..SaYaNGku FaiSh..

4 Komen Yang Bernas

31.12.10

Tahun 2011 Selamat Datang

Salam, 1blogger 1malaysia..

Tinggal lagi dua jam untuk kita melangkah ke tahun 2011 dan meninggalkan kenangan tahun 2010,

Biasanya tahun baru mesti orang selalu bertanyakan azam. Apa azam korang? ker azam tahun 2010 bring forward!!
Aku?? biarlah rahsia...kehhh
Azam yang dihajati bukan sekadar angan2 tetapi perlu usaha dan rancangan... deiiii ini malam bukan mau cakap pasal azam deiiii.....

Sekarang aku ada kat pangkor with my family...org nak meraikan new year kat darat, tapi kami ke laut...
Saja ambil kesempatan cuti niekan...cuti bola katakan!!! lagipun kakak aku yang rancang, aku join jer lah...

Buat masa nie kat pangkor takdak tanda2 menyambut tahun baru pun..awai lagi kut..jap gi nak gi jalan2 pantai sambil tunggu detik 12 malam...korang sambut kat mana pulak??? nahaiiii jangan terlebih sambut sudah!!!!

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011

 Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
8 Komen Yang Bernas

30.12.10

Esok cuti pasai menang Piala Suzuki AFF

Salam, 1blogger 1malaysia..


Sumber
 Yeaaaa....yeaaaa..

Kita menang jugak Piala Suzuki AFF yang dulu dikenali sebagai Piala Tiger...
Ini merupakan kemenangan pertama kalau tak salah fakta ler...

maklumlah aku bukan kaki bola sangat pun..kita layak ke final cuma dua kali ( 1996 ) dan edisi kali nie tuah memihak kepada kita.

Walaupun kalah di padang indonesia buat kali kedua, tapi Piala Suzuki AFF tetap milik kita...

Safee Sali pulak jadi penjaring terbanyak kali nie, terpahat ler nama dalam senarai penjaring terbanyak yer...syabas inspektor shahab!!!!

Dan yang paling gembira esok cuti meraikan kemenangan..thank you najib!!!

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

29.12.10

Pembukaan Pesta Cahaya, Datanglah beramai2

Salam, 1blogger 1malaysia..

Malam nie pembukaan pesta cahaya...
Kat mana?

Stadium Bung Karno lah...

Anda akan berpeluang menikmati pancaran-pancaran laser yang secara kreatif dipancarkan dari tempat duduk penonton.
Muka2 pemain/penjaga gol malaysia akan dijadikan tempat/alas menzahirkan kekreatifan mereka.
Acara ini dijangka berlangsung selama 90 minit tanpa henti.
Jangan lepaskan peluang ini!!
RTM juga akan membuat siaran langsung acara gilang-gemilang ini....jangan ketinggalan.

Bermacam-macam warna cahaya laser akan digunakan untuk malam nie...pesta ini hanya dapat anda saksikan malam nie sahaja...ayuhhh jangan ketinggalan. Meh ramai duk depan TV.

p/s: Amaran kepada TNB, jangan biarkan kami ketinggalan acara hebat ini...nahaiiiii


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
10 Komen Yang Bernas

Puas sudah ku mencari mu

Salam, 1blogger 1malaysia..

Hissssss...mana plak aku letak menatang nie,
Puas aku cari..
Semua beg aku dah selongkaq..
Semua poket seluar aku dah selongkaq..

Merata ceruk aku dah cari, bawah sofa, belakang tv, dalam laci, bawah katil, dalam periuk nasi pun aku usha jugak..
Celah pasu bunga pun aku pun aku dah cari tau, manalah kau menghilang pulak...
Dalam kereta takdak...dalam opis tak jumpa jugak.....nahaiiiii tension aku dibuatnyaaa.....tolongggggg
Kat mana lagi nak cari nie???

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
7 Komen Yang Bernas

27.12.10

Confirm!!!! Cahaya Laser Punca Indonesia Kalah

Salam, 1blogger 1malaysia..

Kekalahan Indonesia ditangan Malaysia telah dikenalpasti..Confirm
>
>
>
>
>
>
>
>




Cedok kat sini


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

Final Piala Suzuki AFF kasi hentam dia punya kaki

Salam, 1blogger 1malaysia..


Sumber
 Entry nie di karang khas untuk pemain-pemain bola sepak kebangsaan.

Firstly, tahniah anda semua telah menaikkan taraf permainan bola sepak dengan bermain penuh dengan semangat dan amat profesional.

Tahniah juga pada jurulatih dan pembantu beliau kerana taktikal yang menjadi semalam.
Buktikan korang semua jaguh dimana2 padang sekalipun bukan jaguh kampung dan harap dikekalkan corak permainan seperti semalam.

Bila bertandang ke Indon nanti harap2 korang tak kena mandremla.

Dan yang paling penting sekali, PAKAI PELINDUNG KAKI YANG KUKUH DAN TAHAN SEPAKAN PADU COZ MUNGKIN KAKI KORANG AKAN JADI TARGET TACKLE KERAS PEMAIN LAWAN. Selalu aku buat bila agak2 dah kalah, kaki lawan kita kasi hentam...yerla buat lepas geramkan, paling kuat kena halau kluar padang, yang kena hentam kaki kemungkinan patah tulang dan rehat panjang...nahaiiiii harap2 takder ler yang kena hentam dia punya kaki yer...

SELAMAT BERJUANG!!!!


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
2 Komen Yang Bernas

6 tahun berlalu tapi masih segar dalam ingatan

Salam, 1blogger 1malaysia...


kredit to www.wolvo.net
 Ya sudah genap 6 tahun tragedi yang menggemparkan dunia, tragedi yang memperlihatkan kekuasaanNYa, Tragedi yang menginsafkan umat islam seketika, tragedi yang membuatkan dunia sedih, tragedi yang dianggap kiamat kecil oleh umat islam dan tentunya ia kehendak Yang Maha Esa.

Tsunami, 26hb Disember 2004, 6 tahun yang lalu masih segar dalam ingatan kita, stesyen2 tv kini menayangkan semula video2 kejadian tsunami yang melanda 8 buah negara termasuk tanahair kita. Kematian yang mencecah 230, ribu orang boleh dianggap kematian terbesar dalam sejarah dunia. Kehilangan ahli keluarga, sahabat handai cuma dalam sekelip mata sahaja.

Ombak besar yang dikatakan setinggi 9 meter telah menghentam daratan, memusnahkan segala benda yang berada dilaluannya, begitulah hebatnya kuasa alam tiada siapa boleh menghalangnya. Kejadian ini tercetus apabila gempa bumi 9 skala richter berlaku di kepulauan hindi dengan kedalaman 10 kilometer lalu menghasilkan kuasa ombak besar ( tsunami ).

Apa pengajaran bagi kita semua....sama2 kita renungkan peristiwa besar ini...

Tapi walaupun sudah 6 tahun berlalu, sepatutnya mangsa-mangsa ( tanahair utara ) mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak terlibat tetapi masih ada mangsa2 yang terlepas pandang dan sehingga kini belum mendapat bantuan yang diharapkan. Kesian pada yang masih mengharap rumah2 bantuan, bot-bot bantuan seperti yang diwar-warkan dahulu.

Nahaiiiii apa sudah jadi wehhh....

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
10 Komen Yang Bernas

24.12.10

Tengok kartun

Salam, 1blogger 1malaysia..

Kredit to google

Bleach, bukan jenama cloroc atau pencuci baju.

Ia merupakan siri animasi aka kartun yang mengisahkan budak sekolah berambut oren yang dari orang biasa diangkat menjadi " soul reaper " akibat satu kejadian terancang, tanpa budak rambut oren tu ketahui, kehidupan yang dia lalui sebagai "soul reaper" amat mencabar fizikal dan mental.

Kurosaki Ichigo itulah nama budak rambut oren tu merangkap teraju utama animasi Bleach ini.

Kini ia telah 300 episode dan minggu depan merupakan episode 303 yang aku rasa hampir ke klimak kartun nie. Siri kartun nie juga ada dalam edisi manga/komik. Boleh dikatakan siri nie keluar setiap minggu ( internet ) dan TV3 pernah menyiarkan kartun nie dulu tapi sebahagian sahaja.

Aku merupakan salah seorang pengikut anime nie, memang tak pernah miss dari episode satu hingga sekarang, korang fikiaq berapa lama dah aku follow cerita nie, dari bujang hingga ke anak dua sekarang nie.
Tengok kartun nie, aku rasa semangat lain macam sikit, mungkin semangat Ichigo kut. Semangat untuk survive dan semangat untuk melindungi orang lain. Itu antara karektor yang dibawa oleh Ichigo, ego dan ada indentiti tersendiri.

Aksi-aksi dalam siri nie jugak memang tak tercapai dek akal manusia, imiginasi mereka yang berada dibelakang tabir animasi nie memang superb, yerlah nak mencapai beratus2 episod bukan senangkan!!

Errrr korang ada layan kartun jugak ker...ataupun aku sorang jer yang tengok kartun dalam usia nie....nahaiiiii
Apapun Bleach memang power...Go Ichigo..Goo ( teruja sudah )

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
4 Komen Yang Bernas

21.12.10

Nahas membabitkan bas

Salam, 1blogger 1malaysia..


Kredit to Berita Harian
 Mungkin belum terlambat lagi untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas kemalangan ngeri yang berlaku diSimpang Pulai pada 20hb Isnin kelmarin.

