..SaYaNGku FaiSh..

0 Komen Yang Bernas

30.9.10

Bavar 2 buatan Iran

Salam, 1blogger 1malaysia..

Cedok kat Google

Bavar 2..apa kebendanyer....la tu la lain kali tengok berita dunia, baru tau apa dia Bavar 2...bukan filem la...nie peralatan pertahanan baru buatan Iran....Bot terbang, duk kat ataih ayaq boleh, terbang pun bolehh...dasatkan....Nahaiiiii





Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

29.9.10

Siti Kelembai di TV3 dan TV9

Salam, 1blogger 1malaysia..

Pernah baca cerita sang kelembai tak..ala orang yang boleh sumpah orang lain jadi batu...haa sang kelembai tu lah.....
la nie ada cerita kat Slot Lagenda TV3 tajuk cerita dia Siti Kelembai....dah banyak episod dah ..cuma aku jer yang tertinggal..aku sure korang pun mesti tengok criter nie gak kan and tak termiss episod mcm aku nie...
criter nie memang layan dengan lakonan Yana Samsudin yang ala-ala blur dan Fizo Omar yang agak skema berjaya meringankan pala hotak aku dikala aku nonton crita nie....
disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30ptg TV3, ulangan 8.30malam di TV9...aku tengok malam jelah..siang krojer..Nahaiiiii

Sapa2 nak tau sinopsis Siti Kelembai dan nak download boleh Klik Sini

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

27.9.10

Samseng Jalanan Bikin Gila

Salam, 1blogger 1malaysia..


Kredit To Harian Metro

SHAH ALAM: Tidak ubah seperti binatang apabila sekumpulan kira-kira 10 Mat Rempit cuba merompak dan menyerang seorang penuntut sebuah institut pengajian tinggi awam sebelum mengelar leher mangsa hingga berlumuran darah.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi kelmarin di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, kumpulan Mat Rempit berkenaan yang bersenjatakan pisau mencederakan pelajar berkenaan yang cuba menyelamatkan dompet dan telefon bimbitnya daripada dirompak.

Difahamkan, mangsa yang cedera parah dan berlumuran darah terpaksa lari ke tengah lebuh raya bagi menyelamatkan diri dan meminta bantuan beberapa pemandu kenderaan selepas dikejar kumpulan Mat Rempit terbabit.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Faris, 21, berkata kejadian berlaku berhampiran sebuah stesen minyak sebelum susur keluar ke Padang Jawa. Dia dan seorang rakan yang membonceng motosikalnya dalam perjalanan pulang ke rumah di kawasan berdekatan.

Menurutnya, dia tidak menggunakan laluan motosikal lebuh raya berkenaan kerana hari sudah pagi dan bimbang disamun kerana jalan agak sunyi. Namun, malang tidak berbau apabila sekumpulan Mat Rempit menaiki tujuh motosikal mengekorinya daripada belakang.

“Sebaik saja kumpulan terbabit mendekati, mereka tiba-tiba mengepung motosikal saya dan mengarahkan berhenti, namun saya yang bimbang sesuatu buruk berlaku cuba memecut.
“Tindakan saya itu menyebabkan kumpulan remaja terbabit tambah berang sebelum menendang motosikal saya hingga jatuh,” katanya.

Faris berkata, sebaik jatuh, kumpulan berkenaan terus menerpa dan membelasah dia serta rakannya untuk merampas dompet dan telefon bimbit.
“Mereka bertindak ganas, saya disepak dan ditumbuk manakala rakan pula ditampar. Kunci motosikal juga dirampas mungkin untuk melarikannya, saya cuba mempertahankan diri dan semasa bergelut saya tidak sedar leher sudah dikelar seorang daripada lelaki berkenaan.

“Saya yang berlumuran darah bertindak menyelamatkan diri dengan berlari ke tengah lebuh raya dan cuba menahan beberapa kereta untuk bantuan,” katanya.

Menurutnya lagi, dia bernasib baik apabila ada kereta berhenti dan sudi membantu.

Katanya, pemandu kereta itu menghantar dia dan rakan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan.

“Luka akibat dikelar itu agak parah dan leher terpaksa dijahit dengan lapan jahitan, manakala rakan tidak mengalami kecederaan.

“Selepas selesai mendapat rawatan dan dibenarkan pulang saya terus membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam,” katanya.

Tambah Faris lagi, dia tidak dapat ke kuliah tiga hari selepas insiden itu dan terpaksa menjalani rawatan susulan serta trauma melalui lebuh raya berkenaan. - Metro -

En.Epai Berkata:-
Memang gila punya hal nie, nasib baek tak mati nooo...knapa metro masih panggil mat rempit, padahal kan diberi nama samseng jalanan...aku tengok gambaq pun rasa pedih...inikan tuan empunya badan...apala dalam pala hotak semseng jalanan nie masa depa merompak mamat nie...aku rasa depa tengah mantoi ( khayal )..
Ayuh PDRM selesaikan masalah samseng jalanan nie....Nahaiiiii


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

22.9.10

Dah macam paper online

Salam, 1blogger 1malaysia..

