..SaYaNGku FaiSh..

21.6.10

Jumpa PM face to face

Salam 1blogger 1Malaysia,


Semalam misi ke Bagan Datoh telah berjaya dilaksanakan. Perjalanan? Alhamdulillah tak derlah sesak sangat, jalan shortcut pun lengang. Masa aku sampai PM tak sampai lagi, beliau masih kat area Hutan Melintang, dipejabat UMNO...masa lalu situ terpandang 2 bijik heli, sah deme datang naik heli...yerlah malam minggukan PM ada kat Melaka menutup upacara SukMa, naik heli relax skit kut nak travel jejauhkan....
Aku malas singgah situ terus ke BD, sampai jer terus parking keta...then lepak tunggu PM datang...sambil2 tu snap ler sekeping dua gambar....
ramai gak ler orang datang majlis nie dalam ribu2 kut....tetamu disediakan khemah oleh penganjur...takderler hangit dek pancaran mentari yang terang benderang hari tu......rasa2 aku ader banyak aktiviti dianjurkan...tapi dek bahangnya mentari, aku blah awal la...yerla gambor dah amik apalagi cau ler....aku terus ke Jeti BD untuk amik angin laut...fuhhh nyaman siott..dapat landing kat sini mesti bestttt.....ok korang layan lah gambar2 yang aku lekat ka sini...


klik Utusan Malaysia dan Berita Harian untuk cerita di BD.



Banting nie bersepah kat BD





Boleh tahan gak orang yang datang, kat banner pentas tu ada tulis, MAJLIS BERSAMA RAKYAT dan PELANCARAN PROJEK PEMBINAAN LIMBUNGAN KAPAL.





Nie la syarikat yang nak bukak limbungan kapal tu NGV TECH SDN BHD.
Syarikat nie merepair kapal, membina kapal baru dan marin konsultan...profesional nie...Syarikat Malaysia yang bertaraf international...dah banyak kapal diorang bina untuk pasaran dunia...syabas!!





Nie staff NGV Tech...duk berlonggok tengah terik tu nunggu PM sampai....tak berganjak oiii dari situ....adala dalam 1jam duk berpanas...syabas gak aku ucapkan...lenjun beb..kahhhh




Yeahhh..bunyi siren menandakan ketibaan PM ke tapak majlis...PM kita duk dalam bas yang tulis BN tu... Itu merupakan bas Perkhidmatan Ahli Parlimen Bagan Datoh yang juga Menteri Pertahanan...





PM sedang beramas mesra dengan penduduk yang menyambut beliau...melayu, india dan cina sanggup berpanas pasai nak tengok dengan dekat PM kita tu...1Malaysia





Woiii tangan saper lak nie.....kahhhh aku ingat tangan aku dah cukup panjang, ghupernyer ader lagi panjang.....




Penyeri majlis..hehehe..nie wakil Wanita Umno..yang laki tak nampak pulak beria nak berbaju UMNO..ker aku tak perasan...apa cer!!





dari kiri Ahli Parlimen Bagan Datoh Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, belakang tu tak berapa kenal, ketiga Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, sebelah tu Menteri Besar Perak Dato` Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Speaker
dewan Rakyat Datuk R. Ganesan. Ada lagi yang VIP yang lain...tak sempat snap...hehee




Makan free disediakan...cayalah...meh layan diri....macam2 ada.....





Ini menu VIP...besaqqqq punyaaa udang....tiga ekoq dah penuh mangkuk.....demmmmm




Penghargaan kepada abang2 RELA.....penuh kat BD..tabikkkkk hormat....




No komennnnn........





Aku and My Hero......tema kami ungu hari tu..wahhhh





hehe..mem besaq..peace and luv u...



Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League - PERAK