Tentunya korang mengikuti kemalangan ngeri tersebut hingga ke hari nie.
Dalam berita harian sendiri terdapat 28 arkib mengenai nahas terburuk dalam negara nie.

Juga bermacam-macam pendapat yang dikeluarkan, pandangan-pandangan peribadi yang diluahkan dan yang terbaru Penubuhan Jawatan kuasa khas untuk mengkaji kejadian tersebut.

Terdengar dan terbaca juga berita, kemungkinan tindakan mahkamah akan diambil terhadap sesiapa yang terlibat dalam kejadian ini. Terpulanglah....

Bagi pandangan peribadi aku, penggunaan bas dua tingkat atau "high decker" ker, mungkin tidak sesuai kut untuk berada diatas jalan raya di Malaysia nie..pandangan aku la...
Sebab aku berpandangan demikian, jalan raya itu sendiri dengan permukaan jalan yang tak rata, ada jalan yang tinggi bebenor hinggakan kereta Viva 660cc terpaksa tukar gear 2 untuk naik ( dengan muatan penuhla ). Terlalu curam pun ada hinggakan kalau tak tekan minyak pun meter pun boleh cecah 80km/jam. Ada selekoh yang tajam hinggakan kalu amik corner, orang belakang boleh tersandar ke pintu kereta..punyalah tajam wehh

Tapi apa yang pasti dan benar..ini qada dan qadar...bagi orang islam kita kena redha dengan ketentuan illahi....yang hidup akan mati...ingatlah juga kematian itu amat menyakitkan...dan tidak dicepat atau dilambatkan walaupun sesaat...

Kejadian kemalangan seperti ini patut dijadikan iktibar kepada semua...

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
4 Komen Yang Bernas

17.12.10

Lagi cerita pasal Al-Ameen Enet Komuniti

Salam, 1blogger 1malaysia..

Korang dah join ker, kalu belum meh join komuniti nie..daftar percuma jer..

Nie aku nak cerita skit peluang  yang boleh korang dapati setelah join komuniti nie,

Selain dari sumbangan setiap bulan, anda juga berpeluang untuk menerima:


1.Pelan Jaminan Pendapatan – iaitu satu perjanjian yang akan dibuat dengan pihak Takaful, bagi memastikan anda atau keluarga anda terus menerima pendapatan/gaji bulanan sekarang jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

2.Keahlian Kad Perubatan & Penghospitalan – anda akan menerima sekeping kad keahlian yang membolehkan anda menerima rawatan di mana mana hospital swasta di seluruh negara secara percuma.

3.Polisi RM1,000,000 – Satu polisi perlindungan yang direka khas untuk memastikan generasi anda yang akan datang bergelar jutawan. Maksudnya, jika berlaku sebarang musibah kepada anda, samada meninggal dunia atau pun hilang upaya kekal. Anda atau keluarga anda akan menerima RM1,000,000.

Amacam best tak!! kalu korang rasa best dan nak join meh klik daftar percuma dibawah nie


Terpulang pada anda sendiri, aku cuma buka jalan jer...


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
7 Komen Yang Bernas

15.12.10

Biar Kami Tolong Bayarkan

Salam, 1blogger 1malaysia..
MARI BEKERJASAMA
Alangkah baiknya, jika setiap bulan ada orang yang mahu berkongsi membayar segala bil dan ansuran yang perlu kita lunaskan. Ringanlah sedikit bebanan dan pening kepala kita, betul tak? Namun, mimpi hanya tinggal mimpilah, apa faedah dan keuntungannya untuk orang lain berkongsi masalah kita? Sendiri yang guna, sendiri bayarlah...

NANTI...MUNGKIN ADA YANG SUDI MEMBANTU!
Pernahkah anda mendengar tentang Pusat Komuniti Al Ameen? Kami sedia membantu anda. Mahukah anda menerima sumbangan dari kami, bermula RM50 ke RM850 setiap bulan? Kami pasti ianya akan menukarkan mimpi anda selama ini menjadi kenyataan. Mari kita bersama sama memikul beban bulanan anda itu.

Al Ameen E Net Komuniti atau Pusat Khidmat Komuniti di asaskan oleh pasangan adik beradik yang berasal dari Ipoh, Perak. Mereka adalah Saudara Zolkepli M. Tahir dan Saudara Zamzuri M. Tahir.

Berpengalaman luas dalam industri perbankan, bidang perniagaan networking, industry insuran dan takaful, saham amanah, penerbitan video dan drama, serta bidang pemasaran 'offline dan online'.

Berpusat di No 16 Jalan Medan Istana 1, Bandar Ipoh Raya, 30000 Ipoh, Perak.
Tel/Faks : 05-2413323

Kalau korang rasa berminat boleh usha2 website Pusat Komuniti Al Ameen, pastu boleh join sekaki...alah daftar percuma jer...


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
10 Komen Yang Bernas

14.12.10

Gengblogger ditawan lanun!!!

Salam, 1blogger 1malaysia..

Gempar...!!!!
Website Gengblogger telah ditawan lanun pada hari ini. Tak percaya yerr...pi bukak Gengblogger sekarang!!!!

Amacam gempak tak berita nie. Sebenarnya lanun yang aku maksudkan ialah
http://lanun-media.blogspot.com.
Macamana aku tak kata lanun dah tawan, 8 /10 dari entry POPULAR HARI NIE semua dia dah "konker" itu setakat jam 3 setengah petang tadi la.



Memang dasat wehhh....Bila agaknyer blog aku nak masuk entry popular kat Gengblogger, esok kut...Nahaiiiii


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
2 Komen Yang Bernas

5 Kelebihan Bila Join BPM2010

Salam, 1blogger 1malaysia..

Blog Baru Pilihan Malaysia 2010 apa kelebihan yang boleh korang dapat bila dah join BPM 2010?

Bagi aku sebagai blogger baru, tentulah banyak faedahnya..meh aku listkan kelebihan yang aku dapat.

1) Blogwalking
Dah terang-terang ada 384 blog kat situ, dengan mudahnyer nanti untuk aku buat blogwalking sampai muntah!! Dah memang blogwalking merupakan salah satu perkara yang MESTI blogger baru buat...Nah!!! Sinilah tempatnyer..

2) Idea
384 blog = 384 idea. tak gitu??

3) Info
Dalam banyak2 blog mesti ada yang entrynya bukan tentang personal sahaja, tentu ada yang memberi info tentang perkara2 yang kadang2 otak aku tak fikir pun. Jadi serba sedikit dapatlah info berguna nanti.

4) Template Contoh.
Hehehe..rasa-rasa nak tukar template, boleh buat rujukan..betoi tak?

5) Sahabat Blog.
Mudahan bertambahlah lagi sahabat blog aku nanti.

Banyak kelebihan lain bila join BPM2010..yang atas tu antaranya sahaja dan kalu nak tau lebih lagi...korang pikiaqla sendiri..nahaiiiii

Jutaan terima kasih pada Azman Roslan kerana mengasaskan BPM2010. Tabikk springggg. Harap jangan serik buat BPM tahun depan yerrr...


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
10 Komen Yang Bernas

13.12.10

249 untuk dijual

Salam, 1blogger 1malaysia..

Kredit to Google
 Sapa nak beli no...Meh sini, gerenti puas hati punya...ini no manyak ong punya....skali klik tarak rugilah...
Bolehker guna ayat seperti di atas untuk raih undi...Undi aper? Korang tak tau lagi!!! Aisehhmenn...ala Blog Baru Pilihan 2010 yang Bro Azman Roslan buat tu...

Undian Peringkat Pertama telah dibuka...maka aku yang salah sorang pesertanya kenalah buat promosi agar diundi oleh blogger yang berada diluar sana. Mahukah korang undi untuk aku...kehhhh

Setakat nie undi untuk aku baru satu...( itupun klik sendiri tadi..wakakakaka ) Depa kata boleh klik sendiri tapi jangan lebih-lebih laa...( aku klik tadi jer arrr, pasnie aku tak klik dah...seriyes betul nie )

Untung sabut timbul....yer tak ( aku nak jadi sabut!!! ) Kepada korang sudi nak undi Blog En.Epai or blog-blog lelain boleh buat undian di //http://bpm-undi.blogspot.com/ kat situ ada senarai penuh kertas mengundi...dan senarai Blog-Blog yang menyertai BPM kali nie...
Masa yang diperuntukkan sampai jumaat nie 17 Disember 2010 Jam 7 pagi.

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
4 Komen Yang Bernas

11.12.10

ADILKAH RAKYAT MALAYSIA DIBEBANKAN DEMI KEUNTUNGAN TNB?

Salam, 1blogger 1malaysia..

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencatatkan KEUNTUNGAN BERSIH sebanyak RM1.11 bilion dalam tempoh suku kewangan ketiganya yang berakhir pada 31 Mei lalu, sekaligus mencatatkan peningkatan sebanyak 9% daripada RM1.02 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu yang berpunca daripada peningkatan dalam permintaan tenaga elektrik serta pengukuhan nilai ringgit.

Keputusan pentadbiran Najib Abdul Razak untuk menangguhkan penyemakan tarif elektrik, seperti yang diumumkan, tidak menjamin bahawa tarif elektrik sedia ada akan dikekalkan, sebaliknya dengan menggunakan alasan KENAIKAN KOS, KENAIKAN HARGA BAHAN API, KENAIKAN ITU DAN INI, tarif elektrik akan disemak, seterusnya syarikat pemonopoli tersebut akan menikmati keuntungan berbilion ringgit dalam tempoh setahun selepas penyemakannya.