Puiiii...dah macam paper dah aku tengok blog nie....ini semua gara2 nak beraya..takmau terlepas posting konon, jadi amik berita terkini dalam surat khabaq online then post kat blog...pandai2...yerlah kalu ada orang singgah tak ler duk baca criter lama jer...kannn.

Semangat nak berblog tu yang penting...tambahan pula memang aku duk menanti berita tentang kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati...hari2 aku selak paper untuk cari berita terkini kes nie....mungkin bukan aku jer kut..rasa2 semua rakyat malaysia mengikuti kes nie...

Pembunuhan yang tak tercapai akal...memang tak berperikemanusiaan langsung...nyawa dinilaikan dengan wang..beginila jadinya...aku harap semua pembunuh dapat didakwa dan dijatuhkan hukuman seberat-beratnya...Nahaiiiii punya pembunuh
Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

19.9.10

Sosilawati Lawiya, Jutawan Dermawan

Salam, 1blogger 1malaysia..
Kredit To Metro

BATU PAHAT: Pengasas rangkaian produk kecantikan Nouvelles Visage, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bukan saja membantu menyediakan pekerjaan bagi membaiki taraf hidup ahli keluarga, malah memperuntukkan RM1 juta setahun bagi membiayai perbelanjaan anak yatim di seluruh negara.

Katanya, keluarga bukan mahu bermegah atau berbangga dengan pemberian kakaknya, namun berasa terharu kerana kakaknya tidak pernah melupakan asal usul dan menghulurkan bantuan kepada pelbagai pihak yang memerlukan.
0 Komen Yang Bernas

M.Rajoli Kembali Ke Rahmatullah, Al Fatihah

Salam, 1blogger 1malaysia..

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Pelakon veteran, M. Rajoli sempat memaafkan dua isteri dan empat anaknya sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang di sini, malam tadi.

Menurut anak bongsu Allahyarham, Muhammad Ariff, 23, dia sempat berbisik ke telinga M. Rajoli memohon maaf bagi pihaknya dan ahli keluarga yang lain jika pernah melakukan kesalahan dan menyinggung perasaan bapanya itu.

"Arwah bapa saya koma dua jam sebelum meninggal dunia. Saya sempat berbisik ke telinganya memohon maaf semasa dia dalam keadaan itu. Dia mengerdipkan matanya dan menganggukkan sedikit kepala selepas itu.

"Saya faham isyarat arwah bapa saya itu," katanya sewaktu ditemui pemberita selepas upacara pengebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat di sini, hari ini.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Aqram Jalan Datuk Keramat pada pukul 9.30 pagi dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan itu pada pukul 10.30 pagi.

Hadir sama isteri pertama Allahyarham, Hashimah Md. Din dan anak-anaknya. Kelibat isteri keduanya yang merupakan bekas pembaca berita RTM, Wan Chik Daud tidak kelihatan.

Ketika ditanya, Muhammad Ariff menjelaskan, dia menjemput ibu tirinya hadir ke upacara itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tetapi Wan Chik membalas dengan mengatakan dia tidak dapat hadir.

"Dia (Wan Chik) kata walaupun tidak dapat hadir tetapi dia yakin akan berjumpa juga dengan arwah bapa di akhirat kelak," jelas Muhammad Arif yang turut membacakan talkin untuk Allahyarham.

Sementara itu, pemergian Allahyarham ke rahmatullah bukan sahaja dirasai oleh isteri dan anak-anaknya tetapi juga rakan-rakan seperjuangan Allahyarham dalam bidang lakonan yang hadir memberi penghormatan terakhir.

Pengarah Yusof Kelana menyifatkan Allahyarham yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan sebagai pelakon versatil dan komited dalam kerjayanya sejak bergelar pelakon pada 1964 melalui filem Ibu Ayam arahan Salleh Ghani.

"Saya pernah mengarahkan filem berjudul Juara pada 1991 yang dilakonkan oleh Allahyarham. Dalam filem itu Allahyarham melakonkan watak komedi. Saya tidak sangka dia juga sebenarnya pelakon komedi.

"Ini kerana, selama ini ramai yang beranggapan Allahyarham hanya sesuai melakonkan watak orang alim sahaja. Beliau mampu melakonkan pelbagai watak dan komited sewaktu di lokasi penggambaran," jelasnya.


