..SaYaNGku FaiSh..

0 Komen Yang Bernas

31.5.10

Tentera Laut Israel mula kepung Konvoi Gaza

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa Gaza (Freedom Flotilla) dalam keadaan bersedia tatkala menghampiri perairan Gaza setelah dimaklumkan bahawa ada beberapa buah kapal yang dikenalpasti dari armada Angkatan Laut Israel mendekati ke arah Mavi Marmara.

Laman web Haluan Palestin yang memetik sumber melaporkan, konvoi Freedom Flotilla pada jam 7.30 pagi ini waktu Malaysia diekori oleh kapal Israel antaranya sebuah kapal selam, tiga kapal perang dan sebuah helikopter.

Namun Mavi Marmara tetap bergerak dengan berhati-hati.

Presiden IHH, menyeru agar semua negara yang prihatin untuk mendesak dan memberi tekanan kepada Israel agar membuka jalan bagi konvoi bantuan kemanusiaan memasuki Gaza. Terdapat lebih dari 50 buah negara menyertai konvoi terbesar itu.

Menurut sumber, di Turki telah diadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Israel mendesak Israel membatalkan hasrat mereka menyekat perjalanan konvoi.

Beberapa saat menjelang Maghrib, staff IHH mengumumkan kepada seluruh peserta konvoi Freedom Flotilla untuk memastikan diri mereka dalam keadaan siap sedia sebelum pukul 7 pagi ini waktu Antalya, Turki atau sekitar pukul 11 WIB.

Semua peserta diarahkan untuk menyimpan passport dan dokumen berharga masing-masing seperti dompet dalam plastik dan membawanya di badan untuk berjaga-jaga kemungkinan terpaksa berenang.

Konvoi Freedom Flotilla mengharungi laut sepanjang malam menuju Gaza. Dijangkakan bahawa keenam kapal konvoi armada kemanusiaan ini, termasuk Mavi Marmara yang terbesar, akan berhenti sekitar 40 batu dari Pantai Gaza untuk menanti hari siang kembali sebelum berusaha menembus sekatan kapal-kapal Angkatan Laut Israel.

Namun, sebagaimana dilaporkan sebelum ini, Israel telah memperluas zon ketenteraan mereka dari 20 batu kepada 68 batu di perairan laut.

Tindakan Israel menyekat bantuan kemanusiaan yang dibawa oleh konvoi Freedom Flotilla adalah melanggar perundangan antarabangsa kerana yang dihadapi Israel saat ini bukanlah situasi perang melainkan sekelompok aktivis kemanusiaan yang membawa bantuan perubatan, pendidikan dan pembinaan bagi rakyat Gaza yang menderita akibat sekatan yang dikenakan.

Dalam beberapa kesempatan sebelumnya, Presiden Insani Yardim Vakfi (IHH), Fahmi Bulent Yildirim menegaskan bahawa tidak ada satu pun persenjataan yang dibawa dalam kafilah Freedom Flotilla.

“Bahkan sebatang paku pun tidak,” katanya.

Semalam, para peserta menghabiskan waktu mereka dengan berzikir dan memohon pertolongan Allah. Gaza dan seluruh muka bumi ini milik Allah Subhanahu wa Ta’ala hanya izin Allah saja yang kita minta untuk berjaya memasuki ke Gaza.

Sementara itu, Ketua Misi Lifeline4Gaza Malaysia, Noorazman semalam memaklumkan bahawa dijangkakan komando Israel akan turun ke kapal melalui helikopter dan cuba merampas kapal konvoi tersebut.

Beliau menyeru umat Islam menunaikan solat hajat dan berdoa kepada Allah supaya anggota konvoi diberikan perlindungan oleh Allah bagi meneruskan misi membantu penduduk Gaza.

Harakahdaily
0 Komen Yang Bernas

Buang bayi lagi

MELAKA: Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemui ditinggalkan oleh individu tidak bertanggungjawab di belakang Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka (HM), petang kelmarin.


Difahamkan, bayi terbabit ditinggalkan agak lama sebelum ditemui oleh seorang orang awam berusia 40-an kira-kira jam 4.30 petang yang kebetulan melalui kawasan berkenaan untuk melawat ahli keluarganya sebelum dia menghubungi pihak polis.