Ada seperti yang tidak kena dengan syarikat utiliti negara seperti Tenaga Nasional Berhad. Di sebalik tujuan kerajaan untuk mengurangkan beban perbelanjaan menguruskan utiliti tersebut sekaligus membawa kepada penswastaannya, penswastaan Lembaga Lektrik Negara menjadi Tenaga Nasional Berhad diletakkan atas beban dan bahu pengguna, atau lebih tepat lagi rakyat Malaysia.

HOUSE PK

En.Epai:-
Tariff dijangka naik tahun depan, kalu naikla, satu jer aku mintak...bil anggaran secara pos hendaklah TNB mansuhkan nyusahkan aku jer, lagi2 kalu bil tak sampai....Nahaiiiii (nak kena pakai genset sendiri la camnie)

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
7 Komen Yang Bernas

10.12.10

Blog Baru Pilihan 2010

Salam, 1blogger 1malaysia..


Yesss....
Blog En. Epai nie dah tersenarai didalam Blog Pilihan Malaysia Kategori Baru, blog teman berada dalam kumpulan/pilihan 7, no 249. Aku ingatkan deme nak terus pilih jer, ghupernyer nak bukak undian...alahaiiiii sapa plak nak undi aku nanti. Nahaiiiii....

Blog-blog yang dalam group nie gerenti semua mantap2 belaka,ada daya tarikan dan yang penting diaorg dah ada follower tersendiri. Semua ada 40 blog, 5 blog akan masuk next round. Pusingan undian kedua akan menentukan Top 5 Blog Baru Pilihan 2010.

Sebelum nak promosi blog En. Epai Punya Hal, first skali aku nak lawat blog-blog pilihan 7 untuk sesi suaikenal...ecehhh macam mula-mula masuk belajar politeknik plak..

Kepada sesapa yang baca blog aku nie, yang terbaca pun tak per korang boleh ler usha2 blog En.Epai di Blog Pilihan Malaysia yer... yang paling penting no 249 tau...Nahaiiiii 249...249


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

Aminulrasyid Amzah

Salam, 1blogger 1malaysia..

Korang ikuti tak kes perbicaraan Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati ditembak oleh anggota polis.
Aku ada jugak ambil tau perbicaraan ini dan amat berharap kes ini diadili seadil-adilnya.

Mengikut keterangan rakan Amirulrasyid, mangsa dikatakan panik akibat dikejar peronda polis, manakala polis menembak bila kenderaan yang dipandu mangsa tidak diberhentikan dan dipandu laju.

Walaupun kejadian tu berlaku bulan April lalu, tapi terasa seperti berlaku bulan lepas jer...cepatnyer masa berlalu.. Jom kita ikuti keterangan saksi yang ke-28 perbicaraan nie...


Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
SHAH ALAM 9 Dis. - Seorang anggota polis mengaku melepaskan tembakan ke arah belakang kereta Proton Iswara yang dipandu oleh Aminulrasyid Amzah dilakukan tanpa arahan daripada mana-mana pihak.

Konstabel Mohd. Izham Mahayadin berkata, dia bertindak demikian atas inisiatif sendiri bagi memberhentikan kenderaan yang dipandu laju dan berbahaya oleh remaja berusia 15 tahun itu selain gagal mematuhi arahan polis.

Tembakan itu dilepaskan dari tingkap tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta peronda semasa mereka berpusing di Bulatan Kayangan, Seksyen 11 di sini.

''Posisi ketika itu jelas dan selamat. Tidak ada kereta orang awam dan kedudukan sasaran tembak adalah dekat. Selepas selesai menembak, saya nampak tayar bocor dan tangki keluar minyak.

''Keadaan di Bulatan Kayangan juga terang kerana banyak lampu jalan serta ada lampu sorot,'' katanya semasa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar pada sesi pemeriksaan utama yang memakan masa hampir tujuh jam sejak semalam.

READ MORE

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
2 Komen Yang Bernas

9.12.10

BlogLarian OSC for Blogwalkers

Salam, 1blogger 1malaysia..

Semalam aku punya mem sudah kasi kerja wajib untuk dibuat, iaitu mendaftar di BlogLarian.
Jadi denga rela hati aku akan daftar hari nie jugak...hehehe
Ok first kena usha syarat2 untuk mendaftar diBlogLarian nieh...

1) Pastikan ada Banner BlogLarian------> Ok siap dah.



2) Jadi Follower BlogLarian----->Follower yang ke 614.


"saya adalah blogger, blogger mesti buat blogwalkingkan???"

4) Tag 3 orang rakan atau lebih-----> Dah.
 a) http://m3trofulus.blogspot.com/
b) http://serungkaikata.blogspot.com/
c) http://chenta-lady.blogspot.com/

5) Beritahu rakan tag anda tentang BlogLarian----->Dah.
Jomla yob dan yong semua, moh kiter daftar di BlogLarian, dapat up traffic wehhh.

6) Akhir sekali Masukkan tajuk dan link en3 tadi dalam komen ini bersama tajuk blog untuk disenaraikan.


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
2 Komen Yang Bernas

7.12.10

Tips Pemanduan berhemah

Salam, 1blogger 1malaysia..

Selamat tahun baru 1432 hijrah..

Hari nie aku nak berkongsi sedikit tips pemanduan kereta...
Sebelum tu aku nak tanya korang pernah eksiden tak? Aku pernah mengalaminyer lebih kurang 3 kali kut sepanjang memandu kereta..
kemalangan yang pertama boleh dikatakan kecuaian diri...yang kedua pun akibat kecuaian diri dan yang ketiga kecuaian orang lain...
ini semua sebenarnya qada dan qadar,kita kena terima denga redha..akan tetapi semua kejadian boleh dijadikan iktibar diri sendiri dan untuk orang lain...

Tips pemanduan ini sebenarnya mudah untuk dipraktikkan, tetapi kita selalu lalai dan ambil mudah kut..

Pemanduan dijalan lurus
Pastikan korang kerap perhatikan keadaan sekeliling didepan, sisi dan belakang...sebab itu semua kereta ada cermin belakang dan cermin sisi. Cukup sekadar tengok seketika jer tau..jangan lali pulak. Orabg cakap "alert"dengan keadaan sekeliling.

Jarakkan dengan kenderaan didepan..korang ingat lagi tak " peraturan dua saat ". ia untuk menjarakkan kenderaan kita dengan kenderaan dihadapan, sekurang-kurangnya kita nampak tayar belakang kereta depan. jauh skit pun tak per tak salah pun.

Ketika membelok/masuk simpang
Apa yang penting " signal ", make sure signal yang diberi kena dengan perbuatan...nak belok kiri bagi signal kiri. Nak belok kanan bagi signal ke kanan.
Bagi signal membelok sekurang-kurangnya 10 meter ker 15 meter dari simpang. Jangan terlalu lambat or terlalu cepat. Ini supaya kenderaan belakang pun perasaan yang anda hendak membelok.
 Jika perlu menunggu untuk membelok, pastikan anda sentiasa menekan brek supaya lampu brek sentiasa menyala, ia sebagai amaran untuk kenderaan yang jauh berada dibelakang korang. signal pastikan hidup dan bernyala sehinggalah anda selamat memasuki simpang atau membelok.

Semasa Berhenti di lampu isyarat.
Lampu merah wajib berhenti tau, jangan langgar bahaya tau..
Ok sentiasa tekan brek supaya lampu brek menyala, perlu dibuat jika kenderaan korang bersendirian disimpang/dilampu isyarat ataupun jika korang berada di barisan last skali...ini memberitahu yang anda sedang berhenti dan bukannya sedang bergerak.

Oklah itulsh tips yang tak seberapa dari aku..kepada yang memandu hari2 mcm aku..hati-hati dijalan raya..sentiasa amalkan pemanduan berhemah tau...dan mesti percaya qada dan qadar...nahaiiiii


kredit to google


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
3 Komen Yang Bernas

Blog Baru Pilihan 2010

Salam, 1blogger 1malaysia..

Layakkah aku sertai contest yang dianjurkan Blog Pilihan Malaysia, Layak kut sebab aku start berblog 12 May 2010..maknanyer aku tergolong dalam blogger baru tahun 2010..dengan entry pertama aku Salam Perkenalan bermulalah episode aku menjadi seorang blogger ( Kureng Tegar ) yang masih mencari-cari identiti blog aku nie...Nahaiiiii

Korang pun boleh join gak contest nie meh tengok syarat2nyer..
  • letakkan link blog BPM in..
  • nyatakan bila tarikh entri pertama blog anda. (sertakan link sekali)
  • update : kerana sambutan yang hangat tempoh dilanjutkan sehingga hari rabu (8 disember) jam 3 petang.
Amacam ada brani....kalu berani join la....nahaiiiii



Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

6.12.10

Langit Tak Selalu Cerah

Salam, 1blogger 1malaysia...

Minggu lepaih pi mandi kat Marina Cove bersama dengan keluarga....
gambaq2 mandi tak dapat nak di post dalam blog, almaklumlah sensored...
Nie adalah gambaq2 yang tak seberapa, yang dapat ditangkap semasa berada di kat situ...
harap2 tak beratlah miker nak loading nanti....jom layannnnn























Puteri Kesayangan Hamba...
 Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
2 Komen Yang Bernas

3.12.10

PROTON Lima Bersaudara???

Salam, 1blogger 1malaysia..

Gempar!!!!! Proton Lima Bersaudara bertarung di KLIMS, sapa lebih hebat!!!!