En.Epai Berkata:-
Al-fatihah untuk arwah dan Takziah kepada keluarga Allahyarham. Aku memang syok tengok kalu arwah berlakon, lagi2 kalau berlakon komedi..memang best.
Harap segala pengorbanan dan jasa allahyarham dalam bidang seni dapat pengiktirafan agar sentiasa dikenang sampai bila2. Nahaiiiii

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

Sosilawati Lawiya, Rakan Ditemui Mati

Salam, 1blogger 1malaysia..


Muka Depan Utusan Malaysia

BUKIT MERTAJAM- Pengasas produk kecantikan Aveer, Sarina Jaafar yang juga kenalan rapat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini hari ini.

Pemilik syarikat SBJ Aveer Services Sdn. Bhd. berusia 45 tahun itu ditemui tergantung di biliknya kira-kira pukul 8.30 pagi oleh anak bongsunya yang berusia 16 tahun.

Polis setakat ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.
0 Komen Yang Bernas

17.9.10

Sosilawati Lawiya diumpan suspek

Salam, 1blogger 1malaysia..

KUALA LUMPUR- Cek RM1 juta sebagai wang pendahuluan bagi penjualan tanah milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai digunakan sebagai 'umpan' oleh suspek untuk memperdaya mangsa sebelum dibunuh.

Cek berkenaan dipercayai diserahkan kepada Sosilawati pada 2 Ogos lalu ketika pertemuannya dengan suspek utama di firma guaman miliknya dekat Banting, dipercayai untuk meyakinkan mangsa bahawa tanah yang ingin dijualnya sudah ada pembeli.
Anak Sosilawati, Erni Rineelawati (kiri) menyambut kunjungan sanak saudara dan tetamu pada majlis tahlil arwah ibunya di kediamannya di Gombak, semalam

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, cek RM1 juta berstatus cek tertunda itu hanya boleh ditunaikan pada tarikh 2 September bersama draf perjanjian yang membolehkan suspek menerima komisen.
1 Komen Yang Bernas

15.9.10

Sosilawati Lawiya Detik sebelum dibunuh

Salam, 1blogger 1malaysia..

KRONOLOGI

Detik sebelum dibunuh


10 pagi: Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

4 petang: Membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting.

5 petang: Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail.

5-6 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting.

8.15 malam: Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.

10 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.


KUALA LUMPUR: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bersamanya, dikatakan dibunuh, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah.

Perkara itu didedahkan suspek hasil soal siasat yang dilakukan polis, sekali gus menolak teori kononnya Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38, masih hidup selepas tiga hari kehilangan mereka dilaporkan. Menurut sumber, kira-kira dua jam sebelum dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Noorhisyam dipaksa menelefon isterinya, Suzana Radin Pangat, 38, bagi memaklumkan beliau akan pulang selepas tiga hari. “Tempoh tiga hari yang dinyatakan itu mungkin taktik kumpulan penjenayah itu untuk menghapuskan segala bukti sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, Sosilawati dan dua lagi mangsa pula tidak dibenarkan menelefon keluarga masing-masing kerana kumpulan penjenayah itu percaya maklumat yang disampaikan Noorhisyam akan disebarkan kepada semua keluarga mangsa terbabit.

1 Komen Yang Bernas

14.9.10

Sosilawati Lawiya pembunuhan kejam jutawan kosmetik

Salam, 1blogger 1malaysia..

BANTING: Pendedahan terbaru berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terkenal, Sosilawati Lawiya, 47, lebih menyentap perasaan apabila hasil siasatan tidak menolak kemungkinan mangsa bersama tiga lelaki lain disembelih menggunakan senjata tajam.

Sumber yang rapat dengan siasatan kes terbabit berkata, berdasarkan siasatan dilakukan, mangsa dikelar di leher sebelum dibakar oleh kumpulan penjenayah terbabit hingga menjadi debu.

“Hasil maklumat dikumpul setakat ini, polis mendapati pembunuhan itu adalah tindakan jenayah sadis yang dirancang dengan begitu rapi. Lebih mengerikan apabila semua mangsa seolah-olah dilayan seperti binatang tanpa perikemanusiaan.

CARI...anggota pasukan penyelam polis mencari bukti di Sungai Kanchong Laut, semalam

“Polis turut percaya, abu dan sisa tulang semua mangsa yang dibakar terbabit bukan hanya dibuang di dalam Sungai Panchau, malah turut dibuang ke dalam beberapa parit kecil berhampiran yang arusnya mengalir ke laut,” katanya.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Sosilawati bersama tiga mangsa lain disahkan dibunuh kejam di ladang persendirian milik suspek utama yang terletak di Sungai Gadung, Tanjung Sepat.

“Bagaimanapun, polis berjaya mengesan suspek utama bergelar Datuk berusia 41 terbabit dan adiknya berusia 38 tahun sebelum kedua-dua mereka ditahan di rumah mereka yang terletak di Taman Cempaka, kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu.

