ini.

“Kalau diberi peluang jumpa tunang pun saya tidak mahu.

Hati saya sudah tertutup,’’ katanya.

Rozaliya mengakui perhubungannya dengan Mohd. Helmi begitu singkat dan terburu-buru.

“Saya hanya kenal dia kira-kira empat bulan dan terus bertunang sebelum merancang untuk berkahwin,’’ katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan malam tadi memberitahu, ketika ditemui, Rozaliya tidak lari sebaliknya bersetuju untuk dibawa pulang.

“Kes ini tiada unsur jenayah dan kepada kami, siasatan telah selesai,’’ ujarnya.

Ditanya kaitan dua khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Mohd. Helmi pada hari kehilangan Rozaliya yang berbunyi: ‘Ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’: beliau menjelaskan, ia mungkin rekaan gadis itu.

Katanya, Rozaliya sendiri mengaku menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur seorang diri pada hari kejadian.

Isnin lalu, akhbar melaporkan kehilangan Rozaliya semasa keluar membeli barang keperluan perkahwinan di Kuantan pada 13 Oktober.

Sementara itu, bapa mangsa, Mat Lazim Mat Ismail, 52, lega melihat anaknya selamat dan akan berbincang dengan keluarga bagi menentukan sama ada perkahwinan yang dirancang pada 12 November ini akan diteruskan.

Menurut Mat Lazim, Rozaliya mengenali Mohd. Helmi selama empat bulan sebelum mengikat tali pertunangan selama setahun.

“Bagaimanapun, selepas Rozaliya mengenali hati budi Helmi, dia sudah berubah sikap,’’ jelasnya.

Mat Lazim mendakwa, sikap Helmi yang pemarah, mengongkong dan sukar diajak ke mana-mana tidak disenangi oleh anaknya itu.

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM/KOSMO


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

20.10.10

Festival Filem Malaysia FFM23

Salam, 1blogger 1malaysia..



Salah satu acara tahunan wajib yang semua nantikan....Festival Filem Malaysia....
Anugerah buat penggiat seni tanahair. Siapakah yang dinobatkan sebagai yang terbaik malam ahad nie..sama2 kita nantikan....nak tau lanjut lagi mengenai FFM klik Sini
kat bawah nie ada senarai kategori dan senarai Top 5 calon2 yang FFM23....

SENARAI CALON

1. Pengarah Harapan Terbaik
- Edry Abdul Halim (Magika)
- Farid Kamil (V3: Samseng Jalanan)
- Jason Chong Chia Shien (Belukar)
- Hor Chee Leong (Haq)
- Rosihan Zain (Hooperz)

2. Pelakon Lelaki Harapan Terbaik
- Kamal Adli (Niyang Rapik)
- Redza Minhat (Pisau Cukur)
- Remy Ishak (Evolusi KL Drift 2)
- Shashi Taran (Estet)
- Sheikh Bolkiah Sheikh Ahmad (Pulau Asmara)

3. Pelakon Wanita Harapan Terbaik
- Daphne Iking (Belukar)
- Nik Adrea Nik Abdullah (2 Alam)
- Nur Ashiqin Kamal (Lagenda Budak Setan)
- Putri Mardiana (Santau)
- Shasha Arsheela (Pulau Asmara)

4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
- Bront Palarae (V3: Samseng Jalanan)
- K.S Maniam (Estet)
- Que Haidar (Lagenda Budak Setan)
- Shaheizy Sam (Evolusi KL Drift)
- Zul Suphian (Santau)

5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
- Lisa Surihani (V3: Samseng Jalanan)
- Norliana Shamsudin (Adnan Sempit)
- Nur Fazura (Lagenda Budak Setan)
- Raja Farah (Haq)
- Ziana Zain (Magika)

Berita penuh meh usha myMetro / Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

Gadis Melayu Musim Ke 3 dah nak final

Salam, 1blogger 1malaysia..