TUAH



JEBAT



KASTURI



LEKIR



LEKIU
 Kredit to :- cbt.com.my

En.Epai:-
Aduhhhh Proton2 semakin matang dalam industri permotoran...Nak kena simpan duit nie...kalu Tuah tu kluar nak sambaq satu...boleh ker??? Dah macam Altis pulak...gerenti mewah si Tuah tu nanti....nahaiiiii
Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

Hujan dan BSN

Salam, 1blogger 1malaysia..


BIARPUN diangkat sebagai band indie nombor satu negara, Hujan tetap pemuzik yang sama, tidak seinci pun mereka berubah. Jiwa dan minat mereka masih terletak di landasan yang sama seperti dulu iaitu muzik.

Bermula dengan penubuhan Hujan pada Februari 2006 dan menghadapi pelbagai pahit getir, kini, Hujan yang dianggotai oleh Noh (vokal), Hang Dimas (keyboard) dan Izzat (bass) boleh menuai hasil daripada penat lelah mereka.

Wang bukan lagi masalah utama untuk mereka menggerakkan jentera Hujan. Bagaimanapun menurut Noh, istilah mewah yang diberi kepada mereka terlalu besar kerana hakikat sebenarnya Hujan bukan satu band yang mewah dengan wang ringgit, meskipun baru sahaja dilantik sebagai duta produk perbankan dalam talian untuk Bank Simpanan Nasional (BSN) selama setahun.

"Bersyukur nama kami semakin besar tetapi untuk kata kami mewah, rasanya belum lagi. Apa yang saya boleh katakan ialah kami kini lebih senang, tidaklah seperti dulu, banyak hal tergendala kerana kesempitan wang.

"Sebenarnya banyak wang kami dilaburkan untuk memajukan Hujan dan diri saya sendiri. Macam saya, banyak menghabiskan wang pada peralatan muzik, Dimas pula pada syarikat kami Morning Rocket dan Izzat pula seorang penyimpan wang yang tegar dalam Amanah Saham Berhad," ujar Noh tentang aliran wang Hujan.

Dimas yang boleh disifatkan pengurus dan pekerja pemasaran band Hujan mengangguk kepala tanda setuju dengan apa yang diluahkan Noh.

Sambil tertawa Dimas berkata: "Kalau kami band yang mewah, awal-awal lagi saya sudah beli kereta mewah tetapi saya masih pemandu setia kereta Kancil."

Lagi berita di Kosmo!

En.Epai:-
Bagus tengok anak-anak muda nie...aku pun layan juga lagu2 dari band hujan nie...maklumlah duk rasa diri muda lagi, padahal....
BSN pun berani amik depa nie jadi ikon perbankan, mungkin tarikan anak muda pada band Hujan nie yang akan menggalakkan anak2 muda jadi penyimpan wang...nak simpan duit simpanlah dibank jangan simpan bawah bantal...ok Hujan teruskan bermuzik.....Nahaiiiii
Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

26.11.10

Yahoo! Malaysia Search Trending

Salam, 1blogger 1malaysia..

Yahoo atau Google mana satu enjin pencarian yang korang suka....
Saja jer nak tulis benda yang aku tengok hari-hari iaitu carian popular harian di Yahoo! Malaysia SE...kadang aku pun ada posting menggunakan tajuk carian tersebut...

Jom Kita usha ...

No 1:- Anugerah Juara Lagu ( AJL ) 25
La nie memang orang tertunggu-tunggu final juara lagu..tu la pasai tajuk nie di tempat pertama kut..

No2:- N. Tharmendran
Nama yang dikaitkan dengan kehilangan dua enjin jet pejuang F5, kini sedang menghadapi perbicaraan...taktau pulak banyak orang cari maklumat nie..

No3:- Banting Murders
Ghoper-ghopernyer carian tentang kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya...

No4:- Bukit Gambang Water Park
Ala takkan korang tak pernah search tajuk nie kan...aku pun pernah...mungkin musim cuti sekolah nie orang nak tau kut2 ada diskaun ker kat situ...

No5:- Nama Bayi Islam
Musim orang bersalin kut....hehehe

No6:- Asian Games 2010
Iyolah dah nak dekat penutup dah..org pun nak tau kedudukan negara kita kat tangga berapa..betoi tak??

No7:- Joe Jonas
Giler ahh pasti ramai anak gadis duk mencari-cari berita terkini tentang mamat nie....Halimah Jongang korang tak search plak ehhh....

No8:- Petronas Chemicals
errrr masuk dalam peperiksaan SPM kut????

No9:- Alexa Chung
????/

No10:- Hello Kitty
mungkin nak survey rege untuk buat hadiah kawan2 kawin kut....

Tak percaya...korang bukak la sendiri yer..nahaiiiii


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

Lagi Page di Facebook Hina Islam

Salam, 1blogger 1malaysia..

page I'm proud to be a muslim merupakan agenda jahat yang secara terus terang untuk menjatuhkan moral orang islam.. Page ini dijadikan tempat untuk mengutuk, mencaci dan memaki hamun agama suci kita iaitu agama islam...jom kita report page ini untuk di delete.


Kredit to kazen blog
 Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

25.11.10

Hari nie kerja banyak

Salam, 1blogger 1malaysia..

Hari nie lagi banyak kerja nak diuruskan, ada dua kes kebocoran besar yang perlu kami handle...pagi-pagi lagi dah susun kerja untuk kontraktor, mujurlah budak-budak yang training dah balik masuk kerja..hangpa pi jaga site nooo....jangan nak ngulor pulak....

Aku???...jap gi nak ngantor keta servis...keta opislah..keta sapa lagi....
Sebelum tu nak sarapan dulu..nak makan nasi lemak pekena dengan teh tarik....sebelum gi bengkel nak singgah tengok kerja repair dulu...manatau kut ada problemkan...nahaiiiii

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

24.11.10

Hari nie biasa jer

Salam, 1blogger 1malaysia.. 

Bangun pagi pergi kerja...arinie kena gi awal sebab ada meeting...
Konon nak semak balik laporan takut ada yang tertinggal, tak ker haru nanti bila nak presentation benda tak lengkap naya wehhh..
Hari nie big boss turun dari ipoh,seingat aku dah dua bulan dia tak turun teluk intan tengok projek kat sini..paling kuat dia tepon tanya aku program kerja macamana...
Meeting pun berjalan dengan baik...dan aku tak risau kena hentam dengan klien sebab big boss ada untuk back up aku...cuma program kerja bulan nie agak slow sikit..kena push skit..yerlah klien nak result jer depa mana peduli kita nie kerja lagu mana!!!
aku ingatkan dah habis meeting boss nak cau terus..rupernyer dia nak buat perbincangan lanjutan bab kerja...bincang punya bincang dah lajak kul 6 petang...dia pun gerak balik ipoh...1 jam setengah gak perjalanan...dalam kul 7.30 sampai ler dia ke ipoh..
Aku pun balik jugak coz anak aku yang sulung si danial tu, deman plak..panas sampai 40 darjah celcius...sampai rumah amik depa dan terus gi klinik...doktor check suhu badan masih sama...dan dia kata simptom denggi !! cuma tak pasti lagi la...dapatlah ubat antibiotik, ubat demam dan satu lagi tak hingat plak aku ubat aper??
Dalam dua hari lagi kalu tak kebah, doktor suruh datang semula klinik...amik darah dan test untuk denggi...Si Danial nie pelik skit, bila dah makan ubat, dia punya main memang tak nampak sakitnyer, tapi bila dos ubat tu dah kureng mulalah dia merengek dan nampak benar sakitnyer....
Ubat dah amik, bil dah settle...terus gi nak pergi makan...kedai peberet pulak tutup, akibat malas nak gi tempat lain maka carilah kedai area situ gak...ingat lepas makan nak gi Fun Fair bawak anak bini, tapi badan aku pulak rasa seram sejuk macam nak demam..terus aku ajak balik rumah..lenkalilah kita gi pesta ria tu....
Ok dah sampai rumah, hidung pun berair macam air paip...selsema dahhhhhhh.....
Setakat nie jer cerita hari nie..nak makan ubat selsema dan tido.....takdak selera nak taip dahhh....nahaiiiii

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

22.11.10

Sel otak berkurangan

Salam, 1blogger 1malaysia..

Ape nak di posting hari nie ekk??
Soklan itu mesti ada bermain dikepala bila kita kekeringan idea...
Lappy dah on, berukban dah connect..last idea tarak....
Nak blogwalking rasa bersalah pulak, takkan nak biarkan blogger lain tengok entry kita yang lama...depa mesti nak tengok yang fresh dan terkini...
Nak copy cerita dari suratkhabar online dah selalu sangat..nanti orang kata " baek takyah jadi blogger kalu asyik copy dari suratkhabar jer" makan hati plak nanti...
ermmm nak tulis aper yerrr...Buntu betul, mungkinkah sel-sel otak aku dah berkurangan akibat pemanasan global, ataupun dah beku akibat hujan tiap-tiap hari...
kenapa yer boleh jadi macam nie...aduhhhh nahaiiiii

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

20.11.10

Elyana dah kahwin

Salam, 1blogger 1malaysia..


KUALA LUMPUR 19 Nov. - Penyanyi lagu Kalis Rindu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal mengakhiri zaman gadisnya apabila selamat diijabkabulkan dengan Khairul Anuar Hussin, malam ini.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Elyana, Emrizal Shamsuddin, 56, di hadapan Imam Masjid al-Aqram, Kampung Datuk Keramat, Azizan Othman pada majlis ringkas yang berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang di sini tepat pukul 9.40 malam.

