..SaYaNGku FaiSh..

4.9.10

Kereta Bersepah Dilebuhraya

Salam, 1blogger 1malaysia..

KUALA LUMPUR: Sejumlah 1.4 juta kenderaan dianggar menggunakan lebuh raya Lebuhraya Utara Selatan setiap hari sepanjang tempoh balik kampung pada perayaan Aidilfitri minggu depan.

Anggaran angka itu, menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS Expressways Bhd Nik Airina Nik Jaafar meningkat sebanyak 30 peratus dari penggunaan hari-hari biasa.

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, masa puncak perjalanan balik kampung Hari Raya kali ini adalah pada 8 hingga 12 Sept dan 16 hingga 19 Sept bagi perjalanan dari kampung halaman masing-masing.

Bagi mengurangkan kesesakan trafik, beliau berkata para pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mengikuti Cadangan Waktu Perjalanan (TTA), di mana pada tahun lepas lebih 50 peratus pengguna lebuh raya PLUS menggunakan TTA.

Waktu perjalanan yang dicadangkan bagi mereka yang menghala ke Kedah, Perlis, Skudai dan Johor Baharu dari Lembah Klang adalah antara pukul 7 pagi hingga 11 pagi dan antara pukul 8 malam hingga 11 malam untuk perjalanan kembali ke Lembah Klang.

Bagi yang menuju ke Pulau Pinang, Taiping, Changkat Jering, Tangkak, Yong Peng dan Ayer Itam, mereka dinasihatkan melakukan perjalanan antara pukul 11 pagi hingga 4 petang dan antara 12 tengah hari hingga 4 petang untuk perjalanan balik.

Bagi perjalanan ke Kuala Kangsar, Ipoh, Simpang Ampat dan Ayer Keroh, mereka dicadangkan meninggalkan Lembah Klang antara 4 petang hingga 8 malam dan antara pukul 4 petang hingga 7 petang bagi perjalanan balik.

Mereka yang menghala ke Tapah, Bidor, Slim River, Tanjung Malim, Seremban, Port Dickson dan Senawang, dicadangkan melakukan perjalanan antara pula 8 malam hingga 11 malam dan pada waktu yang sama untuk perjalanan pulang.

Bagi destinasi-destinasi lain, mereka dicadangkan melakukan perjalanan selepas pukul 11 malam, katanya.

Nik Airina berkata PLUS akan membuka 1,000 pondok tol semasa perjalanan balik kampung dan menutup semua lorong tambah nilai Touch ‘n Go bagi mengelakkan kesesakan.

Bagi menggantikannya, tujuh kaunter tambah nilai Touch ‘n Go akan dibuka di tujuh lokasi sepanjang lebuh raya, katanya.- BERNAMA -

En.Epai berkata:- Sapa2 yang gunakan lebuhraya untuk balik kampung raya nie...tu dia PLUS dah sediakan jadual perjalanan TTA...try ar ikut manatau tak la sesak...pilu lol kalu sangkut kat jem..aku cadangkan jugak korng beli touch n go untuk bayar tol..cepat dan pantas...jadilah pemandu berhemah dijalanraya, kalu orang lain pandu mcm orng gila..kita jgn ikut jadi pemandu gila...ikut kelajuan yang dibenarkan..bukan apa nanti saman ekoq berjela2 plak sampai...lagi satu kalu nak rasa tenang pasanglah radio IKIM FM...boleh dengar org mengaji...tazkirah...kan bagus tu...selamat memandu pada tukang bawak keta...yang penumpang gerenti megheloh punyalah...nahaiiiii


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi

0 Komen Yang Bernas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League - PERAK