Siapa bilang gadis melayu tak menawan tak menarik hati.....
Yaaa....sapa yang kan dinobatkan sebagai ikon gadis melayu musim ke-3 kali nie...Musim ketiga memang lain dari musim terdahulu..salah satunya tiada penyingkiran sehingga final...baru betoi ini macam...barulah boleh buat penilaian penuh pada semua peserta...

Peserta-peserta Gadis Melayu 3 ialah Afiqah Hazwani Md Nordin, 18,dari Johor; Nur Diana Zainuddin 19, dari Pulau Pinang dan Nor Shamimi Ernida Mansor, 20, dari Kedah.
Lain-lain termasuk Fatheen Nabila Ghazali,24, dari Johor; Norazrina Mohd Salleh, 25, dari Selangor dan Siti Amira Mustakhim, 25, dari Kedah.

Tiga peserta lain terdiri daripada Norhidayah Samsudin, 21, dari Johor; Siti Nurzakiah Abdul Aziz, 21, dari Selangor dan Siti Mastura Mohamad Saleh, 24, dari Pahang.

Program gadis melayu ditayangkan setiap Jumaat jam 9 malam dan finalnya pada 29hb oktober 2010..ok jangan tak tengok..manatau ada yang boleh dibuat calon...nahaiiiii


Sumber:- Utusan Malaysia Online - Hiburan



Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

Utusan Malaysia online ] Iron Maiden buat konsert kat Indon

Salam, 1blogger 1malaysia..

Biar betoi beb....iron maiden tuu..bukan iron seterika baju...hardcore band from britain...mesti gempak siot...diorg nie dah kira lagenda genre hardcore...sapa tak kenai Iron Maiden....satu dunia tau...err betoi ker...nahaiiiii


Utusan Malaysia Online - Hiburan

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

19.10.10

myMetro | 3 artis Indonesia didakwa murtad

Salam, 1blogger 1malaysia..

Wah..wah..wah senang-senang jer korang nak tukar agama...agak2 ler beb...ini salah satu perkara yang mempercepatkan kiamat...moga kita terhindar dari perkara ini..dan bala yang akan melanda...
patutla indon banyak bencana alam..nielah puncanya...nahaiiiii
myMetro | 3 artis Indonesia didakwa murtad

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

Mat Rempit VS Polis

Salam, 1blogger 1malaysia..


Google search image

Memang best kalu korang tengok video nie..ada aksi flying kick..ada aksi baek punya cilok..paling best ada aksi saman-menyaman....jom layan


Sumber:-Mymetro


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

18.10.10

Tiz Zaqyah jawab gosip cinta dengan Remy Ishak

Salam, 1blogger 1malaysia..



SEJAK namanya mula popular dengan drama Nur Kasih dan tidak lama lagi bakal muncul dengan versi filem pula, kedudukan Siti Zaqyah Abdul Razak atau nama glamornya Tiz Zaqyah dalam bidang seni tiba-tiba berada di tahap atas.

Meskipun baru berusia 21 tahun, hakikat sebenarnya Tiz telah berada dalam bidang seni selama empat tahun bermula dengan kerjaya sebagai seorang model sebelum terjun ke dunia lakonan.

Selain memegang watak Nur Amina dalam drama Nur Kasih, nama Tiz juga harum dengan kontroversi sekitar Jun lalu apabila berperang dengan rakan baiknya Fasha Sandha gara-gara membuat panggilan kira-kira pukul 4 pagi kepada Rizal Ashram atau Jejai.

Tutup buku kisah perangnya dengan Fasha, terbaru, pada kejohanan Moto GP yang berlangsung di Litar F1 Sepang 10 Oktober lalu, Tiz dilihat hadir bersama aktor popular Remy Ishak.

