..SaYaNGku FaiSh..

20.5.10

Perogol bersiri kena 50 tahun, 24 sebatan

BANDARAYA MELAKA – Perogol bersiri, Rashidi Omar, 28, dijatuhi hukuman penjara 50 tahun dan 24 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka, semalam.

Tertuduh mengaku bersalah terhadap 15 pertuduhan membabitkan tujuh pertuduhan rogol, dua tuduhan cuba merogol, satu tuduhan seks luar tabii dan lima kes samun.

Rashidi didapati merogol sembilan wanita, termasuk tiga pelajar dan paling menyayat hati, tertuduh turut merogol seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun.

Rashidi dituduh melakukan kesalahan itu antara April 2007 dan Oktober 2009.

Modus operandinya, tertuduh mengacukan pisau ke leher mangsa dan mengugut sebelum mengikat kaki serta tangan mangsa dengan tali plastik sebelum merogol.

Pertuduhan lain yang dibacakan adalah tertuduh turut mengumpan seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun dengan menghantarnya pulang ke rumah berikutan mangsa berjalan berseorangan sebelum merogol.

Dalam kejadian 24 Mei 2007, jam 12.30 tengah hari di Ladang Kelapa Sawit Hailam Estate, Cheng, tertuduh telah meninggalkan mangsa keseorangan selepas merogol.

Sementara pada 1 April 2008, antara jam 6.30 dan 7.30 pagi, tertuduh menipu seorang lagi mangsa iaitu pelajar Tingkatan Tiga dengan alasan mahu berjumpa rakannya di sekolah mangsa.

Tertuduh membawa mangsa menaiki motosikal dengan alasan mahu ke sekolah berkenaan tetapi sebaliknya mangsa dibawa ke ladang kelapa sawit sebelum dirogol.

Sementara itu, barangan yang disamun tertuduh termasuk satu komputer riba, lima telefon bimbit, wang tunai RM500, dua bentuk cincin, satu utas rantai, satu gelang tangan dan satu anting-anting.

Pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa raya, Ifa Sirhu Samsudin dan Haslida Isa Samad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berikutan tindakan tertuduh mendatangkan kesan trauma serta sejarah hitam kepada mangsa.

Pendakwaan dilakukan di bawah lima seksyen iaitu Seksyen 376, 392, 397, 377 C dan 511Kanun Keseksaan.

Kredit to Sinar Harian

Masih belum setimpal hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh nie...kalau hukum hudud tak tahu ler nasib ko macam maner....
Pengumuman kpd ibu2 bapa2 awasi anak anda..

0 Komen Yang Bernas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League - PERAK