..SaYaNGku FaiSh..

25.2.11

REMY ISHAK DAN AIR MATA WANITA

Salam, 1blogger 1malaysia..

Mohammad Zalimei Bin Ishak.

"ZERO TO HERO Berada dalam bidang seni lakon bukan apa yang difikirkan sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di tanah metropolitan Kuala Lumpur. Pernah berkhidmat di beberapa hotel ternama tempatan sebelum melangkah ke uji bakat bersama Nuansa (syarikat produksi milik Osman Ali), Remy nyata tidak menjangka bakatnya diterima sutradara tersohor Osman Ali untuk membintangi Akuarium Cinta yang pada ketika itu hanya sempat siap 30% sahaja penggambarannya. Setelah hampir 3 tahun, filem pertama lakonan Remy itu akan disambung kembali penggambarannya dengan judul baru, Bara Jiwa yang turut menampilkan gandingan Remy bersama Diana Danielle dan bintang baru Nadiya Nisa. Pasti saja kita semua mengenal wajah macho miliknya terlebih dahulu melalui siri Nur Kasih dan Sindarela. Watak Adam yang dilakonkan sememangnya saya sifatkan sebagai batu loncatan buat Remy mengukuhkan namanya sebaris pelakon kelas satu tempatan."


Dan isu nie mesti korang baca tau...

AIR MATA WANITA TURUNKAN GHAIRAH SEKS LELAKI?

"Percaya atau tidak, air mata wanita boleh membuat hormon testosteron dan ghairah seks seseorang lelaki menurun. Beberapa kajian membuktikan bahawa kandungan molekul dalam air mata berbeza-beza tergantung penyebabnya. Air mata emosional yang menitis ketika sedih berbeza dengan air mata ketika terkena air bawang merah atau mata dimasuki debu. Air mata emosional pada wanita yang menitis ketika sedih dan menangis mempunyai pengaruh terhadap keadaan hormon lelaki yang menghirupnya. Penghasilan testosteron akan menurun yang pada akhirnya akan mengurangkan keghairahan seksual.

Fakta ini dilaporkan dalam sebuah penyelidikan yang dilakukan kumpulan penyelidik di Weizmann Institute of Science. Dalam penyelidikan tersebut, kumpulan yang dipimpin Prof Noam Sobel ini melibatkan 24 lelaki dewasa pada usia yang tidak disebutkan dengan terperinci. Masing-masing diberi 2 jenis cairan untuk dihirup, iaitu air mata emosional seorang wanita dan larutan mineral biasa yang sama-sama tidak berbau.

Setelah menghirup cairan yang kandungannya dirahsiakan itu, para peserta kajian itu ditunjukkan beberapa gambar wajah wanita secara bertukar-tukar dan diminta memberi penilaian.Analisis hasil penilaian menunjukkan 17 orang peserta merasakan kesan berbeza setelah menghirup kedua-dua jenis cairan tersebut. Gambar-gambar itu yang ditunjukkan kurang merangsang setelah peserta menghirup cairan yang berisi air mata berbanding ketika menghirup cairan larutan mineral biasa. Selain hasil penilaian terhadap gambar, hasil pemindaan otak peserta dengan magnetic resonance imaging (MRI) juga memberikan kesimpulan yang sama. Aktiviti di bahagian otak yang biasanya meningkat saat terangsang secara seksual kelihatan berkurang setelah menghirup air mata."

Dapatkan majalah Maskulin keluaran MAC 2011 untuk mengetahui selanjutnya.


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi

0 Komen Yang Bernas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League - PERAK