Apa yang mengejutkan ada saksi mendakwa Tiz berjalan berpegangan tangan bersama Remy di depan khalayak ramai pada kejohanan tersebut. Bagi saksi itu, apa yang dilihatnya adalah satu hal luar biasa dan untuk mendapatkan pengesahan, saksi tersebut meminta pihak Kosmo! bertanya tentang kesahihannya kepada Tiz sendiri.
TIZ mengaku tidak arif tentang sukan permotoran dan dia pertama kali pergi ke kejohanan Moto GP bersama Remy Ishak untuk merasai bahang kejohanan tersebut.

Tiz yang dihubungi Kosmo! tidak menafikan hubungan rapat antara dia dan Remy. Bagaimanapun, dia dengan tegas menafikan mempunyai hubungan luar biasa bersama Remy kerana menganggap aktor itu tidak lebih daripada teman rapat.

“Ya, memang saya dan Remy ada di Moto GP tetapi mana ada kami pegang tangan. Mungkin masa itu saya sedang mahu memberi barang kepadanya dan kebetulan ada orang nampak, terus kata kami pegang tangan,” kata Tiz membela diri.

Tambahnya lagi, dia bukan peminat fanatik sukan permotoran, namun dia hadir menyaksikan kejohanan tersebut kerana ingin merasai bahang Moto GP. Sementelah dia sendiri tidak pergi hanya berdua dengan Remy, tetapi turut hadir bersama teman-teman artis yang lain.

“Memang kami (Remy) rapat tetapi bukan bercinta. Pada hari itu, saya bukan hanya datang berdua dengan Remy, tapi saya datang dengan pelakon Dira, Zahiril Azim, Beto Kushyairi dan Shira. Kebetulan kami semua dapat tiket pada saat akhir, jadi kami pergi beramai-ramai, bukan berdua ya,” tegasnya berulang kali.

Tambah Tiz lagi, kerana jadual kerja yang agak longgar, dia ikut serta ke kejohanan tersebut. Katanya: “Sekarang saya tidak terlalu sibuk, daripada duduk terperap di rumah apa salahnya saya keluar menonton sukan yang selalunya saya hanya lihat di kaca televisyen saja. Kalau nak tahu itulah kali pertama saya datang ke litar Sepang untuk menonton Moto GP.”

Masih solo


Sebenarnya tidak mustahil untuk Tiz dan Remy mempunyai hubungan yang rapat kerana mereka telah bekerjasama dalam drama bersiri dan filem Nur Kasih yang akan ditayangkan sekitar tahun hadapan.

“Saya akui kami menjadi rapat sebab selalu bekerjasama. Tidak salah kalau saya nak berkawan dengan dia (Remy) sebab dia seorang teman yang baik sama seperti teman-teman saya yang lain,” balasnya.

 
REMY ISHAK sewaktu dihubungi Kosmo! enggan mengulas tentang kes 'pegang tangan' dengan Tiz, tetapi mengaku menyaksikan Moto GP bersama Tiz dan beberapa rakan artis lain.


Apabila ditanya pandangannya mengenai Remy, menerusi mata kasarnya selaku seorang wanita, Tiz tertawa dan enggan memberi sebarang komen.

“Saya tidak tahu dan tidak mahu menjawab kerana bimbang perkara ini akan meleret-leret. Biarlah peminat yang membuat penilaian sendiri.

“Tetapi kalau dari segi kerja, dia seorang pelakon yang sangat komited dan serius dengan apa yang dilakukan,” ucap anak jati Kuala Lumpur itu lagi.

Mengakui masih solo, Tiz menjelaskan, dia tidak kisah jika cintanya kelak datang daripada lelaki biasa mahupun lelaki yang sama bidang dengannya.

Namun, fokusnya kini hanya satu iaitu lakonan sahaja dengan alasan dia terlalu muda untuk memikirkan soal cinta sementelah kerjayanya sebagai pelakon baru sahaja hendak bermula.

“Saya tidak kisah andai bertemu jodoh kelak dengan lelaki yang bergelar artis atau orang biasa kerana kuasa jodoh itu bukan di tangan saya. Itu kerja Allah.