“Setakat ini, polis menemui pisau yang digunakan untuk tujuan pembunuhan terbabit selepas melakukan pemeriksaan rapi di kawasan sungai dan parit berhampiran tapak ladang berkenaan malam Ahad lalu,” kata sumber itu.

Berdasarkan maklumat dikumpul, pisau terbabit dibuang ke dalam sungai bersama abu mayat mangsa bagi menghilangkan bukti jenayah kejam dilakukan.

“Pisau milik kumpulan pembunuh itu ditemui selepas salah seorang suspek yang ditahan memberikan maklumat kepada polis. Setakat ini, polis percaya, pisau itu digunakan untuk membunuh semua mangsa berkenaan” katanya.

Menurutnya, dalam operasi kelmarin, polis Unit Forensik Bukit Aman, Selangor dan Kuala Lumpur melakukan siasatan rapi terhadap lokasi kejadian manakala anggota polis dari Jabatan Kimia Bukit Aman melakukan pemeriksaan di kawasan Sungai Panchau di sini.

Difahamkan polis turut menemui sisa pembakaran antaranya tulang dan tisu tubuh yang boleh dikaitkan dengan identiti mangsa yang hilang.

Sementara itu, pasukan penyelam polis meneruskan usaha menyelam di dasar Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah bagi mencari objek yang boleh dikaitkan dengan kes pembunuhan berkenaan, semalam.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin memberitahu empat mangsa berkenaan dipercayai diseksa, dibelasah, selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.

Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah.

Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh.

Susulan kes itu, polis memberkas lapan suspek termasuk dua wanita antara Jumaat hingga Ahad lalu membabitkan suspek berusia 19 hingga 45 tahun.
- Metro -


En.Epai Berkata:- Memang sadis berita yang dibaca nie..apalah ada dalam fikiran pembunuh semasa membunuh mangsa..sanggup depa buat lagu tu...beginilah kalu manusia nak menjadi tuhan, senang2 jer nak mengambil nyawa orang...harap pembunuh sebenar diambil tindakan yang amat berat dan setimpal dengan perbuatan yang telah dilakukan...Takziah kepada semua keluarga mangsa...Tahniah pada polis kerana cepat menyelesaikan kes ini.... 

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

9.9.10

Selamat Hari Raya Eidulfitri Maaf Zahir Dan Batin

Cari kat Google
Salam, 1blogger 1malaysia..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin aku ucapkan kepada pengunjung blog En.Epai. Kepada yang bekerja pada Hari Raya, jangan sedih2 dah tanggungjawab kitakan...jalankan amanah yang diberi....
kepada perantau yang pulang ke kampung halaman, selamat hendaknya pergi dan balik....
" SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI "

Nahaiiiii

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

Bantah kempen 'Hari Bakar Quran'

Salam, 1blogger 1malaysia..

Kredit to Yahoo
SUMENEP (Jawa Timur): Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) menyeru umat Islam di seluruh dunia, bersatu membantah kempen 'Hari Bakar Quran' bagi memperingati tragedi serangan 11 September 2001 ke atas Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Antara.
Kira-kira 50 aktivis organisasi Islam konservatif itu mengadakan protes di Sumenep, Pulau Madura di Wilayah Jawa Timur pada Jumaat.
"Semoga Tuhan Maha Berkuasa melaknat golongan yang mencetus dan merancang pembakaran kitab suci Al-Quran.
"Ini merupakan tindakan manusia kejam dan tidak bertamadun," kata jurucakap HTI, Faisal kepada para pendemonstrasi.
Bagi menghentikan kempen ini, semua umat Islam di dunia tidak mempunyai pilihan selain bersatu untuk melakukan yang terbaik demi menghalang kempen itu berlaku pada 11 September ini, menurut Antara yang memetik kenyataan beliau.
"Rancangan itu sendiri telah mengguris hati dan memalukan umat Islam di seluruh dunia. Jangan biarkan ia berlaku," katanya lagi.
Aktivis HTI-Sumenep chapter bernama Rifki berkata, protes itu diadakan bagi mengingatkan komuniti Islam dunia berkenaan rancangan membakar Al-Quran di AS.
"Kami yakin saudara muslimin dan muslimah Islam akan mendapat galakkan untuk melakukan sedaya mereka untuk menghentikan perbuatan itu. Mereka sekurang-kurangnya dapat memanjatkan doa untuk menggagalkan rancangan itu," ujarnya.
"Ini menunjukkan AS mahu melancarkan perang ke atas umat Islam," katanya.
Rancangan kontroversi itu bukan hanya menimbulkan kebimbangan di kalangan umat Islam Indonesia malah mewujudkan kegusaran pada masyarakat warga AS.
Salah seorang rakyat AS, Jennifer S. Byron menerusi artikel terbitannya di laman web Newsweek-Washington Post, menyeru penganut Kristian Amerika agar menolak kempen 'Hari Bakar Quran'.
Katanya, kempen itu merupakan cara sebuah gereja di Florida bagi memperingati ulang tahun kesembilan insiden 11 September.
"Persatuan Evangelicals Kebangsaan (NAE) telah mengeluarkan kenyataan akhbar menentang Hari Bakar Quran.
"Ini bagus, tetapi ia hanya kenyataan untuk meyakinkan penganut Kristian lain bahawa Terry Jones tidak mewakili Kristian Evangelical asli," kata Jennifer.
Serangan 11 September 2001 ke atas AS oleh anggota Al-Qaeda mengorbankan ribuan mangsa terutama yang berada di dalam Menara Berkembar New York.
- BERNAMA -