Sumber berkata, bayi terbabit ditemui dibalut dengan sehelai kain batik dan diletakkan di dalam sebuah beg berwarna merah bertulis ‘Parkson’ yang turut dilapik dengan tilam nipis. Berita Lanjut Di Harian Metro


.....

Ada lagi kes buang bayi nie!!! Laksanakan hukum Hudud, gunakan undang2 islam..inilah masanya.
4 Komen Yang Bernas

30.5.10

Nampak peha tak?

KUALA LUMPUR: “Saya mohon maaf di atas ketelanjuran saya berpakaian pada malam itu,” kata pelakon jelita, Rozita Che Wan, mengulas kontroversi yang mencetus perdebatan dalam laman blog hiburan serta ruangan gosip di media cetak

Justeru, dia berharap tidak perlulah semua pihak memperbesar atau mensensasikan isu terbabit.
“Saya tak nak komen banyak-banyak mengenainya,” katanya dalam kenyataan melalui SMS kepada Metro Ahad ketika diminta mengulas isu skirt pendek yang dipakainya ketika menghadiri Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8).

Isu berkenaan mula tercetus apabila gambar Rozita bersama seorang lagi pelakon, Azza Elite, duduk dengan keadaan seksi disebabkan skirt dipakainya agak singkat, tersebar dalam beberapa blog hiburan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi, tambahan pula pelakon kelahiran Alor Setar, Kedah, itu, menunaikan umrah baru-baru ini.

Ada yang mendakwa pakaiannya dengan skirt pendek paras atas lutut hingga menampakkan paha putihnya itu dan Azza Elite yang juga berskirt singkat amat tidak sesuai kerana konsert berkenaan dihadiri ramai remaja.

Mengenai isu berkenaan yang sengaja disensasikan, terutama di blog hiburan, Rozita berkata, ia hak sesiapa untuk menulis apa yang mereka mahu.
Menurutnya, dia juga bukan sengaja mahu menunjukkan pakaiannya pada malam itu, apatah lagi untuk dirakamkan gambarnya untuk tontonan umum, terutama di Internet. “Ketika jurugambar nak ambil gambar saya malam tu, saya dah tanya, nampak peha tak? Dia jawab close-up saja...tak sangka pula jadi macam ini, apapun saya minta maaf di atas ketelanjuran saya berpakaian.


“Saya tahu ramai (wartawan) yang cari saya untuk minta komen mengenai isu itu. Saya malas nak cakap apa-apa lagi...lagi pun benda tak elok tidak payah nak diperbesarkan,” katanya.
Rozita yang kerap dikaitkan dengan orang kenamaan mengumumkan dia bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang pemuda yang kini berkhidmat di sektor perbankan di Singapura.


Ibu kepada dua anak, Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, bakal berhenti daripada lakonan kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan dan anak.
Difahamkan, pelakon itu menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah sekali lagi pada Ramadan nanti.

Oleh ISMA ISMAIL ( Mingguan Metro )
2 Komen Yang Bernas

Larangan penjualan rokok


KUALA LUMPUR -
Larangan penjualan rokok dalam paket kurang daripada 20 batang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari tahun depan.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, peruntukan bagi larangan itu telah pun diwartakan pada 23 September 2004 melalui Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
"Diharapkan dengan tempoh masa yang telah diberikan ini, semua syarikat rokok dapat mengambil tindakan persediaan yang secukupnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Hasan berkata, seperti yang telah diamalkan di kebanyakan negara maju, larangan itu bertujuan membendung golongan remaja dan mereka yang berpendapatan rendah membelinya.

Katanya, tabiat merokok amat merugikan selain dari memudaratkan kesihatan sekali gus menjejaskan tahap ekonomi perokok tersebut.- utusan

.....................................................................................
Kenapa perlu ditangguhkan lagi? kenapa tak dilaksanakan sekarang!! Kalau kita tengok la nie, budak2 sekolah pun dah pandai hisap rokok, bukan secara sembunyi tapi terang-terangan. Aku dulu pun hisap rokok, sekarang insyaallah dah berenti dah, kalau dah start merokok memang payah dah nak berenti, aku tau sebab aku dah laluinya dan banyak faedah aku dapat setelah berenti merokok.
Aku rasa dengan cara naikkan harga rokok atau luaskan zon larangan merokok boleh membendung dan mengurangkan statistik perokok tegar dan perokok baru. Jadi tak perlu tangguh lagi. Banyak kebaikan jika dilaksanakan segera, lagi bagus kalau dihapuskan terus rokok nie atau yang sewaktu dengannya.

