..SaYaNGku FaiSh..

7.9.10

Sosilawati Lawiya Hilang

Salam, 1blogger 1malaysia..



KUALA LUMPUR 6 Sept. - "Tolong doakan emak saya, tolonglah. Tolong doakan biar emak balik dengan selamat," sambil menyeka air mata yang berlinangan di pipinya, Erni Erinawati Sofea Bukhari membuat rayuan itu kepada setiap tetamu yang bertandang ke rumahnya.

Erni Erinawati Sofea, 21, ialah salah seorang anak perempuan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, jutawan kosmetik yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu.

Rayuan dalam tangisan itu dibuat kepada hampir setiap teman baik Sosilawati yang datang menziarahi mereka di Taman Harmonis, Gombak dekat sini sebaik sahaja mengetahui berita mengenai kehilangan jutawan yang mempunyai enam orang anak itu.

Selain Erni, adik-beradiknya yang lain juga dilihat berada dalam keadaan bersedih atas kehilangan ibu mereka apatah lagi mengenangkan 1 Syawal yang akan menjelang hanya beberapa hari lagi.

Bagaimanapun, keluarga Sosilawati yang lain kelihatan tidak berputus asa mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan terkini penyiasatan pihak berkuasa terhadap kehilangannya.

Pengasas Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty) itu dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu bersama pemandu, peguam dan pegawai sebuah bank.

Mereka dikatakan tidak pulang ke rumah setelah bersama-sama menuju ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah di Pulau Pinang.

Sementara itu, peguam peribadi Sosilawati, Datuk Zaidi Zain berharap pihak media tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu emosi keluarga mangsa dalam keadaan getir ini.

"Kehilangan beliau memberi kesan yang cukup besar kepada urusan harian keluarga dan perniagaan syarikat.

"Sebarang spekulasi akan membuatkan anak- anak beliau berada dalam keadaan lebih tertekan. Saya berharap agar semua pihak menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes ini," katanya.

Zaidi juga berharap agar keluarga Sosilawati tidak mendapatkan pandangan daripada pihak yang tidak mempunyai autoriti sebaliknya terus berhubung dengan pihak polis untuk mengetahui perkembangan terkini siasatan.

Sementara itu Utusan Malaysia difahamkan, sehari sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati dan keluarga menjalani sesi fotografi khas hari raya bersama dengan beberapa pihak media.

Sesi fotografi berkenaan diadakan bagi merakamkan gambar kenang- kenangan bersama enam anaknya selain beliau turut membuat ucapan khas hari raya menerusi Bernama TV.

Menurut wartawan majalah Wanita, Nafsiah Jani, dalam perbualan terakhirnya sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati sempat berkongsi hasratnya untuk mewariskan perniagaan kepada tiga anak perempuannya yang dihantar melanjutkan pelajaran di United Kingdom.

"Dia ada bagi tahu bahawa sekarang perjalanan bisnes semakin mudah sejak tiga anaknya tamat belajar dan bersama-sama membantu menguruskan syarikat," beritahu Nafsiah.

Sosilawati adalah antara perintis industri kosmetik tempatan bermula pada awal 1990-an.- Utusan Malaysia -

En.Epai Berkata:- Jangan kita buat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini. Biarlah pihak berwajib yang menyiasat misteri kehilangan Datuk Sosilawati. Aku doakan Datuk Sosilawati selamat dan dapat pulang berhari raya bersama anak2.


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi

1 Komen Yang Bernas:

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
----==--Salam Aidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
HA..BACA PANTUN NI DENGAN NADA DAN INTONASI YANG BETUL....

kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang singgah berbuko
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite cerie
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padangbesaq kecik aja
Tempat siamlalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda..
Joommmm balik kampung kita berhari raya... Pesanan kami berhati-hati ketika dalam perjalanan pulang kekampung halaman... ingat orang yang tersayang yang menanti kepulangan anda...

eeeeemmmm tak mau komen apa apa baik diam aje dari kita tersus katakan perkara yang menambah keruh lagiiii... kurang pahala posa nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League - PERAK