En.Epai Berkata:- Ini memang perbuatan yang kurang ajar yang dilakukan...perbuatan yang akan membangkitkan semangat umat islam menentang perlakuan kurang ajar ini....
Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

8.9.10

Raya Hari Jumaat

Salam, 1blogger 1malaysia..
Kredit to google
Alhamdulillah, tadi pengumuman menentukan tarikh hari raya telah pun dibuat dan raya pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat bersamaan 1 syawal 1431 hijrah, 10hb September 2010 masehi..ini bermakna tinggal sehari lagi untuk kita pulun buat ibadat dibulan ramadhan al-mubarak, pastu kita akan merayakan aidilfitri. Selamat Hari Raya Aidilfitri....

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

Iklan Raya Petronas 2010

Salam, 1blogger 1malaysia..



En.Epai Berkata:- Best tengok iklan nie...gaya iklan macam drama dolu-dolu...aku enjoy giler ngan iklan nie...korang pun layanlah iklan nie....nahaiiiii




Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

Sosilawati Lawiya Hilang Metro updated

Salam, 1blogger 1malaysia..

KUALA LUMPUR: “Kau nak bawa aku ke mana ni?” Itu suara cemas Datuk Sosilawati Lawiya didengar kali terakhir suaminya melalui panggilan telefon yang dibuat jutawan kosmetik berkenaan sebelum ia terputus.

Suaminya, seorang ahli perniagaan dari Indonesia mendengar Sosilawati mengulangi pertanyaan itu berulang kali. Selepas panggilan telefon itu terputus, suami pengasas syarikat Nouvelle Visages (NV) itu cuba menghubungi telefon bimbit Sosilawati, namun gagal.

Sumber polis berkata, Sosilawati dipercayai cuba menghubungi suaminya yang berusia 40-an itu untuk meminta bantuan pada hari dia dilaporkan hilang.

“Difahamkan, dia turut menghantar SMS kepada anak sulungnya (Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25,) supaya tidak membenarkan seorang kenalan terdekatnya memasuki rumahnya di Gombak, Selangor.

“Malah, mangsa sempat menghantar SMS kepada anaknya mendakwa dia percaya gambar dirinya diambil secara curi atas motif tertentu,” katanya.

Difahamkan, polis sudah mengambil keterangan keluarga terdekat Sosilawati selain isteri peguamnya, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan isteri pegawai kredit CIMB Bank, Noorhisham Mohammad, 38, yang didapati hilang bersama jutawan terbabit pada 30 Ogos lalu.


“Berdasarkan siasatan, Sosilawati pernah beberapa kali pergi ke Banting, Selangor, untuk bertemu seorang peguam yang menguruskan soal jual beli tanah milik mangsa.

“Difahamkan, peguam warga tempatan itu pernah dilihat rakan karib Sosilawati bertemu peguam berkenaan. Malah, Sosilawati didakwa turut pernah mengambil beberapa cek daripada peguam berkenaan,” katanya.



Difahamkan, Sosilawati kali terakhir bertemu peguam berkenaan bagi menguruskan penjualan tanahnya di Pulau Pinang membabitkan nilai jutaan ringgit pada awal Ogos lalu.

Sementara itu, Erni Dekritawati menafikan keluarganya menawarkan sebarang wang tebusan bagi tujuan membebaskan ibunya daripada pihak yang melarikan mangsa bersama tiga individu lain.

Menurutnya, maklumat itu tidak tepat dan boleh memburukkan keadaan.
“Tiada sebarang tawaran wang tebusan disediakan dan kami meletakkan semua harapan kepada polis bagi menyiasat kes ini. Saya yakin polis melakukan segala yang boleh bagi menyelesaikan kes ini.

“Kami adik-beradik terus berdoa supaya emak selamat dan kembali semula ke pangkuan keluarga,” katanya.