Katakan Tak nak pada rokok.
3 Komen Yang Bernas

25.5.10

Mayat bayi ditanam dekat landasan keretapi

SHAH ALAM 25 Mei - Mayat janin lelaki dipercayai baru lahir ditemui ditanam berhampiran landasan keretapi Padang Jawa malam tadi.

Mayat yang dibalut dengan kain putih itu ditemui polis selepas orang awam melaporkan kewujudan sebuah kubur kecil yang baru di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaludin mengesahkan perkara ini ketika dihubungi.

Kredit to Utusan.

Aku memang mengutuk perbuatan keji ini...kutuk...kutuk..kutuk..semoga sapa yang terlibat cepat2 bertaubat.
0 Komen Yang Bernas

24.5.10

Bersetubuh Dalam Islam

MERAYU dan BERCUMBU:
Nabi Muhammad s.a.w. melarang suami melakukan persetubuhan sebelum membangkitkan syahwat isteri dengan rayuan dan bercumbu terlebih dahulu.
Hadits Riwayat al-Khatib dari Jabir.

TELANJANG BULAT:
Apabila diantara kamu mencampuri isterinya, hendaklah ia menutupi dirinya dan menutupi isterinya dan janganlah keduanya (suami isteri) bertelanjang bulat seperti keledai.
Hadits Riwayat Tabrani.

MENYETUBUHI DUBUR:
Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya.
Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa'i dari Abu Hurairah.

DOA SEBELUM BERSETUBUH:
"Bismillah. Allaahumma jannibnaash syaithaa-na wa jannibish syaithaa-na maa razaqtanaa".
Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami berdua (suami isteri) dari gangguan syaithan serta jauhkan pula syaithan itu dari apa saja yang Engkau rezqikan kepada kami.

Dari Abdulah Ibnu Abbas r.a. berkata:
Maka sesungguhnya apabila ditakdirkan dari suami isteri itu mendapat seorang anak dalam persetubuhan itu, tidak akan dirosak oleh syaithan selama-lamanya.
Hadits Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas r.a.

HAMPIR KELUAR MANI:
Dan apabila air manimu hampir keluar, katakan dalam hatimu dan jangan menggerakkan kedua bibirmu kalimat ini:
"Alhamdulillaahil ladzii khalaqa minal maa'i basyara".
Segala pujian hanya untuk Allah yang menciptakan manusia dari pada air.

PUTUS DITENGAH JALAN:
Apabila seseorang diantara kamu bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia menghentikan persetubuhannya itu sehingga isterimu juga telah selesai melampiaskan hajatnya (syahwat atau mencapai kepuasan) sebagaimana kamu juga menghendaki lepasnya hajatmu (syahwat atau mencapai kepuasan).
Hadits Riwayat Ibnu Addi.

MENDATANGI ISTERI MELALUI BELAKANG (ISTERI MENONGGENG):
Dari Jabir b. Abdulah berkata:
Bahawa orang-orang Yahudi (beranggapan) berkata:
Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada kemaluannya Melalui Belakang maka mata anaknya (yang lahir) akan menjadi juling.
Lalu turunlah ayat suci demikian:

"Isteri-isteri kamu adalah ladang bagimu maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai".
Surah Al Baqarah - ayat 223.

Keterangan:
Suami diperbolehkan menyetubuhi isteri dengan apa cara sekalipun (dari belakang, dari kanan, dari kiri dsb asalkan dilubang faraj).

BERSETUBUH MENDAPAT PAHALA:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
".....dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala".
Para sahabat bertanya:
Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?
Nabi menjawab:
Bukankah kalau ia meletakkan (syahwatnya) ditempat yang haram tidakkah ia berdosa?
Demikian pula kalau ia meletakkan (syahwatnya) pada jalan yang halal maka ia mendapat pahala.
Hadits Riwayat Muslim.

MENGULANGI PERSETUBUHAN:
Apabila diantara kamu telah mecampuri isterinya kemudian ia akan mengulangi persetubuhannya itu maka hendaklah ia mencuci zakarnya terlebih dahulu.
Hadits Riwayat Baihaqi.