Elyana, 23, yang mengikat tali pertunangan dengan Khairul, 35, pada Julai tahun lalu menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM22,000.

Pasangan tersebut bertukar-tukar sebanyak tujuh dulang hantaran dengan hantaran dari pihak Elyana berupa sirih junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, sepasang kasut, dompet, set wangian dan buah-buahan.

Manakala Khairul pula membalas dengan tepak sirih, sebentuk cincin berlian, jam tangan, beg dan dompet, set wangian, set penjagaan tubuh serta manisan.

Mengimbau detik pertemuan pasangan itu, Elyana dan Khairul mula berkenalan sejak tiga tahun lalu apabila salah seorang teman rapat penyanyi itu memohon pekerjaan di restoran milik Khairul.

Bermula dari detik itu, pasangan itu kerap bertemu biarpun pada awalnya Khairul tidak mengetahui bahawa Elyana merupakan seorang artis.

Pasangan itu sepakat mengadakan majlis resepsi esok di Duchess Place dan bakal diraikan pada 27 November ini dalam satu lagi majlis resepsi di kediaman abang Khairul di Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab, Pahang. Oleh Mohd Farizwan Hasbullah.
- Utusan Malaysia -

En Epai :- Tahniah pada Elyana. Aku suka gak minah nie kalau dia berlakon..ala-ala blur gitu. Salah satu drama yang best Renjis, berlakon bersama Ashraf Sinclair. Lakonan dia memang nampak natural gitu. Tahniah sekali lagi semoga kekal hendaknya hingga ke akhir hayat.
Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

19.11.10

Sepak Takraw layak ke Final

Salam, 1blogger 1malaysia..


PEMAIN sepak takraw Malaysia, Mohd Futra Abd Ghani membuat libasan sambil cuba dihalang pemain Korea, Im An Soo di Pusat Sukan Haizhu, Guangzhou, China, hari ini. Malaysia layak ke final selepas tewaskan Korea Selatan 2-0. - Foto Rosli Ahmad
- Berita Harian -



En Epai :-
Yahoooooo!!! Malaysia layak ke final dalam acara sepak takraw..
Team kita layak ke final setelah mengalahkan Korea Selatan dengan 2-0... memang mantaplah.
Harap2 ada kilauan emas dari team sepak takraw....Malaysia Boleh!!!!

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

Pergi menemui PenciptaNya

Salam, 1blogger 1malaysia..

Sufaiza Baharom dalam kenangan

Tengahari semalam satu kiriman SMS telah aku terima, berita yang amat menyedihkan dan mengejutkan.
Kawan study aku masa ambil diploma dulu telah pergi menemui Penciptanya.
Sufaiza Baharom atau lebih kami kenali sebagai Naim telah meninggal pada pagi semalam kerana sakit jantung. Orangnya masih muda 30an. Seorang yang ceria, baik dan jenis yang tak berkira.

Facebook yang medan penghubung antara aku dan dia, walaupun tak pernah mengomen tapi aku sentiasa mengikuti perkembangan arwah dan kawan2 lain. Facebook arwah.
Al-Fatihah buat arwah.

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

18.11.10

Dr. Rozmey dan Pamela Anderson

Salam, 1blogger 1malaysia..



KUALA LUMPUR - Selepas menerbitkan filem 2 Alam yang mula ditayangkan kepada orang ramai hari ini, dR Movie Production kini merancang untuk menerbitkan sebuah lagi filem pada tahun depan.

Menariknya, filem itu bakal dibintangi pelakon sensasi dari Hollywood iaitu Pamela Anderson.

Penerbitnya, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din berkata, dalam filem itu nanti, Pamela akan memegang watak utama.

"Mungkin ramai yang memandang sinis mengenai perkara itu (hasrat mengambil Pamela) tetapi ia adalah perancangan utama dR Movie Production dan saya memang bersungguh-sungguh untuk mengundang pelakon tersebut membintangi filem baru itu nanti.

"Setakat ini, apa yang boleh saya katakan ialah, pihak kami kini berada dalam proses akhir perincian mengenai kontrak dengan ejen pelakon tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pamela merupakan seorang pelakon seksi kelahiran Kanada yang cukup terkenal dalam industri perfileman Hollywood sejak tahun 1990-an.

Menurut Rozmey, tajuk filem yang akan dihasilkan itu masih belum diputuskan namun ia bakal mengisahkan mengenai seorang wanita warga asing yang telah terdampar di sebuah pulau.
Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my
- Kosmo! 100% -



Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
2 Komen Yang Bernas

16.11.10

Panduan Kebahagiaan RumahTangga

Salam, 1blogger 1malaysia..


PUTRAJAYA 15 Nov. - Bimbang dengan trend perceraian terutama dalam tempoh 10 tahun pertama, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) berkata, kebahagiaan sesebuah rumah tangga itu boleh dikecapi sehidup semati asalkan setiap pasangan berpegang kepada prinsip tertentu.

Antaranya, jangan peras pendapatan isteri, tidak menjadikan artis bercerai-berai sebagai idola, tidak bertunang terlalu lama dan tabah mengharungi cabaran material masa kini.

Menurutnya, keghairahan sesetengah media memberi liputan meluas kepada isu perceraian dan perkahwinan seseorang artis juga boleh mendatangkan musibah kerana peminat yang menjadikan mereka idola akan terikut-ikut dengan trend negatif itu.

''Kerap kali saya tengok ada sehingga setengah muka surat akhbar disediakan untuk cerita artis terbabit, ini boleh memberi impak negatif kepada masyarakat.


''Juga, dalam hal rumah tangga ini, kalau suami isteri tu sama-sama makan gaji, jangan pula si suami peras isteri, kalau pinjam duit isteri tu bayar baliklah sebab yang bertangggungjawab dalam hal rumah tangga, anak dan isteri, adalah suami.

''Demikian juga bagi pasangan yang bertunang, jangan bertunang lama-lama sehingga dua atau tiga tahun kerana dikhuatiri mereka fikir boleh jalan dan tidur bersama. Lagipun kemanisan hidup berumah tangga mungkin tidak ada, sebab sudah selalu bertemu," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.


Beliau mengulas kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan rumah tangga sekiranya tiada kesabaran.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha, kajian Jakim pada 2008 itu mendapati pada tempoh berkenaan, perkahwinan menghadapi cabaran hebat seperti rumah tangga mudah goyah sehingga berlakunya perceraian.

Kata beliau, dalam kajian pada 2007 pula mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian.

Selain itu 27.7 peratus perceraian berlaku untuk tempoh enam hingga 10 tahun pertama perkahwinan.

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
- Utusan 100% -


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

15.11.10

Uncleseekers dan Mantan Permaisuri Selangor

Salam, 1blogger 1malaysia..

Pendedahan cerita yang agak panas, dikala cuaca yang terik kali nie....aku dah baca dan ada kesimpulan aku sendiri...kalu korang nak baca..korang bacalah dan buat kesimpulan korang sendiri...

Uncleseekers

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
2 Komen Yang Bernas

13.11.10

Kesabaranku teruji lagi

Salam, 1blogger 1malaysia..

Hajat hati nak siapkan laporan kerja...
sudahlah mood kerja pun kureng hari nie sebab hidung tersumbat ala-ala tauhu sumbat...
hingus pun nak kluar meleleh jer...
ditambah plak dengan benda elektronik yang dipanggil printer aka pencetak buat hal plak..
asyik-asyik jem..
skit2 jem....
then tetiba langsung tak bergerak2 dah...
fail betul la..terus hilang mood segala...
nak jer aku campak buang binatang tu..
seb baek ko rete syarikat...
kalu tak, tahulah nasib ko printer..
Tak boleh jadi nie, nak kena mintak printer baru nie..
ok aku nak tepon bos mintak printer baru..Nahaiiiii

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

Muzik-Muzik 25 separuh akhir

Salam, 1blogger 1malaysia..


PERSAINGAN hebat antara lima grup dan tujuh artis solo itu membabitkan Azlan & The Typewriter, Akim, Shahir, Hujan, Mohd, Hafiz, Ana Raffali, Sabdi Sadhi, Yuna, Nubhan, Adibah Noor dan Faizal Tahir.

Daripada 12 buah lagu yang menyertai Muzik Muzik Separuh Akhir pusingan pertama di Studio Sri Pentas 2, di Plaza Alam Sentral, Shah Alam baru-baru ini, hanya enam lagu berpeluang ke final Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25).

Enam lagu yang mendapat peratusan tertinggi itu ialah Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir), Mencari Konklusi (Hujan), Cinta Sempurna (Yuna), Sejujur Hatimu (Adibah Noor), Noktah Cinta (Hafiz) dan Hanyut (Faizal Tahir).

"Pertandingan pada malam ini menunjukkan rakyat Malaysia sudah boleh menerima anak muda yang berbakat.

"Bintang realiti TV juga membuktikan mereka ini bukan bintang sampah apabila terpilih dalam Muzik Muzik," ulas Adibah Noor.

Juara program realiti TV Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir pula berkata: "Saya bersyukur sangat dapat sampai ke tahap ini kerana persaingan hebat-hebat belaka."

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Seri Farid Ridzuan, kali ini sebanyak 30 buah lagu dipertandingkan dalam tiga pusingan yang berlangsung mulai 8 hingga 22 November ini.