“Saya juga tidak boleh bercakap dengan lelaki kategori yang macam mana saya mahu berkahwin kerana kita tidak dapat melihat apa yang akan berlaku pada masa depan.

“Buat masa ini saya masih belum bersedia untuk sebarang komitmen dan hanya mahu serius bekerja sahaja serta menikmati zaman remaja sebaik mungkin,” bicaranya.

Sumber: KOSMO

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

Akim dan Juliana Evans serasi bersama

Salam, 1blogger 1malaysia..


Melihat kemesraan dua anak muda ini, pasti ramai yang beranggapan mereka sedang dilamun cinta.

Canda dan tawa mereka begitu jelas terpancar di wajah masing-masing. Lebih-lebih lagi, Akim tidak putus memuji Juliana Evans.

Malah, Akim dengan penuh jujur mengakui sudah lama meminati Juliana dan apabila dapat bergandingan bersama wanita pujaannya itu, ia bagaikan mimpi bertukar realiti.

Juliana juga memiliki perasaan yang sama apabila menyifatkan Akim sebagai seorang jejaka yang cukup menarik perhatian sehingga keserasian itu terhasil dengan sendirinya.

Lantaran itu, Juliana benar-benar menganggap dirinya bertuah apabila dapat berdampingan dengan jejaka pujaan ramai itu.

Namun, jangan pula ada yang pantas membuat spekulasi kerana Akim dan Juliana hanya bercinta di dalam drama mini bersiri Cornetto Inikah Cinta? yang mula ditayangkan sejak 9 Oktober lalu.

Cornetto Inikah Cinta? merupakan sebuah drama mini bersiri yang diangkat daripada lagu ciptaan dan nyanyian Akim sendiri iaitu Inilah Cinta yang merupakan salah sebuah lagu popular sepanjang tahun ini.

Kelangsungan daripada populariti lagu berkenaan telah mendorong pihak Astro dan Wall's untuk menterjemahkan lagu cinta itu ke dalam bentuk drama yang mampu menarik perhatian ramai khususnya golongan remaja.

Juliana mahu terus cari peluang

SAAT ditanya keserasiannya bersama Akim dalam Cornetto Inikah Cinta?, pelakon drama bersiri dan filem Kami ini dengan memberitahu dia tiada masalah bergandingan dengan jejaka kacak itu.

“Kerana itu apabila melakonkan babak cinta dalam drama mini ini, kami tidak mempunyai masalah. Kami dapat menyesuaikan diri. Itu lebih mudah dan saya berasa selesa serta gembira di lokasi.

“Bagi saya, Cornetto Inikah Cinta? bersesuaian dengan jiwa kami dan apa yang saya harapkan, peminat dan penonton akan dapat menyukai drama ini sebagaimana saya dan Akim.

“Cerita ini sangat ringkas dan menarik serta begitu istimewa kerana ia bukan kisah cinta semata-mata. Ia juga menyelitkan erti persahabatan,” ujar Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans.

Selama empat tahun menjadi anak seni, Juliana masih belum puas dengan kerjayanya dan mahu peluang terus diberikan kepadanya baik dalam bidang lakonan dan pengacara.

Dia sedar ada yang mendakwa dia hanya bersandarkan paras rupa semata-mata untuk menjadi popular sedangkan bakatnya belum teruji sepenuhnya.

“Kerana itu, saya mahu terus berlakon dan menerima pelbagai watak bagi membuktikan bahawa saya sebenarnya serius dengan kerjaya saya sebagai seorang pelakon,” kata Juliana yang juga penuntut di Kolej Sunway, Petaling Jaya dalam jurusan Komunikasi Massa.

Ketika ini, gadis berusia 21 tahun ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Natrah terbitan KL Motion Pictures.

Begitu juga dengan bidang pengacaraan yang mana Juliana masih lagi mengharapkan peluang terus diberikan kepadanya selepas Era TV ditamatkan siarannya.

