Layan Diri

Loading...

..SaYaNGku FaiSh..

17.9.10

Sosilawati Lawiya diumpan suspek

Salam, 1blogger 1malaysia..

KUALA LUMPUR- Cek RM1 juta sebagai wang pendahuluan bagi penjualan tanah milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai digunakan sebagai 'umpan' oleh suspek untuk memperdaya mangsa sebelum dibunuh.

Cek berkenaan dipercayai diserahkan kepada Sosilawati pada 2 Ogos lalu ketika pertemuannya dengan suspek utama di firma guaman miliknya dekat Banting, dipercayai untuk meyakinkan mangsa bahawa tanah yang ingin dijualnya sudah ada pembeli.
Anak Sosilawati, Erni Rineelawati (kiri) menyambut kunjungan sanak saudara dan tetamu pada majlis tahlil arwah ibunya di kediamannya di Gombak, semalam

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, cek RM1 juta berstatus cek tertunda itu hanya boleh ditunaikan pada tarikh 2 September bersama draf perjanjian yang membolehkan suspek menerima komisen.

"Selepas menyerahkan cek tertunda itu, suspek meminta komisen kerana mendakwa berjaya mendapatkan
pembeli tanah serta meyakinkan mangsa bahawa pembeli telah bersedia membayar 10 peratus daripada harga jualan tanah pada tarikh tertentu dalam tempoh terbabit," kata sumber itu.

Sumber tersebut mengetahui hal mengenai cek RM1 juta itu setelah dimaklumkan oleh Sosilawati sebelum ini.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, Peguam Syarie, Datuk Zaidi Zain yang mewakili Sosilawati dalam kes tuntutan RM1.38 juta terhadap bekas suaminya, Nasharudin Elias atau Nash mendakwa, jutawan itu ada menceritakan perihal tanahnya di Pulau Pinang pada pertemuan terakhir dengan mangsa pada 26 Ogos lalu.

Beliau dilaporkan berkata, Sosilawati ada menceritakan tanahnya itu yang dibeli pada harga RM20 juta sudah menemui pembeli hasil bantuan suspek.

Menurut Zaidi juga, jutawan kosmetik itu begitu gembira kerana bakal memperoleh keuntungan RM80 juta selepas pembeli bersetuju membeli tanahnya pada harga RM100 juta.

Pada hari Sosilawati dan tiga individu kenalannya dilaporkan hilang, Zaidi mendakwa ada dimaklumkan tujuan pemergian mereka ke Banting adalah bertemu suspek untuk memberinya komisen kerana berjaya mencari pembeli.

Bagaimanapun, Sosilawati tidak membawa wang tunai, sebaliknya mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa peguam dan perunding kewangan peribadinya bagi membolehkan transaksi wang dilakukan.

Sosilawati bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam peribadinya, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32 dan pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohamad, 38, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Kehilangan mereka hampir terungkai apabila polis menahan lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk baru-baru ini.

Empat daripada mereka mengaku telah membunuh kesemua mangsa, sebelum membakar mangsa dan abu mereka dibuang dalam Sungai Panchau, Tanjung Sepat, Kuala Langat.

- Oleh NOR SEDEK ISMAIL, Umavathi Ramayah, TAN MING WAI, Wan Noor Hayati Wan Alias, HAMDAN TAWADI, ROZIANAH RISMAN, MOHD. FIRDAUS ISMAIL-

En.Epai Berkata:- Tak sabar aku nak dengaq perbicaraan pembunuh-pembunuh Datuk Sosilawati nie...dan aku harap juga sorang lagi penjenayah dapat diberkas...kalu ada gambaran mintak polis sebarkan supaya dia tak terlepas dari hukuman..Nahaiiiii


Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi

0 Komen Yang Bernas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League - PERAK