HAID:
Mereka menanyakan kepada engkau tentang perkara Haid.
Katakanlah: "Haid itu adalah kotoran". Oleh kerana itu jauhilah diri kamu dengan wanita-wanita yang sedang Haid dan janganlah kamu mendekati (menyetubuhi) mereka, sebelum mereka bersuci*.

Apabila mereka telah bersuci maka bolehlah kamu menyetubuhi mereka ditempat yang diperintahkan Allah kepada kamu.
Sesungguhnya Allah itu menyukai orang-orang yang bertaubat dan Allah menyukai orang-orang yang mensucikan dirinya.
Surah Al Baqarah - ayat 222.

*Jangan mendekati bermaksud dilarang bersetubuh dengan isteri yang sedang kedatangan bulan dan bukanlah dilarang mempergaulinya sehari-hari.

ASALKAN TIDAK BERSETUBUH:
Dari Masruuq b.Ajda'i berkata:
Aku telah bertanya kepada 'Aisyah tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid.
'Aisyah menjawab:
Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh).
Hadits Riwayat Bukhari dalam buku sejarahnya.

p/s:- bersetubuh pun dapat pahala...yang halal jer tau...yang haram dapat dosa ler. Benih yang ditanam dengan niat yang baik akan membuahkan hasil yang baik..insyallah
0 Komen Yang Bernas

Venice









p/s:-Pemanasan global....inilah akibatnya....
1 Komen Yang Bernas

Bakal jadi bandar pendidikan


BAGAN DATOH - Bagan Datoh bakal menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di daerah Hilir Perak sebaik sahaja tiga institusi pendidikan yang baru siap dibina di sini menjelang 2013.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiga institusi itu adalah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bagan Datoh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bagan Datoh dan Sekolah Menengah Teknik Bagan Datoh.

Menurutnya, selain ketiga-tiga institusi yang mendapat kelulusan untuk dibina itu, beliau juga akan mendesak Kementerian Pengajian Tinggi untuk membuka sebuah Politeknik di sini, tetapi setakat ini masih belum mendapat jawapan.

“Kita harap dengan adanya institusi pendidikan yang baru ini, kawasan Bagan Datoh akan dapat dimajukan dari segi ekonomi dan sosial.

“Dengan adanya institusi pendidikan ini, ia akan membekalkan lebih ramai tenaga mahir untuk bekerja di sini,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 guru pada Majlis Jamuan Makan Malam Sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Parlimen Bagan Datoh di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, di sini, Sabtu lalu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shaarani Mohamad; Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak, Zainal Abiddin Osman dan beberapa pegawai serta pemimpin tempatan.

Ahmad Zahid berkata, pembinaan UiTM itu menelan belanja RM250 juta dengan keluasan 40 hektar melibatkan pembelian tanah milik Sime Darby Berhad.

“Jika siap kelak, universiti itu akan menerima 5,000 penuntut dan 500 kakitangan, namun kursus yang ditawarkan masih belum ditentukan,” katanya.

Beliau berkata, MRSM pula akan dibina di atas tanah seluas 20 hektar dengan kos pembinaan RM70 juta dengan kemasukan 1,000 pelajar.

Katanya, bagi Sekolah Teknik Bagan Datoh yang akan dibina di Sungai Dulang, ia menggunakan tanah seluas lapan hektar bernilai RM30 juta dengan jumlah pelajar 1,500 orang.

“Bagan Datoh akan menjadi bandar pendidikan di daerah ini dan pusat perindustrian perkapalan di Perak tidak lama lagi.

“Dengan kewujudan institusi itu, secara tidak langsung penduduk akan bertambah melebihi 7,500 orang dan bakal merancakkan lagi ekonomi di sini,” katanya.

Kredit to Sinar Harian

p/s:- lepas nie takdak la orang nak kait nyok lagi..hehehe maklumla bagan datoh nie terkenal dengan pokok kelapaknyer...aku setuju dengan cadangan untuk menjadikan bagan datoh nie sebagai tempat institusi pendidikan. penempatan yang jauh dari bandar amat sesuai untuk budak2 belajar ( biaq duk kat cerok ).