“Tawaran baru memang ada tetapi semuanya masih di peringkat perbincangan. Saya suka bidang pengacaraan kerana ia menonjolkan diri saya sendiri dan tidak perlu terlalu terikat dengan skrip,” katanya jujur.

Pada masa yang sama, Juliana enggan kisah peribadinya dijaja seperti mana perhubungannya dengan bekas teman lelakinya, Sam (vokalis kumpulan Bunkface) sebelum ini.

Akim bersyukur dengan rezeki

BAGI Akim, dia sendiri tidak pernah menyangka lagu pertama ciptaannya itu menjadi sebuah lagu hit dan cukup diminati ramai.

Mana tidaknya. Di awal kemunculan lagu tersebut, dia berasa sedikit skeptikal terhadap penerimaan peminat dan masyarakat terhadap lagu tersebut yang mana jalur muziknya jauh berbeza dengan sebuah lagi lagu popularnya, Bengang.

Namun, selepas lagu itu mendapat perhatian di corong radio dan kerap diputarkan, pemuda berusia 20 tahun ini mula berasa semangat apabila peminatnya memberikan maklum balas positif terhadap Inilah Cinta.

“Sebagai seorang yang masih muda dan mentah dalam dunia seni ini, sudah pasti ia adalah sebagai satu penghargaan untuk saya. Tiada lain yang saya harapkan agar drama ini juga mampu mengecapi kejayaan seperti mana lagunya juga.

“Kalau ditanya kepada saya di manakah terletaknya keistimewaan lagu ini, jujurnya, memang tidak ada apa yang istimewanya. Lagu ini sebenarnya sebuah lagu cinta remaja yang menggambarkan tentang perasaan jatuh cinta apabila bertemu dengan seseorang yang disukainya.

“Idea lagu ini pun memang datang secara spontan ketika saya memetik gitar. Daripada situ, saya mencipta melodinya dan lahirlah Inilah Cinta,” ujar pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) ini lagi.

Album

Melihat kepada kerjaya seni Akim, memang tidak dinafikan dia antara bekas pelajar AF7 yang cukup menyerlah sehingga ada kata-kata nakal mengatakan dia telah membayangi populariti juaranya sendiri, Hafiz Suip.

Menjelaskan perkara itu, Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad dengan penuh diplomasi tidak mahu isu perbandingan itu dibangkitkan kerana semuanya adalah soal rezeki.

Apa yang penting, hubungannya dengan Hafiz, Aril dan bekas pelajar AF7 yang lain masih lagi baik.

“Saya benar-benar bersyukur dengan apa yang saya miliki hari ini. Kalau bukan kerana peminat, mana mungkin saya mampu berada di pentas seni. Memang di awal pembabitan saya, ada yang kurang senang dengan kehadiran saya.

“Tetapi saya belajar daripada kesilapan dan memperbaiki segala kelemahan. Saya juga sedar saya bukan masih lagi terbaik dan masih banyak ruang untuk saya terus belajar dalam menjadikan diri saya seorang penyanyi dan komposer yang baik,” katanya bersungguh.

Meskipun dia dilihat kini lebih menyerlah sebagai pelakon selepas membintangi drama bersiri, Kau & Aku serta Saham Neraka, bagi Akim, bidang nyanyian masih lagi menjadi keutamaan.

“Insya-Allah, album saya akan dipasarkan tahun depan. Buat masa ini, tiga lagu sudah saya siapkan dan selepas ini dua single lagi akan menyusul iaitu Janji dan Menunggu.

“Mengenai lakonan pula, ia sekadar mahu mengembangkan lagi bakat saya dan Alhamdulillah, ramai yang mempercayai bakat lakonan saya. Saya tidak menafikan memang ada menerima banyak tawaran tetapi tidak mahu menjadi tamak. Saya lebih selesa menyelesaikan satu per satu,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran Kau & Aku musim kedua.

Mengenai gandingannya bersama Juliana dalam Cornetto Inikah Cinta? pula, Akim tidak mempunyai masalah untuk berlakon di samping gadis jelita itu.

