..SaYaNGku FaiSh..

19.6.10

Jom ke Bagan Datoh

Salam 1blogger 1Malaysia,
selamat berhari minggu, apa yang akan korang lakukan pada hari minggu nie? Aku!
Aku tak kemana2 pun hujung minggu nie,cuma nak gi tengok PM face to face jer. Di mana? PM akan buat lawatan ke Bagan Datoh pada hujung minggu nie, jadi ke BaganDatoh ler aku, itupun kalau takder halangan. Ia makan masa hampir 1jam hoo nak pi sana, itu pun kalu traffik mcm blog aku yang lengang nie, kalu traffic jem lagi lambatlah aku sampai...Aku ke sana nak tengok aktiviti yang dirancang dan juga nak pi umah sedara aku...

Hari khamis lalu aku dah gi tengok tapak lawatan, tapi still no progress..kosong jer...yang ada pokok2 bunga..maybe terlalu awal kut nak buat persiapan...entahlah! Kalu korang nak tahu bagan datoh tu dah penghujung dekat dengan selat melaka...penduduknya kebanyakkan berada dalam bidang pertanian dan jadi nelayan, pokok kelapa amat sinonim ngan Bagan Datoh... Nak hasil laut fresh sinilah jugak tempatnya...memang freshh gilerr...korang boleh beli direct ngan nelayan dan kalu pandai boleh dapat murah...

Yang sedihnya pekan bagan datoh..org panggil pekan koboi....kecil jer pekannya oklah untuk org BDkan...Haruslah.....
dan satu lagi info BD datoh bawah jagaan Menteri Pertahanan kita tu, memang serba birulah BD...banyak gak perubahan yang dibawak ke BD oleh menteri tu, kalu ingat beliau nak jadikan BD pusat pendidikan setempat, nak bina universiti, politeknik dan matrikulasi.

Berbalik ker lawatan PM tadi, actually aku tak tahu jadual dan program yang akan di buat, memang takde info langsung, dengar2 org kata jerlah.....Tapi ini fisrt time PM datang rasernye, nak dekat pilihanraya kut..kahhh

Ok orang Bagan Datoh, jumpa kat sana...insyallah.

e5:- Jap g nak g jogging..bukan blogjogging tau...bawak mem aku yang sedang sarat nie..jalan2 pusing taman... 9bulan dah tau...tunggu masa jer.....gementarnyerrr



Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League - PERAK