..SaYaNGku FaiSh..

30.5.10

Larangan penjualan rokok


KUALA LUMPUR -
Larangan penjualan rokok dalam paket kurang daripada 20 batang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari tahun depan.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, peruntukan bagi larangan itu telah pun diwartakan pada 23 September 2004 melalui Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
"Diharapkan dengan tempoh masa yang telah diberikan ini, semua syarikat rokok dapat mengambil tindakan persediaan yang secukupnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Hasan berkata, seperti yang telah diamalkan di kebanyakan negara maju, larangan itu bertujuan membendung golongan remaja dan mereka yang berpendapatan rendah membelinya.

Katanya, tabiat merokok amat merugikan selain dari memudaratkan kesihatan sekali gus menjejaskan tahap ekonomi perokok tersebut.- utusan

.....................................................................................
Kenapa perlu ditangguhkan lagi? kenapa tak dilaksanakan sekarang!! Kalau kita tengok la nie, budak2 sekolah pun dah pandai hisap rokok, bukan secara sembunyi tapi terang-terangan. Aku dulu pun hisap rokok, sekarang insyaallah dah berenti dah, kalau dah start merokok memang payah dah nak berenti, aku tau sebab aku dah laluinya dan banyak faedah aku dapat setelah berenti merokok.
Aku rasa dengan cara naikkan harga rokok atau luaskan zon larangan merokok boleh membendung dan mengurangkan statistik perokok tegar dan perokok baru. Jadi tak perlu tangguh lagi. Banyak kebaikan jika dilaksanakan segera, lagi bagus kalau dihapuskan terus rokok nie atau yang sewaktu dengannya.

Katakan Tak nak pada rokok.

2 Komen Yang Bernas:

Encik Bulan said...

Setuju dengan langkah kerajaan, tapi tempoh yang diberikan kenapalah lama sangat.. sebulan dua cukuplah. Bagi kesedaran kat bapak-bapak dan remaja supaya gunakan duit dengan cara yang betul. Barulah rakyat sihat sampai ke tua.

www.ismailnoh.com

En. Epai said...

betul 3x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League - PERAK