Malah, anak jati Johor ini tidak menyangka dia akan digandingkan dengan Juliana yang memang sudah lama diminatinya.

“Memang saya minat kepadanya tetapi kepada personaliti dan bakatnya. Dia memiliki bakat tersendiri dan saya sendiri selesa berlakon bersamanya. Kalau ada tawaran lagi selepas ini untuk berlakon bersama Juliana, saya tidak ada masalah,” ujar Akim yang kini sedang hangat bercinta dengan juara AF6, Stacy.

Percaturan terbaru Astro

SEBAGAI penyiar berbayar terulung negara, Astro mahu terus memberikan santapan hiburan terbaik untuk pelanggan setianya.

Menerusi Cornetto Inikah Cinta? ini, buat pertama kalinya, Astro mengorak langkah dengan menerbitkan drama mini bersiri yang juga buat pertama kalinya mengangkat judul lagu sebagai judulnya.

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi menjelaskan, memang sudah lama pihaknya mahu menerbitkan program seumpama itu dengan mengadaptasi judul lagu menjadi drama.

Jelas Azlin, melihatkan sambutan luar biasa terhadap lagu Inilah Cinta, Astro tidak teragak-agak untuk memulakan langkah itu dan memang besar harapan Astro agar drama ini mendapat sambutan sama seperti lagunya.

“Meletakkan Akim dan Juliana Evans adalah strategi terbaik kami untuk menarik perhatian penonton menonton drama mini.

“Biarpun ditayangkan dua kali seminggu selama lima minit, kami percaya ia golongan remaja khususnya akan teruja untuk terus menontonya.

“Jika sambutan yang diterima bagus, tidak mustahil untuk kami meneruskan tradisi menggunakan judul lagu ini sebagai sebuah drama,” ujarnya optimis.

Azlin berkata demikian pada pelancaran Cornetto Inikah Cinta? yang diadakan di Restoran Bijou, Mont Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir Pengurus Kanan Jenama Aiskrim Wall's, Unilever Holdings Sdn. Bhd., Chan Meng Yang.

Diterbitkan oleh Red Communications Sdn. Bhd. sebanyak 16 episod, drama mini yang diarahkan oleh Saw Teong Hin itu akan digabungkan menjadi sebuah telemovie sebaik sahaja episod ke-16 berakhir.

Sumber: Utusan

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

17.10.10

Remy Ishak dan Tiz Zaqyah bercinta???

Salam, 1blogger 1malaysia..

BERGANDINGAN di televisyen sudah, di filem pun sudah. Nampak keserasian dan jelas ikatan kimia itu sudah terjalin dengan baik. Tapi ini bukan hal bergandingan dalam naskhah drama Nur Kasih atau produksi lain, ada sumber yang mendakwa terserempak Remy Ishak dan Tiz Zaqyah bergandingan tangan ketika menyaksikan acara MotoGP pada tanggal 10.10.10 baru-baru ini.

Sudah adat mata melihat pastilah ingin menyaksikan pemandangan yang indah. Menurut sumber Diva, sedang dia asyik memerhatikan awek-awek yang menarik di sekitar acara Moto GP, dia terpandangkan seorang gadis putih gebu berpegangan tangan dengan seorang lelaki perkasa. Bila ditilik-tilik, rupanya dia kenal benar dengan dua jasad yang berada di depannya.

Terus dia terimbaskan kembali ikatan kasih sayang Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam kisah Nur Kasih. Tidaklah dapat dipastikan sama ada mereka berdua ini sudah mendapat nur untuk membina perhubungan cinta. Tetapi kata sumber Diva, aksi berpegangan tangan mereka sudah jelas menunjukkan mereka seperti berada dalam sebuah perhubungan yang suci.

Setahu Diva, Tiz dan Remy memang sudah bersahabat baik sejak sama-sama menjadi tunjang drama berkenaan, lantas persahabatan itu terbawa hinggalah ke luar lokasi dan selalulah mereka bertanyakan khabar jika jarang bertemu.