Harap perancangan besar nie dapat direalitikan dan bukan omong kosong sajer.
0 Komen Yang Bernas

22.5.10

Kandungan Facebook hina Nabi dikeluarkan

2010/05/22

ISLAMABAD: Muka surat rangkaian sosial Facebook yang dianggap menghina Islam dan menyebabkan laman itu diharamkan di Pakistan sudah dikeluarkan, kemungkinan oleh penulisnya.

Menurut Facebook, ia tidak mengambil sebarang tindakan terhadap muka surat itu yang menarik lebih 100,000 pengunjung di mana ia menggalakkan mereka meletakkan imej Nabi Muhammad SAW, kononnya sebagai menyokong kebebasan bersuara.

Umat Islam menyifatkan sebarang tindakan memberi gambaran atau menghasilkan lukisan, walaupun yang baik adalah satu amalan kufur. Setiausaha Kementerian Teknologi Maklumat Pakistan, Najibullah Malik, berkata kerajaan tidak mempunyai pilihan selain menutup Facebook Rabu lalu selepas diarahkan mahkamah.

“Kami tahu sesetengah pihak menderita disebabkan penutupan ini, tetapi kami perlu mematuhi arahan mahkamah,” katanya.

Pakistan berkata ia akan menimbang untuk membenarkan semula Facebook atau laman lain dengan kandungan serupa jika mereka mengeluarkan muka surat yang dianggap menghina Islam. - AP

Kredit to Berita Harian

p/s:- kebebasan bersuara konon...pigidahhhhhhhhhhhhh
1 Komen Yang Bernas

21.5.10

China haramkan Facebook buat selama-lamanya

Lukis nabi cetus perang di Facebook

Warga Pakistan bantah idea kempen kartunis Amerika

SEATTLE: Idea kartunis Amerika Syarikat, Molly Norris, mengisytiharkan 20 Mei (semalam) sebagai ‘Everybody Draw Mohammed Day!’ (Hari Melukis Muhammad) menyebabkan beribu-ribu orang mengambil bahagian selain mencetuskan bantahan lebih ramai lagi menyebabkan Pakistan menyekat laman web Facebook.

Norris asalnya mengemukakan cadangan itu sebagai membantah keputusan rancangan Comedy Central menapis episod South Park memaparkan Nabi Muhammad dalam kostum beruang. Cadangannya bulan lalu kemudian menyebabkan ramai pengguna Facebook mengambil bahagian dengan melukis wajah nabi di laman web itu. Sehingga kelmarin, lebih 41,000 pengguna Facebook menyokong karikatur nabi di laman mereka, manakala 56,000 lagi membantah.

Sementara itu, Pakistan mengarahkan pembekal perkhidmatan internet menyekat Facebook kerana menggalakkan pengguna menyiarkan imej Nabi Muhammad
Kemarahan disuarakan di Pakistan dan negara lain kerana Islam melarang penyiaran imej Nabi. Kerajaan Pakistan bertindak selepas sekumpulan peguam Muslim memperoleh arahan mahkamah supaya menyekat Facebook sehingga 31 Mei.

Petang kelmarin, akses kepada laman berkenaan tidak menentu kerana pembekal perkhidmatan internet mula melaksanakan arahan itu.
Di Karachi, kira-kira 2,000 pelajar mengadakan perhimpunan dan mendesak Facebook diharamkan kerana membenarkan karikatur nabi disiarkan.

Berpuluh-puluh pelajar berhimpun di kawasan berhampiran sambil memegang papan tanda menggesa jihad terhadap penghina nabi.

Beberapa negara lain seperti China sudah mengharamkan Facebook buat selama-lamanya. – AP

Kredit to Berita Harian.

p/s:- kita?????
0 Komen Yang Bernas

20.5.10

Perogol bersiri kena 50 tahun, 24 sebatan

BANDARAYA MELAKA – Perogol bersiri, Rashidi Omar, 28, dijatuhi hukuman penjara 50 tahun dan 24 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka, semalam.

Tertuduh mengaku bersalah terhadap 15 pertuduhan membabitkan tujuh pertuduhan rogol, dua tuduhan cuba merogol, satu tuduhan seks luar tabii dan lima kes samun.

Rashidi didapati merogol sembilan wanita, termasuk tiga pelajar dan paling menyayat hati, tertuduh turut merogol seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun.