Dalam kejadian jam 6 petang, 30 Ogos lalu, Sosilawati dilaporkan hilang selepas keluar dari pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, di sini, dipercayai hendak ke Banting, bagi menemui peguam di sana.

Bagaimanapun, Sosilawati yang menaiki dua kenderaan berasingan bersama tiga individu lain yang mempunyai kaitan dengan perniagaannya dilaporkan lesap sebelum anak mangsa membuat laporan kehilangannya di Balai Polis Dang Wangi di sini, Khamis lalu selepas ibunya tidak pulang ke rumah.

En.Epai Berkata:- dah ada spekulasi kononnya ada ganjaran kepada pemberi maklumat...hentikan spekulasi kerana ia akan membahayakan nyawa seseorang...Aku yakin misteri ini akan berjaya pihak berkuasa selesaikan...


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

7.9.10

Sosilawati Lawiya Hilang

Salam, 1blogger 1malaysia..



KUALA LUMPUR 6 Sept. - "Tolong doakan emak saya, tolonglah. Tolong doakan biar emak balik dengan selamat," sambil menyeka air mata yang berlinangan di pipinya, Erni Erinawati Sofea Bukhari membuat rayuan itu kepada setiap tetamu yang bertandang ke rumahnya.

Erni Erinawati Sofea, 21, ialah salah seorang anak perempuan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, jutawan kosmetik yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu.

Rayuan dalam tangisan itu dibuat kepada hampir setiap teman baik Sosilawati yang datang menziarahi mereka di Taman Harmonis, Gombak dekat sini sebaik sahaja mengetahui berita mengenai kehilangan jutawan yang mempunyai enam orang anak itu.

Selain Erni, adik-beradiknya yang lain juga dilihat berada dalam keadaan bersedih atas kehilangan ibu mereka apatah lagi mengenangkan 1 Syawal yang akan menjelang hanya beberapa hari lagi.

Bagaimanapun, keluarga Sosilawati yang lain kelihatan tidak berputus asa mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan terkini penyiasatan pihak berkuasa terhadap kehilangannya.

Pengasas Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty) itu dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu bersama pemandu, peguam dan pegawai sebuah bank.

Mereka dikatakan tidak pulang ke rumah setelah bersama-sama menuju ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah di Pulau Pinang.

Sementara itu, peguam peribadi Sosilawati, Datuk Zaidi Zain berharap pihak media tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu emosi keluarga mangsa dalam keadaan getir ini.

"Kehilangan beliau memberi kesan yang cukup besar kepada urusan harian keluarga dan perniagaan syarikat.

"Sebarang spekulasi akan membuatkan anak- anak beliau berada dalam keadaan lebih tertekan. Saya berharap agar semua pihak menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes ini," katanya.

Zaidi juga berharap agar keluarga Sosilawati tidak mendapatkan pandangan daripada pihak yang tidak mempunyai autoriti sebaliknya terus berhubung dengan pihak polis untuk mengetahui perkembangan terkini siasatan.

Sementara itu Utusan Malaysia difahamkan, sehari sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati dan keluarga menjalani sesi fotografi khas hari raya bersama dengan beberapa pihak media.

Sesi fotografi berkenaan diadakan bagi merakamkan gambar kenang- kenangan bersama enam anaknya selain beliau turut membuat ucapan khas hari raya menerusi Bernama TV.

Menurut wartawan majalah Wanita, Nafsiah Jani, dalam perbualan terakhirnya sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati sempat berkongsi hasratnya untuk mewariskan perniagaan kepada tiga anak perempuannya yang dihantar melanjutkan pelajaran di United Kingdom.

"Dia ada bagi tahu bahawa sekarang perjalanan bisnes semakin mudah sejak tiga anaknya tamat belajar dan bersama-sama membantu menguruskan syarikat," beritahu Nafsiah.

Sosilawati adalah antara perintis industri kosmetik tempatan bermula pada awal 1990-an.- Utusan Malaysia -

En.Epai Berkata:- Jangan kita buat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini. Biarlah pihak berwajib yang menyiasat misteri kehilangan Datuk Sosilawati. Aku doakan Datuk Sosilawati selamat dan dapat pulang berhari raya bersama anak2.


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

6.9.10

Jadual Perjalananan Raya

Salam, 1blogger 1malaysia..
Cilok Dari PLUS website


Nah sini aku nak kongsi maklumat dengan pengguna2 lebuhraya utara selatan yang nak balik kampung raya nie...PLUS ada sediakan cadangan masa perjalanan untuk pengguna kedestinasi memasing...nie bagi mengelakkan kesesakan teruk diatas lebuhraya...rancang perjalanan hangpa dengan merujuk jadual perjalanan...moga2 semua pengguna highway selamat hendaknya dan selesa memandu...ingat2 orang tersayang.....Memandulah Dengan Berhemah...Nahaiiiii

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

Sesuci Lebaran - Siti Nurhaliza

Salam, 1blogger 1malaysia..

