Lokasi kebocoran Jalan Bagan Datoh
Kebocoran paip 600mm
Syok main kubang wehhhh |
Awal bulan nie, ada lagi satu kerja repair paip utama yang mengalami masalah kebocoran, tugasan diserahkan pada kompeni oleh klien kami. Maka dengan rela hati, kenalah buat kerana itu memang kerja wajib. Korang tengok keadaan tempat kerja, memang mencabar mental dan fizikal, kedalaman paip pulak mencecah 10 kaki lebih...udah macam kubang lembu dah tempat tu....cuaca pulak tak menyebelahi hari tu...hujan...hujan...dan hujan....memang jadi tempat berkubang dah..
Tadi dah kering, hujan pulak, kena pam semula ayo bertakung tu.. |
Disebabkan dalam sangat plat besi amat diperlukan untuk menahan tanah dari runtuh/rebak...safety first katakan....barulah yang nak buat kerja kat bawah tu rasa selamat skit...kalu takdak plat besi tu...mau ada yang tertimbus nanti.. bocor kat paip tu tak ler besar sangat adalah sebesar penumbuk budak...tapi nak menampalnya memang agak susah...
Tengah buang kulit paip |
Tukang kimpal yang bertauliah dia nie.. |
Kerja siap hati pun rasa lega walaupun terpaksa berjaga dari pagi sampai ke subuh.
Semalam aku dapat panggilan mengatakan ada bocor lagi...saiz paip 600mm jugak...Nahaiiiii
Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas:
Post a Comment