Rashidi dituduh melakukan kesalahan itu antara April 2007 dan Oktober 2009.

Modus operandinya, tertuduh mengacukan pisau ke leher mangsa dan mengugut sebelum mengikat kaki serta tangan mangsa dengan tali plastik sebelum merogol.

Pertuduhan lain yang dibacakan adalah tertuduh turut mengumpan seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun dengan menghantarnya pulang ke rumah berikutan mangsa berjalan berseorangan sebelum merogol.

Dalam kejadian 24 Mei 2007, jam 12.30 tengah hari di Ladang Kelapa Sawit Hailam Estate, Cheng, tertuduh telah meninggalkan mangsa keseorangan selepas merogol.

Sementara pada 1 April 2008, antara jam 6.30 dan 7.30 pagi, tertuduh menipu seorang lagi mangsa iaitu pelajar Tingkatan Tiga dengan alasan mahu berjumpa rakannya di sekolah mangsa.

Tertuduh membawa mangsa menaiki motosikal dengan alasan mahu ke sekolah berkenaan tetapi sebaliknya mangsa dibawa ke ladang kelapa sawit sebelum dirogol.

Sementara itu, barangan yang disamun tertuduh termasuk satu komputer riba, lima telefon bimbit, wang tunai RM500, dua bentuk cincin, satu utas rantai, satu gelang tangan dan satu anting-anting.

Pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa raya, Ifa Sirhu Samsudin dan Haslida Isa Samad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berikutan tindakan tertuduh mendatangkan kesan trauma serta sejarah hitam kepada mangsa.

Pendakwaan dilakukan di bawah lima seksyen iaitu Seksyen 376, 392, 397, 377 C dan 511Kanun Keseksaan.

Kredit to Sinar Harian

Masih belum setimpal hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh nie...kalau hukum hudud tak tahu ler nasib ko macam maner....
Pengumuman kpd ibu2 bapa2 awasi anak anda..
1 Komen Yang Bernas

19.5.10

Terpacak


Salam, hawa u

Seronok sangat duk pacak last-last kantoi gak.....

Darah muda mat motor skrg nie, pantang kena jek skit pasti terpacak. Kalau tak kacau org lain takper....ini nanti tak pasal2 kalu terlanggar orang....dah jadi kes....aperpun ini sebagai peringatan dan iktibar.... kepada ibubapa tengok2lah anak yang sedang meningkat remaja...

Kredit to Sinar Harian

p/s:- Jangan jadi Samseng Jalanan
0 Komen Yang Bernas

18.5.10

Bocor oh Bocor

Salam.... Hawa u

Adehhh...penat semalam belum hilang lagi nie....
Semalam kluar site with my anak buah gi buat kerja kat Bagan Datoh. Kitaorg gi mencari bocor di segala ceruk kawasan bagan datoh tu, ini kerana kadar kebocoran kat sana dah tahap gaban dah. Sebelum my boss "fire" aku baik aku "fire"anak buah aku dulu. Dari opis ke site ambil masa hampir 1 jam...palagi dalam keta ak duk mem"fire" anak buah aku laa....aku tengok masing2 dah berasap telinga....dan dan pastu aku bagi kata-kata semangat pulak...hehehe.

Kitaorg punyer kerja nie melibatkan bocor jer...."bocor itu emas".....hari nie cari bocor, esok cari bocor, lusa cari bocor, tulat cari bocor..bocor..bocor..bocor...

Aku dah berada dalam bidang kebocoran nie hampir tujuh tahun..bermacam jenis bocor aku dah jumpa dan tengok...cuma yang aku pelik skit kesedaran orang ramai terhadap kebocoran, walaupun depan mata, tapi wat dek jer selagi tak mendatangkan effect kat kehidupan diaorg....adoiiiii aper aku merepek nie.....bocor yang aku maksudkan adalah bocor air paip...

p/s:- maaf entry merepek....kepala pening
0 Komen Yang Bernas

16.5.10

Sapa Mau Lawan Sama Saya!!!

Nampaknya tiada seorang pun berani menyahut cabaran nie.......diumumkan e5 menang percuma...