Salah Satu lagu yang memang sedap didengaq bila menanti hari raya aidilfitri...semangat nak menyambut raya meluap-luap bila dengaq lagu nie...dengaq starting melodi pun dah tau nie lagu Datuk Siti...aku suka lagu nie wehhhh...Nahaiiii




Layannnnnnnn

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

Balik Kampung - Sudirman

Salam, 1blogger 1malaysia..

Lagu nie memang dah sentiasa bergendang dalam pala hotak aku dan maybe ramai perantau pun duk tengah nyanyi lagu nie....meh kita layan lagu nie...ooo balik kampung...ooo balik kampung...




Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

4.9.10

Raya Hari Khamis???

Salam, 1blogger 1malaysia..

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri akan disambut pada hari Khamis, sebaliknya menunggu sehingga pengumuman dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata ia sekadar khabar angin itu dan tidak semestinya betul.

Saya mendengar khabar angin itu sejak minggu lalu. Orang ramai tidak perlu keliru sebaliknya menunggu pengumuman pada malam 8 September ini, katanya ketika dihubungi tetapi enggan memberi komen lanjut sebaliknya meminta merujuk ke laman web JAKIM. Laman web JAKIM menyatakan tarikh Aidilfitri pada tahun ini ialah 10 September 2010 iaitu pada hari Jumaat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, menganggap khabar angin itu diada-adakan oleh pihak yang enggan menyambut Aidilfitri pada hari Jumaat kerana perlu melakukan dua solat dan mendengar dua khutbah.

Katanya, pemerintah mempunyai kuasa membuat pengumuman mengenai tarikh sambutan Aidilfitri dan orang ramai tidak perlu keliru dengan khabar angin itu.

Bagi saya, khabar angin ini disebarkan oleh orang yang keberatan melakukan dua solat iaitu solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat. Jarak waktu kedua-dua solat ini membuatkan mereka berasa seolah-olah tidak ada masa untuk berhari raya, katanya ketika dihubungi.
Beliau juga menyatakan Malaysia tidak perlu mengikut ketetapan Arab Saudi kerana negara mempunyai kaedah tersendiri menentukan tarikh hari raya iaitu rukyah dan hisab yang sudah diakui ulama.

Katanya, tidak mustahil anak bulan akan kelihatan pada petang 29 Ramadan tetapi keadaan cuaca di Malaysia yang selalu berawan menyebabkan ia sukar dilihat.

Keadaan itu menyebabkan kita kembali kepada kaedah pengiraan ahli falak, katanya.

Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali, berkata khabar angin seumpama itu selalu muncul pada tahun Malaysia berpuasa genap 30 hari.

Tahun ini kita berpuasa genap 30 hari yang bermakna Aidilfitri akan disambut pada hari Jumaat, 10 September 2010. Selalunya itu yang terjadi. Bila puasa genap 30 hari, akan muncul khabar angin menyatakan puasa cuma 29 hari. Saya tak percaya dengan khabar angin itu dan meminta orang ramai tidak menghiraukannya.
Saya bertegas dengan pengiraan yang dibuat kita akan menyambut hari raya pada hari Jumaat, katanya ketika dihubungi semalam.-Berita Harian-

En.Epai berkata:- La rugilah sehari posa kalu kita raya khamis...naper buat andaian sendiri..sedangkan kita ada pihak yang lebih arif dalam soal ini...ada kiraan2 nya dalam menetukan tarikh sesuatu peristiwa..biarlah mereka yang arif nie yang mengiranya...kita tunggu ja depan TV jam 8 malam, depa akan buat pengumuman...samada raya Khamis atau Jumaat....nahaiiiii

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
0 Komen Yang Bernas

Kereta Bersepah Dilebuhraya

Salam, 1blogger 1malaysia..

KUALA LUMPUR: Sejumlah 1.4 juta kenderaan dianggar menggunakan lebuh raya Lebuhraya Utara Selatan setiap hari sepanjang tempoh balik kampung pada perayaan Aidilfitri minggu depan.

Anggaran angka itu, menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS Expressways Bhd Nik Airina Nik Jaafar meningkat sebanyak 30 peratus dari penggunaan hari-hari biasa.

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, masa puncak perjalanan balik kampung Hari Raya kali ini adalah pada 8 hingga 12 Sept dan 16 hingga 19 Sept bagi perjalanan dari kampung halaman masing-masing.

Bagi mengurangkan kesesakan trafik, beliau berkata para pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mengikuti Cadangan Waktu Perjalanan (TTA), di mana pada tahun lepas lebih 50 peratus pengguna lebuh raya PLUS menggunakan TTA.

