..SaYaNGku FaiSh..

9.10.10

Paip bocor sebesar penumbuk budak jer

Salam, 1blogger 1malaysia..

Lokasi kebocoran Jalan Bagan Datoh
Kebocoran paip 600mm


Syok main kubang wehhhh
 Awal bulan nie, ada lagi satu kerja repair paip utama yang mengalami masalah kebocoran, tugasan diserahkan pada kompeni oleh klien kami. Maka dengan rela hati, kenalah buat kerana itu memang kerja wajib. Korang tengok keadaan tempat kerja, memang mencabar mental dan fizikal, kedalaman paip pulak mencecah 10 kaki lebih...udah macam kubang lembu dah tempat tu....cuaca pulak tak menyebelahi hari tu...hujan...hujan...dan hujan....memang jadi tempat berkubang dah..


Tadi dah kering, hujan pulak, kena pam semula ayo bertakung tu..
Disebabkan dalam sangat plat besi amat diperlukan untuk menahan tanah dari runtuh/rebak...safety first katakan....barulah yang nak buat kerja kat bawah tu rasa selamat skit...kalu takdak plat besi tu...mau ada yang tertimbus nanti.. bocor kat paip tu tak ler besar sangat adalah sebesar penumbuk budak...tapi nak menampalnya memang agak susah...


Tengah buang kulit paip
Haa...sekarang dah boleh start nak menampal lubang bocor...huii deme dah macam makhluk aper tah..berlumpur satu badan..takper yob, orang kata lumpur mecantikkan kulit...pasnie mesti berseri muka kome...



Tukang kimpal yang bertauliah dia nie..
Sesi tampal menampal pun sudah bermula...segala berjalan lancar seperti yang dirancang, kerja siap sepenuhnya jam 4pagi...termasuk kerja nak cabut plat, tutup korekan dan menambak semula tempat krojer. 
Kerja siap hati pun rasa lega walaupun terpaksa berjaga dari pagi sampai ke subuh. 
Semalam aku dapat panggilan mengatakan ada bocor lagi...saiz paip 600mm jugak...Nahaiiiii

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi

0 Komen Yang Bernas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League - PERAK