"Dua belas lagu yang layak ke peringkat akhir berdasarkan pemarkahan juri profesional akan diumumkan sejurus tamatnya Separuh Akhir Muzik Muzik bahagian tiga," ujarnya.
AFIFI HAFIZ MOHD. NOR


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

12.11.10

Adnan Sempit dulu, Shaheizy Sam kini Azim dalam filem Ngangkung

Salam, 1blogger 1malaysia..


SELEPAS berjaya membawakan watak Adnan dalam filem pecah panggung Adnan Sempit, nampaknya, aktor Shaheizy Sam atau Sam bergelut untuk membuang bayangan Adnan yang melekat dengan dirinya.

Terbiasa dipanggil Adnan oleh peminat, Sam bagaimana pun tidak mahu senario yang sama berlaku tatkala dia memegang watak lain dalam karya seterusnya. Pergelutan membuang watak Adnan itu jelas kelihatan dalam filem terbaru Sam berjudul Ngangkung.

Malah, perkara itu diakui sendiri oleh Sam dan pengarahnya Ismail Bob Hasim. Jelas Sam, dia enggan dibayangi watak Adnan untuk setiap karya yang ditawarkan kepadanya. Oleh kerana itu, dia cuba mengubah permainan watak dan perwatakannya sebagai Azim dalam filem Ngangkung dengan menggubah cara bercakap dan mimik muka.

"Perubahan itu atas permintaan pengarah yang mahu lihat saya lari daripada Adnan. Jadi, saya cuba dengan mengubah nada suara dan mimik wajah menjadi orang lain supaya umum akan terlupa kepada Sam dan Adnan. Saya mahu orang percaya yang mereka lihat dalam filem Ngangkung adalah Azim seorang pemandu lori yang gila main nombor ekor," katanya ketika ditemui pada majlis tayangan filem tersebut di Cineleisure, Damansara baru-baru ini.

Walaupun cuba melakukan satu perubahan, namun ada kalanya, mimik wajah yang dibikin Sam nampak tidak asli. Ucapnya secara jujur, dia sendiri tidak selesa apabila terpaksa bercakap dengan mimik wajah sedemikian sepanjang penggambaran berlangsung, bagaimanapun dia telah memberi yang terbaik dengan tempoh persediaan yang cukup singkat.

"Saya sendiri tidak selesa dengan waktu yang diberi untuk bersedia cukup singkat, jadi itulah hasil terbaik yang boleh saya berikan. Memang ada kalanya saya sendiri tersasul dan tergeliat lidah apabila menuturkan dialog yang panjang," ujarnya.

Buat penonton yang ingin saksikan Sam sebagai Adnan, lebih baik anda persiapkan diri supaya tidak keluar panggung dalam keadaan kecewa. Watak Sam sebagai Azim terlalu jauh berbeza dengan watak-watak komedi yang pernah dibawakannya sebelum ini.

"Saya harap peminat datang bukan mahu melihat Adnan tetapi mahu menonton sebuah filem. Saya telah melakukan yang terbaik supaya wang RM10 yang mereka laburkan untuk menonton wayang itu berbaloi," balasnya.

Meskipun begitu, Sam mengerti andai peminat gemarkan dirinya menjadi Adnan untuk setiap drama dan filem yang dilakonnya. Bagaimanapun, sebagai pelakon yang versatil, Sam tidak mahu tersekat di takuk lama sebaliknya ingin mencuba sesuatu yang baru.

"Saya harap peminat faham kerana sebagai pelakon saya harus menjaga profil kerja yang saya miliki. Memang saya berjaya sebagai Adnan tetapi saya tidak boleh terus tersekat dengan watak Adnan. Macam dalam filem KL Drift 2, walaupun saya bawa watak serius, penonton boleh ketawa.

"Sebenarnya kalau peminat suka saya begitu saya sendiri tidak kisah kerana itu hak mereka. Cuma saya harap mereka akan terus menyokong saya walaupun saya bukan lagi lelaki bernama Adnan," tuturnya.

Tidak idam anugerah

Kejayaan demi kejayaan datang bergolek pada jejaka berusia 28 tahun sejak dia muncul dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam pada tahun 2009 nama Sam mula mendaki menaiki tahap yang lebih tinggi.

Selepas kegagalan meraih sebarang anugerah meskipun telah tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem Bohsia pada Festival Filem Malaysia Ke-22 tahun lalu, nampaknya tahun ini dia menebus kembali anugerah dalam kategori yang sama menerusi filem Evolusi KL Drift 2.

Sungguhpun telah memenangi anugerah, ramai pula yang berkata Sam layak untuk menggondol anugerah kategori Pelakon Lelaki Terbaik sementelah filem Adnan Sempit mendapat kutipan pecah panggung iaitu RM7.8 juta dalam masa lima minggu tayangannya.

Luah Sam, dia bersyukur dengan apa yang dimiliki malahan, dia sendiri bukan seorang pelakon yang mengejar anugerah. Jika, mahu diberi, ia satu penghargaan untuk penat lelahnya.

"Saya rasa Bront Palare seorang pelakon hebat dan dia sememang layak untuk anugerah itu. Saya telah mendapat bahagian saya, rasanya cukuplah. Sebenarnya bagi saya terbaik itu bukannya khas untuk orang yang menang anugerah.

"Kalau naik ikutkan semua pelakon merupakan yang terbaik, mereka memiliki kelebihan pada sisi tertentu yang tidak boleh dinilai oleh mata juri majlis anugerah. Tidak menang anugerah, mereka masih terbaik di hati peminat. Terbaik dalam majlis anugerah dinilai hanya beberapa pihak sahaja dan saya lebih suka dinilai oleh penonton yang pergi menonton filem saya di panggung wayang," ujarnya.

Tegas Sam, kenyataannya itu bukan bermakna dia tidak menghargai majlis anugerah yang berlangsung setiap tahun. Cuma persepsi majlis anugerah sedikit berbeza buatnya.

"Memang saya tidak anggap majlis anugerah itu sebuah majlis kalah menang kerana festival filem merupakan satru pesta yang besar untuk penggiat industri filem. Setiap tahun saya hadir ke festival filem bukan untuk menang tetapi untuk bertemu rakan-rakan industri filem.

"Rasanya waktu itu sahaja saya akan lihat wajah-wajah yang saya jarang jumpa kerana kesibukan masing-masing. Jadi, majlis anugerah satu pesta untuk orang seperti kami berkumpul dan bertanya khabar selain menghangatkan lagi industri filem. Kalau tidak ada majlis anugerah tidak boleh juga kerana industri filem akan jadi bosan," katanya.

Kesukaran Azim

Bercerita sedikit mengenai filem Ngangkung, tutur Sam, agak sukar untuknya membawa watak Azim. Namun, atas tunjuk ajar pengarah dan rakan-rakan gandingannya iaitu Angah Raja Lawak dan Azad Jazmin perkara yang sukar menjadi mudah.

Tambah Sam, mereka bertiga begitu serasi memandangkan sering bekerjasama dalam drama dalam filem sebelum ini.

"Memang susah nak bawa watak Azim kerana kena jaga cara bercakap dan mimik muka yang berbeza daripada apa yang saya lakukan setiap hari. Kalau tidak puas hati saya minta pengarah lakukan babak yang sama sekali lagi sehingga dia berpuas hati dan dapat apa yang dia mahukan.

"Kalau diminta buat 100 kali babak yang sama demi mencapai kualiti terbaik pun saya sanggup. Walaupun ia sebuah filem komedi seram, banyak mesej yang berguna dipaparkan dalam filem Ngangkung," katanya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran sebuah filem baru terbitan Red Communication Sdn. Bhd.

Filem Ngangkung yang menelan kos sebanyak RM1.8 juta dan bakal ditayangkan pada 25 November depan adalah sebuah filem yang mengisahkan Azim (Sam) terjebak dengan hobi dua rakan baiknya, Tasnim (Azad) dan Wan (Angah) yang merupakan kaki nombor ekor atas desakan isterinya yang sering memperlekehkan pekerjaannya sebagai pemandu lori.

Ketiga-tiga mereka berjumpa pelbagai bomoh dengan satu hasrat iaitu nombor ekor dan tanpa disedari mahkluk halus yang diseru itu mengikut mereka pulang dan mengganggu anak dan isteri mereka di rumah.

Pelbagai perkara lucu terjadi sepanjang filem berlangsung, sesuai dengan genre komedi seram. Selain mereka bertiga, pelakon lain yang turut terlibat adalah Putri Mardiana, Eira Syazira, Farisya Fatin, Lan Pet Pet, Azlee Jaafar dan Ruzaidi Abdul Rahman.
- Kosmo - 100%



Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

Jimmy Shanley nafi rumahtangga hadapi masalah

Salam, 1blogger 1malaysia..

PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 30, menerima berita gembira apabila isterinya, Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimi, 24, disahkan mengandung empat minggu.

Menurut Jimmy perasaannya bercampur baur apabila dia mendapat tahu berita itu dan tidak sabar menantikan ahli baru dalam keluarganya.

"Dijangka anak kami bakal dilahirkan pada bulan Julai 2011. Ketika mendapat tahu berita yang saya bakal menjadi ayah, perasaan saya bercampur gembira, takut dan macam-macam. Maklumlah, bila melangkah ke fasa baru dalam rumah tangga, rasa pelik itu ada.

"Apa-apa pun saya harap anak di dalam kandungan itu adalah kembar. Senang sikit nak capai sasaran untuk dapatkan lima orang anak," seloroh Jimmy ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Sementara itu, ditanya mengenai gosip kononnya dia sedang mengalami masalah rumah tangga, Jimmy menafikan perkara itu.