Waktu perjalanan yang dicadangkan bagi mereka yang menghala ke Kedah, Perlis, Skudai dan Johor Baharu dari Lembah Klang adalah antara pukul 7 pagi hingga 11 pagi dan antara pukul 8 malam hingga 11 malam untuk perjalanan kembali ke Lembah Klang.

Bagi yang menuju ke Pulau Pinang, Taiping, Changkat Jering, Tangkak, Yong Peng dan Ayer Itam, mereka dinasihatkan melakukan perjalanan antara pukul 11 pagi hingga 4 petang dan antara 12 tengah hari hingga 4 petang untuk perjalanan balik.

Bagi perjalanan ke Kuala Kangsar, Ipoh, Simpang Ampat dan Ayer Keroh, mereka dicadangkan meninggalkan Lembah Klang antara 4 petang hingga 8 malam dan antara pukul 4 petang hingga 7 petang bagi perjalanan balik.

Mereka yang menghala ke Tapah, Bidor, Slim River, Tanjung Malim, Seremban, Port Dickson dan Senawang, dicadangkan melakukan perjalanan antara pula 8 malam hingga 11 malam dan pada waktu yang sama untuk perjalanan pulang.

Bagi destinasi-destinasi lain, mereka dicadangkan melakukan perjalanan selepas pukul 11 malam, katanya.

Nik Airina berkata PLUS akan membuka 1,000 pondok tol semasa perjalanan balik kampung dan menutup semua lorong tambah nilai Touch ‘n Go bagi mengelakkan kesesakan.

Bagi menggantikannya, tujuh kaunter tambah nilai Touch ‘n Go akan dibuka di tujuh lokasi sepanjang lebuh raya, katanya.- BERNAMA -

En.Epai berkata:- Sapa2 yang gunakan lebuhraya untuk balik kampung raya nie...tu dia PLUS dah sediakan jadual perjalanan TTA...try ar ikut manatau tak la sesak...pilu lol kalu sangkut kat jem..aku cadangkan jugak korng beli touch n go untuk bayar tol..cepat dan pantas...jadilah pemandu berhemah dijalanraya, kalu orang lain pandu mcm orng gila..kita jgn ikut jadi pemandu gila...ikut kelajuan yang dibenarkan..bukan apa nanti saman ekoq berjela2 plak sampai...lagi satu kalu nak rasa tenang pasanglah radio IKIM FM...boleh dengar org mengaji...tazkirah...kan bagus tu...selamat memandu pada tukang bawak keta...yang penumpang gerenti megheloh punyalah...nahaiiiii


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
1 Komen Yang Bernas

Sapa Makan Cili dialah rasa pedas.

Salam, 1blogger 1malaysia..

HULU KLANG: “Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya,” kata seorang saksi yang memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam, dalam prosiding kes khalwat membabitkan pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey.

Pereka bentuk, Mohd Yusri Abdul Khasan, 55, dalam keterangannya menafikan tindakannya memanggil wartawan ketika serbuan khalwat terhadap pasangan itu dan membuat kenyataan media bukan untuk mengaibkan sebaliknya mahu menegakkan kebenaran.

“Saya tidak ada rasa dengki, marah atau bermusuh dengan tertuduh sebaliknya menjalankan tanggungjawab kepada komuniti Islam di sana. Memang benar saya ada marah, tetapi saya marah kerana lihat terlalu banyak pembohongan yang dilakukan Norman dan Memey, saya perlu tegakkan kebenaran.

“Sebagai orang Islam saya bercakap benar. Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya,” katanya ketika menjawab soalan peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Bagaimanapun, Mohd Yusri yang pejabatnya berjiran dengan Norman, tidak menafikan jika dia menangkap pelakon itu pada malam kejadian apabila dia mendakwa lihat lelaki itu lari ke tingkat atas pejabat, kes itu akan lebih kukuh.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey atau Suhaiza Suhaimi, 21, dibicarakan atas tuduhan berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008. - Metro -

En.Epai berkata:- Aku tulis bukan nak bicara kes khalwat depa berdua nie..cuma nak ingatkan ja kes2 khalwat ada dimana2 mahupun kat bandaq maupun kat kampung. Sebenaqnya menjadi tanggungjawab setiap umat islam mencegah perkara mungkaq nie berlaku, tak boleh diambil mudah...maksiat2 macamnie akan mengundang kemurkaan Allah kepada setiap hambanya....jangan salahkan Tuhan jika bencana/bala menimpa kita...kita yang menjemputnya...
Ingatlah dunia sudah hampir kiamat...manusia yang percepatkan kiamat dengan perbuatan manusia sendiri...nahaiiiii

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League - PERAK