Kehangatan dan kemeriahan Piala Thomas belum berakhir lagi meskipun pasukan kita gagal ke perlawanan akhir....
Kat sini ( hilir perak ) tempat aku mencurahkan bakti...diadakan pertandingan tertutup badminton. Acara yang pastinya akan mengeratkan tali silaturahim antara penduduk setempat. Dan yang paling aku respek adalah kesudian Exco kebudayaan,kesenian, belia dan sukan negeri perak Datok Zainol Fadzi Paharudin hadir ke acara final. Beliau nie nampak cool dan sempoi jer
( aku penah face to face ngan dia masa hilir perak takde ayor 24 jam ari tu ). Moga suatu hari akan ada wakil negara dari hilir perak..cayalahhhh


p/s:- SELAMAT HARI GURU kepada cikgu sekolah SMKAI dan semua cikgu2.
0 Komen Yang Bernas

15.5.10

Korea Berjaya

Hello.....hawa u

Berakhir sudah pertarungan antara gergasi badminton iaitu China dan pasukan yang sedang melonjak naik iaitu Korea. dah 6 kali try baru dapat Piala Uber nie..Tahniah Korea.....

Dasat gak korea nie...pemain-pemain China yang berada di ranking teratas dunia, selamba jer diaorang bantai....( berpeluh la jugak ) dari mula lagi dah nampak pemain korea nie akan berjuang bermati-matian ( harap pemain Malaysia mcm nie gak )

Keputusan Penuh:- Stadium Astro
0 Komen Yang Bernas

14.5.10

Sisa Pepejal VS Sampah Sarap

Hellooooo.....hawau u ( ckp mcm idlan raja lawak )

Baru-baru nie aku adalah mengomel dengan my wife pasai sampah nie.. bukan wife aku tak buang sampah..tapi pasai jadual kutipan sampah oleh PBT yang tak kena tempat....bayangkanlah seminggu sekali baru nak kutip...aper ke heyyy!!!! dah kluar segala jenih ulat baru korang nak angkut....Apa yang aku perasan kerja2 angkut sampah nie telah bertukar org..maybe syarikat baru kot ( swasta ). Namun ketidak puasan hati aku masih lagi membuak-buak coz masih belum berubah jadual angkut-mengangkut ....Cadang memang nak buat komplen... ruper-rupernyer dah dibuat sesi dialog dengan PBT.

Kome kotakanlah janji iyerrrr..



P/S: aku pembayar cukai yang setia....wakakaka
0 Komen Yang Bernas

Nasib Baik Bukan Stacy

KUALA LUMPUR: Penyanyi kelahiran program realiti televisyen, Stracie Angie Anam atau lebih dikenali Stacy, 20, terkilan kerana kereta dimenangi sebagai juara Akademi Fantasia ke-6 (AF6) remuk selepas terbabit kemalangan jalan raya di ibu negara, Ahad lalu.

Berita Penuh Klik sini
0 Komen Yang Bernas

13.5.10

SENJA NAN MERAH

Senja di Sungai Perak
1 Komen Yang Bernas

12.5.10

Jangan Jadi Follower aku!!!

Alahmak...payah ghupernyer nak jadi blogger nie...
buat masanie korang jangan jadi follower aku tau...takder isi pun blog nie..tengah mendecorate blog lagi....( kalu nak follow jugak apa salahnyer hehehe...)
Sebenarnya aku nie silent viewer...aku minat ngan blog yang penceritaanya lebih kepada dunia photografi...dapatla blajaq tentang dunia photografi nie....jaga blogger photog sumer akan ku jadi follower kamu nanti...wakakakaka

causinnnnnnn

p/s:- saper2 tau blog photog tak?
2 Komen Yang Bernas

Salam Perkenalan

Salam 1malaysia,Dengan lafaz Bismillah, dengan ini saya...(._.)
perghhh akhirnya aku juga dah ada blog sendiri gak...ini pun main bantai buat jer..duk tengok orang len sibuk berblog, aku pun sibuk nak berblog gak. Aper pun benda yang kita buat mesti ada tujuannyer. Harap2 tujuan aku berblog nie tak mengganggu makhluk Allah yang lain serta tak melalaikan aku dalam menjalankan urusan duniawi dan akhirat. ermmmm aisehhhh aku nie bukan jenis merepek dan membebel, boleh ker aku berblog? argghhhhhh eden torai....huhu...Aku adalah aku bukan kayu..

cauw dulu...nak kena blajaq lagi nie....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League - PERAK