"Pada pendapat saya, gosip akan datang dan pergi. Kami bahagia dan masih berada dalam keadaan berbulan madu.

"Ini pun saya masih lagi dalam “mood” bercuti dan baru satu program televisyen sahaja yang sedang saya lakukan.

"Biasalah, dalam keadaan isteri sekarang yang baru mengandung, perwatakannya berubah-ubah," jelasnya.

Akhbar Sinar Harian Khamis melaporkan Jimmy tidak menyangkal rumah tangganya sedang bergelora tetapi enggan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku.

Jimmy dan Norsuhaila bernikah di banglo mewah milik keluarga perempuan di di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor, pada 1 Oktober lalu dengan wang hantaran sebanyak RM31,186.
- mStar -



Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

11.11.10

Shamrin Penyanyi utama kumpulan Fotograf meninggal dunia

Salam, 1blogger 1malaysia..


KUALA LUMPUR: Penyanyi utama kumpulan Fotograf, Shamrin Abdul Samad, 43, meninggal dunia selepas rebah ketika bermain bola sepak dalam satu perlawanan persahabatan di padang Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Menurut rakan baiknya yang juga penyanyi kumpulan Bumiputera Rockers, Johari Mat Rozekhi atau Joey, Shamrin sempat memaklumkan badannya kejang ketika kejadian itu berlaku. “Kami terus mengangkatnya ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital, tetapi pada masa itu, wajahnya sudah kebiruan," kata Joey yang turut menyertai perlawanan antara artis Malaysia dengan pasukan MAA Insurance itu.

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

10.11.10

Cinabeng punya Jin

Salam, 1blogger 1malaysia..

"Alhamdulillah baru jer tadi abih audit stok dengan my bos dari ipoh,"

"Hampeh punya jin time bos datang ko menghilang ekkk, kelmarin aku suruh siapkan report, tapi hapa pun tarak. Jaga hang mai esok aku potong anu hang"

" Tu lah pasai kalau Jin pijak kepala, bila kita suruh buat kerja skit, kemain alasan dia panjang berjela, bila kerja tak siap senang2 jer lari tinggalkan kita tunggang langgang...takpa ada ubi ada batas, ada hari hang aku tebas"


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

9.11.10

Kita sudah menang!!!

Salam, 1blogger 1malaysia..

" Bos,bos,bos"

" Hah apehal plak Jin nie, aku nak buat kerja pun tak senang, Hang nak apa jin? terpekik2 macam orang hilang akai, tak sekolah punya jin"

" Kita menang bos, menang "

"Aik, bila masa pulak aku masuk calon pilihanraya, nie menang apa nie? habis satu kampung dengaq nie!! Heyy aku pelangkong jugak jin  nie kang!!!!" sambil mencekak pinggang.

" Tu la bos, kita dah menang pun Bos tak amik tau, ini soal negara Bos, apa punya warganegara daaaa,kita dapat dua depa dapat satu ja Bos"

" Apa yang dua, apa yang satu, payah betoi hang nie, cakap biaq terang!!!, setau aku pilihanraya dah abis BN menang dua2 tempat, sapa plak yang menang satu lagi"

" Aiyaaa, bos manyak buta sukan la, Malaysia sudah menang 2-1 lawan sama Kyrgyzstan semalam, tak sia2 ada penyerang paling bernilai Malaysia, cheq dah tau pemain kita mesti boleh punyalah..hahahahaha"

" Laaaa, hang la mangkuk jin woi...pagi-pagi buta lagi aku dah tau cerita nie...toya punya jin...puiiiii"
" Hai jin hang nie warganegara malaysia ka??"

" Nahaiiiiii, bos buat leceh plak!!!"


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

8.11.10

Jin kena buat report

Salam, 1blogger 1malaysia..

Jin mata sepet:- aii bos lama cuti? sambut deepavali ka? Aku jawab, apa ker lama benor..3 hari jer...itupun hang kata lama. Tu cuti bersalin tahun depan lagi lama 90 hari...Terkedu Jin mata sepet " Itu orang bersalin bos kenalah bagi cuti lama2..nak nyusu anak lagi, nak basuh lampin lagi..yang penting nak jaga body jugak supaya solid molid, untuk bos jugak. PANGG!!!! kena tepuk dahi seketui dua..." hang kalu menjawab memang tera nooo".. nie apahal plak  nie".." Alah bos nie, nak ajak bos pi sarapan pagi la, bos takdak sapa nak belanja cheqq" PANGG!!! sedas lagi..." Oii orang sarapan pagi-pagi tadi sebelum masuk kerja..lani dah nak dekat lunch dah..kejadah apa sarapan lagi...wooo hang nak mengulat nooo...nanti aku potong anu hang masuk dalam botoi baru hang tau..report dah buat ka belum..kalu tak siap lagi malam nie hang jangan balik...ada pahamm!!!!" Dengan segera Jin buat kerjanya yang belum siap...dateline esok.
" Apala nasib dapat orang suruhan lagu nie..pemalas!! nak ngulat jer krojernyer, Adoi kerja aku pun banyak lagi nie, hujung2 tahun macam nie memang lain macam skit kerja nak kena buat, ada audit dalamanlah, audit luaranlah, audit stok, ISO lagi...tak buat aku yang naya nanti....aku jugak yang nak menjawab nanti....arghhhh gghhhh..nanti tak  pasai2 bonus kureng plak tahun depan!!!Nahaiiiii" bebel aku sorang-sorang.

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

3.11.10

Nabil masih sayang Irma

Salam, 1blogger 1malaysia..

Rasanya kisah cinta Nabil dan Irma masih panas lagi...masing2 dah beri keterangan media mengenai hubungan mereka...Nabil kata ok lagi hubungan cintanya...Irma kata dia tak mau kat Nabil dah..macam2 alasan depa dah bagi...dan kini memang confirm dah si Nabil nie kembali solo...ikuti temubual Nabil dengan Mstar.com.....



Mengaku Leka Nikmat Tuhan, Nabil Masih Cintakan Irma


PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad terpaksa akur dan menerima keputusan Irma Hasmie, untuk memutuskan hubungan cinta mereka yang telah terjalin sejak dua tahun lalu.

Menurut Nabil, dia terpaksa mengikut kata Irma seperti mana pendedahannya dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu yang enggan memulihkan semula hubungan mereka.

"Jika sebelum ini saya tidak mengaku kami berpisah, kini saya ingin katakan yang saya sudah solo. Mungkin sebelum ini saya terlalu leka dengan pemberian Allah S.W.T yang telah memberi kesenangan hidup, seorang kekasih yang cantik dan kerjaya yang bagus.

"Setakat ini, tiada perancangan lagi untuk pulihkan hubungan kami. Saya cuma ingin memperbaiki diri saya dahulu, barulah saya baiki hubungan kami jika Tuhan izinkan. Lagipun dia dah kata tak mahu saya lagi.

"Benda ini satu pengajaran buat saya. Mungkin selama ini saya lalai. Apa-apa pun, saya anggap perkara ini ada hikmahnya. Walaupun sekarang fikiran saya sedang serabut, saya perlu berfikir secara positif dan selesaikannya secara perlahan-lahan. Saya percaya ada orang lagi besar dugaannya berbanding diri saya," tuturnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Dengan nada suara agak kesal atas kejadian yang berlaku, Nabil berkata sebenarnya dia telah membuat persiapan kahwin sedikit demi sedikit untuk menempuh hari bahagia mereka yang dijangka pada tahun 2012 itu.


Nabil terpaksa akur dengan keputusan Irma yang ingin memutuskan hubungan.

"Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan saja yang menentukan. Begitu juga dengan saya, beberapa persiapan kahwin dah pun dibuat sikit-sikit. Mana tahu satu hari nanti jodoh kami masih ada. Tapi, andaikan Irma telah berjumpa dengan lelaki yang lebih baik, saya tidak kisah.

"Apa-apa pun yang sedang saya hadapi, kerjaya akan menjadi keutamaan saya dan saya perlu fokus dan kawal emosi saya tanpa mengganggu kerjaya saya sehingga menyusahkan orang lain," katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran filem Bujang Terlajak arah Profesor Razak Mohaideen.

Tambah Nabil, dia ingin menegaskan bahawa, gambar seorang wanita yang diambil bersamanya serta beberapa rakan lain yang tersebar di internet tidak ada kaitan langsung dengan masalahnya dengan Irma. Sebaliknya wanita itu merupakan kenalan baru Nabil.

"Tak fasal-fasal, dia pula terkait dalam masalah kami. Saya harap, orang luar tidak mengaitkan dia lagi," tegasnya.

Ditanya adakah Nabil masih lagi mencintai Irma, jawab Nabil:

"Saya masih sayangkan dia. Rasanya, perasaan sayang masih lagi ada bagi pasangan yang baru lepas putus cinta. Hal ini merupakan satu masalah seperti yang turut berlaku kepada pasangan-pasangan lain. Tapi disebabkan kami dikenali, maka ia menjadi besar.

"Saya ingin doakan sebuah kehidupan yang terbaik buat Irma. Saya tahu dia seorang wanita yang baik. Dulu, masa saya masih bersamanya, kalau ada apa-apa masalah, dia pasti akan berbincang dengan saya. Sekarang ini, saya harap dia ada kawan-kawan yang boleh berkongsi masalah. Kepada Irma, jagalah diri baik-baik,” kata Nabil.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK/mStar/hiburan


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

28.10.10

Paul si sotong dah mati

Salam, 1blogger 1malaysia..