Mata Diva masih lagi nampak mereka sebagai teman baik. Tetapi apabila diberitakan tentang acara berpegangan tangan di bawah sinaran cuaca matahari yang terik Ahad lalu, tak mustahil juga, itu kata hati Diva. Tak salah pun kalau mereka ini mahu berkasihan kerana masing-masing tidak ada komitmen. Tetapi nasihat Diva, kalau benar mereka bercinta janganlah berahsia. Takut pelbagai cerita keluar nanti.

Sebelum ini Remy pernah dikaitkan dengan beberapa wanita dan Tiz pula pernah menempa kontroversi dengan kekasih orang, jadi Diva tidak mahu nama mereka kembali keruh.

Sumber: KOSMO
Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

15.10.10

Kalau Berpacaran Ana Raffali, Altimet, Suhaimi Mior Hassan

Salam, 1blogger 1malaysia..

Best lagu nie kalu dihayati liriknyer...ada unsur2 nasihat yang boleh dijadikan panduan...jom layan

Kredit to Youtube dan juga Azmie94 ( org yang upload )

 
Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

14.10.10

Siapa Gadis Seksi ini??

Salam, 1blogger 1malaysia..



Sapa dia nie, seksi.....seksa aku nengok nyer....nak tau sapa dia...meh sini

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

Bajet 2011 Bersama Berusaha Mencapai Ekonomi Berpendapatan Tinggi

Salam, 1blogger 1malaysia..

Bajet 2011.... Apa yang korang harapkan dari bajet yang akan dibentangkan....kakitangan kerajaan tentunya tak sabar mendengar pengumuman mengenai bonus...berita baik atau berita buruk...

Untuk kakitangan swasta, apa plak yang korang harapkan dengan bajet 2011...bonus??? tanya bos korang sendirilah...

Rakyat tentu mengharapkan bajet kali nie akan meningkatkan taraf hidup semua, subsidi-subsidi jangan pula dikurangkan...kemudahan-kemudahan awam teruslah dipermajukan....tak sabar rasanya nak mendengar bajet 2011 esok...jangan lupa esok...pembentangan bajet 2011 oleh PM kita yang juga Menteri Kewangan Negara.

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
2 Komen Yang Bernas

13.10.10

Bilalah nak beli kereta??

Salam, 1blogger 1malaysia..

Jom beli kereta nasional......







Kredit blog MarahKu ...jangan marah ekkk

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

12.10.10

Kemalangan ngeri 10.10.10, Tragedi berdarah kilometer 223

Salam, 1blogger 1malaysia..

Masuk hari nie dah 2 hari kemalangan ngeri melibatkan 2 buah bas, satu van dan tiga kereta yang telah mengorbankan 12 nyawa sekaligus, manakala 40 yang lain cedera. Kemalangan ngeri nie berlaku di kilometer 223 lebuhraya utara selatan berhampiran simpang 4.
Jom tengok laporan dari Mymetro online.

 Kredit to mymetro online

Takziah kepada keluarga mangsa.


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

11.10.10

10.10.10 surprise!!!

Salam, 1blogger 1malaysia..

10.10.10 hangpa ingat hangpa ja ada benda istimewa dengan tarikh nie...aku pun ada paa....10.10 merupakan hari lahir my lovely father yang aku panggil abah..semalam 10.10.10 abah menyambut hari lahir yang ke 61..amacam istimewa tak...kat bawah nie adala gambaq2 kami meraikan hari lahir abah...


Hadiah dari aku sekeluarga...rahsiaaaa

Kek yang dah barai akibat mak letak secara menegak masa dalam kotak..nayaaa

0 Komen Yang Bernas

9.10.10

Paip bocor sebesar penumbuk budak jer

Salam, 1blogger 1malaysia..

