..SaYaNGku FaiSh..

1.6.10

Samy, Sudah Sampai Masa Untuk Pergi

KUALA LUMPUR, -- "Samy, sudah sampai masanya untuk pergi," kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menambah "dalam kepimpinan saya, hampir setiap orang telah bersara, termasuk diri saya".

"(Yang) tinggal (hanya) dia (Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu) seorang sahaja," katanya kepada pemberita selepas menonton teater "Mulan & Mushu" karya Robert D San Sousi yang diolah semula oleh Sheery Mariam dan diarah oleh Ow Yeong Soon Ling pada festival Akademi Seni Budaya Dan warisan Kebangsaan (Aswara) di sini malam Isnin.

Dr Mahathir berkata sudah tiba masanya Samy Vellu melepaskan jawatan yang dipegangnya lebih tiga dekad itu bagi memberikan peluang kepada calon lain.

Beliau berkata Samy Vellu telah mencatat rekod bersejarah dengan memegang jawatan presiden sebuah parti politik di negara ini yang paling lama.

"Bila dia pegang jawatan terlalu lama, sudah tentu orang tidak mahu dia," katanya.

Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita mengenai krisis MIC sekarang terutama mengenai langkah terbaru Samy Vellu memecat setiausaha agung parti S. Murgussan semalam.

-- BERNAMA --

Lagi cerita Samy Vellu

0 Komen Yang Bernas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League - PERAK