Apa betoi ker nie....depa nak tanam ker nak buat sotong masak cabai??? Ape daaa merepek pagi khamis nie....nie semua pasai Paul si sotong dah mati, sakit tua kut..harap2 dia bukan diracun peminat fanatik bola yang kalah piala dunia tempohari ekkk....pada sesi piala dunia 2010 nama Paul cukup terkenal kerana ramalannya benar belaka...hampir 90 percent tepat dengan keputusan perlawanan....
Disebabkan ramalan Paul yang tak menyebelahi sesetengah pihak...Paul telah menerima ancaman bunuh dan goreng yang menyebabkan dia dikawal ketat seketat-ketatnya...fuhhh dah jadi selebritikan..harus ada bodyguard....
Paul mati pada usia 2 tahun di kediamannya Oberhausen..usia yang boleh dikatakan dah tua bagi seekor sotong. Kematiannya diratapi peminatnya terutama dari sepanyol, juara piala dunia 2010. Nampak gayanyer tukang ramal next punya piala dunia akan diisi oleh binatang lain pulak...mungkin katak kot...nahaiiiii

Tribute to Paul the Octopus

Youtube

 
Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
2 Komen Yang Bernas

23.10.10

2 Alam Dr Rozmey November ini

Salam, 1blogger 1malaysia..

Filem 2 Alam, idea Dr Romey akan ke layar perak November ini, meskipun dikecam hebat selepas tayangan perdana FFM 23, harapan untuk melihat filem ini membuat kejutan pecah panggung dilihat agak tipis.
kedengaran komen-komen negatif yang boleh membuatkan orang ramai tak berapa nak lalu tengok filem nie...Tapi jangan lupa penyokong setia Dr Rozmey takkan kecewakan Dr Rozmey...depa mesti pi tengok punyalah..nahaiiiii sambil tengok wayang sambil jual Jus Mate 5..tak salahkan!!!


“Saya tak menyesal berlakon dalam filem itu. Apa saya tahu, saya sudah membawakan karakter yang diberikan oleh Dr Rozmey dengan sebaik mungkin dan terpulang pada orang untuk menilainya,” kata Aaron Aziz berhubung filem lakonannya, 2 Alam yang mendapat respons negatif beberapa wartawan ketika ditayangkan sempena majlis perasmian Festival Filem Malaysia (FFM23), Rabu lalu.

Meskipun ada suara-suara sumbang yang memperlekehkan filem terbitan DR Movie Production itu, namun bagi Aaron, Dr Rozmey mempunyai alasan sendiri kenapa menghasilkan filem seperti itu.

“Sebagai seorang ahli perniagaan berjaya dan banyak wang seperti Dr Rozmey, beliau boleh buat apa sahaja filem yang beliau inginkan. Dan saya percaya tak mungkin beliau buat filem ini hanya untuk 'main-main'.

“Beliau pernah berkata ingin buat perubahan dalam industri filem. Maka, mungkin inilah perubahan yang beliau inginkan. Cuma mungkin bagi segelintir pihak sukar untuk menerimanya lagi,” jelas Aaron, yang ditemui ketika majlis sidang media Teater Natrah di Istana Budaya, Rabu lalu.

Ketika diajukan mengenai respons yang diterimanya, tanpa berselindung pelakon yang berasal dari Singapura ini berkata;

“Ada yang beritahu saya, ‘Aaron please, janganlah berlakon macam tu lagi’. Tapi saya tak kisah, itu pandangan mereka dan terpulanglah pada mereka untuk kata apa saja.

“Apa yang saya tahu, saya dah cuba bawa watak itu dengan terbaik. Lagipun sejak dari awal lagi saya sudah dimaklumkan bahawa watak saya dalam 2 Alam memang tak perlu dialog dan pergerakan yang banyak,” katanya yang membawa watak ustaz dalam filem tersebut.

Menerusi sebuah portal berita, beberapa wartawan daripada akhbar utama (bukan Sinar Harian) mengkritik teruk filem 2 Alam. Selain dikatakan agak keterlaluan dengan adegan ranjang, jalan cerita dan kualitinya juga tidak setanding dengan impian Dr Rozmey, yang begitu yakin bahawa filem itu mampu meraih kutipan sehingga RM40 juta.

Sementara itu, Dr Rozmey, pula gagal dihubungi. Malah, beliau juga nampaknya selesa mendiamkan diri seperti mana yang dilaporkan oleh portal berita yang sama menerusi satu sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterima daripada beliau, sehari selepas tayangan filemnya itu.

2 Alam yang akan menemui penonton pada 18 November ini, mengisahkan perjalanan jenazah yang akan dikebumikan.
Namun, terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan kerana ketika zaman hidupnya penuh dengan maksiat.

Sumber:- Sinar Harian/ Hiburan
Kredit to penulis.

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

Kamilah Bintang Bukan Tahi Bintang Tau

Salam, 1blogger 1malaysia..

Akedemi fantasia untuk kanak-kanak?? Program terbaru Astro Ceria Kamilah Bintang, berkonsepkan nyanyian dan bertujuan mencari bakat2 baru yang boleh diasah menjadi bintang...kalu tak masakan tajuknyer kamilah bintang....jangan jadi tahi bintang udah ler yer...Nahaiiiii menang dapat RM 10,000..



MENYEDARI bakat sebagai penghibur perlu digilap dan dicungkil sedari usia muda, Astro menerusi saluan Ceria (saluran 611, Astro) tidak lama lagi bakal muncul dengan sebuah program baru, Kamilah Bintang.
Dalam usaha mencari bakat cilik dalam lingkungan usia antara 10 hingga 14 tahun, uji bakat telah dijalankan di beberapa lokasi tanah air termasuk Johor Bahru (2 dan 3 Oktober), Kuantan (9 dan 10 Oktober) dan baru-baru ini berlangsung di Shah Alam, Selangor.

Kamilah Bintang bakal memulakan siarannya di saluran tersebut pada 21 November ini.
Apa yang nyata, program baru yang julung kali diperkenalkan ke kaca televisyen itu menggamit tumpuan ribuan kanak-kanak yang ingin mencuba nasib.

Bagaikan mengunjungi sesi uji bakat program realiti popular, Akademi Fantasia, ketika sesi uji bakat berlangsung, bukan hanya peserta yang hadir mencuba nasib bahkan ruang legar Hotel Quality, Shah Alam, Selangor minggu lalu dipenuhi oleh ibu bapa yang turut menemani anak-anak mereka.
Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh ketika ditemui pada sesi uji bakat itu memberitahu, program tersebut diusahakan bukan sahaja mencari juara malah, sebagai platform kepada peserta mengembangkan bakat nyanyian mereka.

"Sebagai sebuah saluran yang cukup sinonim dengan kanak-kanak, Ceria cukup jelas tentang kanak-kanak yang juga berhak menikmati hiburan yang bersesuaian dengan usia dan kecenderungan mereka.

"Jadi, Kamilah Bintang merupakan platform yang saya rasa terbaik untuk mereka kembangkan bakat yang ada," katanya.

Saluran yang menyajikan rancangan kegemaran kanak-kanak seperti Tom Tom Bak, Geng Bas Sekolah, Gerak Geri Gasing dan Hikayat Putera Shazlan yang dilancarkan pada penghujung Ogos 2006 itu selain memberi pengisian akademik kepada golongan sasaran turut mengimbangi dengan rancangan berbentuk hiburan pula.

Malah kata Evon, menariknya tentang Kamilah Bintang, selain ganjaran kepada sang juara, mereka yang berjaya memberikan persembahan dan nyanyian terbaik saban minggu bakal membawa pulang hadiah bernilai RM10,000 kepada sekolah mereka.

Hal ini secara tidak langsung mewujudkan persaingan sihat di kalangan para peserta program tersebut serta meningkatkan lagi motivasi mereka melakukan yang terbaik saban minggu.

"Ini merupakan satu-satunya program realiti di negara ini yang tidak menyingkirkan pesertanya.

"Malah, juaranya pula bakal ditentukan menerusi markah terkumpul sepanjang enam konsert termasuk konsert kemuncak," kata Evon lagi.

Menambah lagi tarikan program tersebut, seramai lima artis terkenal negara bakal terlibat sebagai pembimbing peserta rancangan itu.

Artis-artis yang terlibat bakal diumumkan pada sidang media yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Jelas Evon, penglibatan artis terkenal dalam program itu bukan hanya sebagai tarikan malah, memberi peluang kepada peserta rancangan itu berguru tentang ilmu nyanyian, persembahan serta memperoleh panduan bagaimana berhadapan penonton di atas pentas.

"Berdasarkan maklum balas daripada segmen Ada Bakat dalam rancangan Tom Tom Bak, sambutan yang diterima sangat luar biasa.

"Malah, berdasarkan penelitian yang dibuat daripada perkembangan tersebut, kami merasakan mengapa tidak kami menyediakan sebuah program khas untuk mencari penyanyi di kalangan kanak-kanak.

"Menyaksikan kanak-kanak mengembangkan bakat dan belajar membina keyakinan diri, program Kamilah Bintang merupakan satu proses pembelajaran tambahan diluar bilik darjah.

"Sokongan yang diberikan oleh ibu bapa dan keluarga terhadap minat kanak-kanak pula menjadikan kanak-kanak tersebut merasakan lebih dihargai dan disayangi," kata Evon mengakhiri perbualan.

Sumber:- Utusan Malaysia/Hiburan
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League - PERAK