Lokasi kebocoran Jalan Bagan Datoh
Kebocoran paip 600mm


Syok main kubang wehhhh
 Awal bulan nie, ada lagi satu kerja repair paip utama yang mengalami masalah kebocoran, tugasan diserahkan pada kompeni oleh klien kami. Maka dengan rela hati, kenalah buat kerana itu memang kerja wajib. Korang tengok keadaan tempat kerja, memang mencabar mental dan fizikal, kedalaman paip pulak mencecah 10 kaki lebih...udah macam kubang lembu dah tempat tu....cuaca pulak tak menyebelahi hari tu...hujan...hujan...dan hujan....memang jadi tempat berkubang dah..
0 Komen Yang Bernas

8.10.10

Tips bijak jimatkan air.

Salam, 1blogger 1malaysia..

Pastikan kita semua bijak dalam menguruskan kegunaan air dirumah, agar bil tak melambung tiap2 bulan... rumah aku bil purata hanya Rm 20 hinggit untuk 2 bulan..tak pernah lebih dari tu....nie ada tips cara jimatkan air sekaligus kurangkan bil bulan hangpa...cuba amalkan nescaya bil bulan depan kurang skit dari bulan sebelumnya...nahaiiiii
0 Komen Yang Bernas

Aku punya kerja

Salam, 1blogger 1malaysia..

Kerja... kerja... kerja...
Lokasi Jalan Changkat Jong, Teluk Intan berdekatan dengan Hospital Besar.
Kebocoran paip bersaiz 700mm.


  
Inilah dia paip yang bersaiz 700mm ataupun 28inci...sikit punya tebal besi pun boleh bocoq jugak..itulah penangan tekanan air..jangan memain wooo..boleh membawa malang aka maut.

1 Komen Yang Bernas

4.10.10

Rokok naik harga lagi

Salam, 1blogger 1malaysia..


Cedok kat google

Sumber rujukan utama aku yanmieonline.com ada tulih yang rege rokok naik 7 kupang bermula hari nie. Wow sekotak rokok dah cecah hampir sepuluh hinggit...puh sejam overtime wooo..memang berbaloi2 kalu dapat berenti merokokkan...aku??? aku dah berenti rokok dah...betoi!!!....caranya??? senang ja bah...berenti la membeli....kuiiii...ini betoi punya cara nie..bukan memain....tak caya!!korang praktik lah sendiri...Nahaiiiii

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

Imigresen pun rasuah

Salam, 1blogger 1malaysia..


Cedok dari google..ini bukan duit rasuah
 Rasuah...rasuah...rasuah...

Tentu hangpa dengaq macam2 cerita berkaitan dengan rasuah...terbaru imigresen punya staff pun dah sangkut dengan SPRM...patut PATI duk bersepah dalam malaysia nie...pihak yang berwajib amik kesempatan...

Itu pun nak minta bonus dari kerajaan lagi... bukan sekupang dua depa balun...ribu-riban woo....mentang2la hangpa jaga pintu masuk...hangpa " pau " depa noo...Nahaiiiii

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

1.10.10

Teacher Shida @ Cikgu Shida buat aku terangsang dan terjojol mata

Salam, 1blogger 1malaysia..


Puhhh....dasat wo kalo kome tengok video nie...bukan setakat terangsang tapi terjojol mata nengoknyer...betoi ini bukan main-main...

kalu tidak masakan yanmie pun nak tulis crita nie..ala yanmieonline tu...blog pupolar gak nie..dia pun suka nauuu video klip tu...

Kalu korang nak Cikgu Shida layan korang hari nie...nah no tepon dia...bukan no tepon daa...link youtube dia...memang Nahaiiiii
Mukabuku pun dia ada...ramai gak yang "like" cikgu nie ghopernyerrr...tapi dalam ramai orang like ada jugak yang tak like dia...macam page nie..bagi aku itu dia punya pasai....
ok wat dari dia berbogel atau melucah depan kamera...senang jer tak suka tak payah tengok....Nahaiiiii

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League - PERAK