Layan Diri

Loading...

..SaYaNGku FaiSh..

4.9.10

Sapa Makan Cili dialah rasa pedas.

Salam, 1blogger 1malaysia..

HULU KLANG: “Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya,” kata seorang saksi yang memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam, dalam prosiding kes khalwat membabitkan pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey.

Pereka bentuk, Mohd Yusri Abdul Khasan, 55, dalam keterangannya menafikan tindakannya memanggil wartawan ketika serbuan khalwat terhadap pasangan itu dan membuat kenyataan media bukan untuk mengaibkan sebaliknya mahu menegakkan kebenaran.

“Saya tidak ada rasa dengki, marah atau bermusuh dengan tertuduh sebaliknya menjalankan tanggungjawab kepada komuniti Islam di sana. Memang benar saya ada marah, tetapi saya marah kerana lihat terlalu banyak pembohongan yang dilakukan Norman dan Memey, saya perlu tegakkan kebenaran.

“Sebagai orang Islam saya bercakap benar. Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya,” katanya ketika menjawab soalan peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Bagaimanapun, Mohd Yusri yang pejabatnya berjiran dengan Norman, tidak menafikan jika dia menangkap pelakon itu pada malam kejadian apabila dia mendakwa lihat lelaki itu lari ke tingkat atas pejabat, kes itu akan lebih kukuh.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey atau Suhaiza Suhaimi, 21, dibicarakan atas tuduhan berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008. - Metro -

En.Epai berkata:- Aku tulis bukan nak bicara kes khalwat depa berdua nie..cuma nak ingatkan ja kes2 khalwat ada dimana2 mahupun kat bandaq maupun kat kampung. Sebenaqnya menjadi tanggungjawab setiap umat islam mencegah perkara mungkaq nie berlaku, tak boleh diambil mudah...maksiat2 macamnie akan mengundang kemurkaan Allah kepada setiap hambanya....jangan salahkan Tuhan jika bencana/bala menimpa kita...kita yang menjemputnya...
Ingatlah dunia sudah hampir kiamat...manusia yang percepatkan kiamat dengan perbuatan manusia sendiri...nahaiiiii

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi

1 Komen Yang Bernas:

shi3la said...

banggg tukor tajuk sememeh ngan pak hakim mengong..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League - PERAK