..SaYaNGku FaiSh..

24.5.10

Bakal jadi bandar pendidikan


BAGAN DATOH - Bagan Datoh bakal menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di daerah Hilir Perak sebaik sahaja tiga institusi pendidikan yang baru siap dibina di sini menjelang 2013.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiga institusi itu adalah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bagan Datoh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bagan Datoh dan Sekolah Menengah Teknik Bagan Datoh.

Menurutnya, selain ketiga-tiga institusi yang mendapat kelulusan untuk dibina itu, beliau juga akan mendesak Kementerian Pengajian Tinggi untuk membuka sebuah Politeknik di sini, tetapi setakat ini masih belum mendapat jawapan.

“Kita harap dengan adanya institusi pendidikan yang baru ini, kawasan Bagan Datoh akan dapat dimajukan dari segi ekonomi dan sosial.

“Dengan adanya institusi pendidikan ini, ia akan membekalkan lebih ramai tenaga mahir untuk bekerja di sini,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 guru pada Majlis Jamuan Makan Malam Sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Parlimen Bagan Datoh di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, di sini, Sabtu lalu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shaarani Mohamad; Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak, Zainal Abiddin Osman dan beberapa pegawai serta pemimpin tempatan.

Ahmad Zahid berkata, pembinaan UiTM itu menelan belanja RM250 juta dengan keluasan 40 hektar melibatkan pembelian tanah milik Sime Darby Berhad.

“Jika siap kelak, universiti itu akan menerima 5,000 penuntut dan 500 kakitangan, namun kursus yang ditawarkan masih belum ditentukan,” katanya.

Beliau berkata, MRSM pula akan dibina di atas tanah seluas 20 hektar dengan kos pembinaan RM70 juta dengan kemasukan 1,000 pelajar.

Katanya, bagi Sekolah Teknik Bagan Datoh yang akan dibina di Sungai Dulang, ia menggunakan tanah seluas lapan hektar bernilai RM30 juta dengan jumlah pelajar 1,500 orang.

“Bagan Datoh akan menjadi bandar pendidikan di daerah ini dan pusat perindustrian perkapalan di Perak tidak lama lagi.

“Dengan kewujudan institusi itu, secara tidak langsung penduduk akan bertambah melebihi 7,500 orang dan bakal merancakkan lagi ekonomi di sini,” katanya.

Kredit to Sinar Harian

p/s:- lepas nie takdak la orang nak kait nyok lagi..hehehe maklumla bagan datoh nie terkenal dengan pokok kelapaknyer...aku setuju dengan cadangan untuk menjadikan bagan datoh nie sebagai tempat institusi pendidikan. penempatan yang jauh dari bandar amat sesuai untuk budak2 belajar ( biaq duk kat cerok ).

Harap perancangan besar nie dapat direalitikan dan bukan omong kosong sajer.

1 Komen Yang Bernas:

ardinihumaira said...

semoga menjadi realiti, InsyaAllah :)

Klik Sini ^___^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League - PERAK